KL Gangster Perangai Mobsters!

KL-Gangster-709x1024

Teringat saya zaman kanak-kanak dahulu, betapa amannya dunia dan negara kita. Kami bebas bergerak ke sana ke mari tanpa pemerhatian rapi dari ibu bapa dan keluarga. Tidak ramai manusia jahat, syaitan bertopengkan anak-anak Adam yang membuat kacau di muka bumi ini. Dan yang paling hebat adalah masyarakat yang penyayang, lemah lembut dan berbudi bahasa.

Sana sini saya jumpa insan-insan yang tinggi budi pekerti, “humble” dan sopan santun.

Mungkin ada kekecualian di sana sini, namun jumlahnya teramat kecil.

Cacian dan makian jarang di dengar.

Bantu membantu dan hormat menghormati menjadi pegangan hidup.

Dulu Lain…

Semasa kecil saya sering “travel” bersendirian atau bersama rakan dan keluarga menaiki bas ke bandar-bandar besar seperti Melaka dan Kuala Lumpur. Malah, saya pernah berbasikal dari bandar Muar ke Melaka atau Batu Pahat bersama rakan-rakan. Al-maklumlah bandar kami kecil sahaja. Pusing sana sini dah habis lawatan pun 😀 . Maka, terpaksa jalan jauh sikit untuk berhibur dan mencari pengalaman.

Semasa sekolah rendah, saya sudah tiba di Melaka bersendirian; semasa sekolah menengah pula, saya sudah tiba ke Kuala Lumpur bersendirian. Alhamdullilah, tiada siapa yang culik 😀 mahupun berbuat jahat terhadap saya. Hari ini, keberangkalian itu mungkin jadi terlalu rendah dan ibu bapa pastinya tidak sanggup melepaskan anak-anak keluar macam dulu-dulu lagi. Malah, pantang leka sedikit, silap-silap anak-anak disambar oleh penyangak yang tidak berperikemanusiaan. Dulu lain, sekarang lain…. apa nak buat?

Zaman dulu-dulu, saya suka “shopping” di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Petaling Street. Teringat lagu arwah Sudirman “Chow Kit Road” bila mengenangkan kembali zaman ini.

KL Gangster

Namun, kini sudah bertahun-tahun saya tidak ke sana lagi. Takut dan phobia hendak ke sana. Saya rasa macam ke sarang Mobster bila ke sana. Tak boleh tanya sikit, pasti kena kerumun, macam mahu paksa beli aje.

Silap sikit cakap mulalah mob-mob tu semua tuduh yang kita sudah janji mahu beli, jadi mesti belilah! Gila Betul!!! Dah melarat sangat ke hidup orang KL sampai kena buat begitu? Kalau teruk, kenapa tak balik kampung aje? Bercucuk tanam, berbudi kepada tanah? Dapat juga rezeki halal dan pahala?

Ada juga kawan saya yang kena lebih teruk di KL. Kejadian berlaku di area Jalan Masjid India. Salah si kawan tu bukan besar mana pun. Dia tak biasa area tu, maka dia pun meletak kereta di kawasan penjaja di sana. Akibatnya, dia di maki hamun dan digertak oleh penjaja-penjaja di sana. Keretanya di calar dan dirosakkan. Yang sedihnya, yang buat benda tu bukan King, Shark, Dragon atau Jai dalam KL Gangster, tetapi makcik-makcik, Pak Haji pakai kopiah dan anak-anak muda melayu Islam!

Buat malu agama, bangsa dan negara sahaja! Come on lah.. apa dah jadi dengan korang semua? Mana pergi adab, sopan santun dan budaya yang kita bangga-banggakan selama ini? Korang semua pun dah jadi macam bangsa lain yang tak beragama jugak. Tuhan kamu semua ialah harta dan wang ringgit jugak ke? Kalau ada yang kacau periuk nasi kamu sikit, mula melenting dan tibai orang. Kemudian kamu solat dan mohon rezeki dari tuhan… Hampeh! la macam tu!!!

Honestly, saya bertekad tak akan  hidup di KL. Kalau  saya balik semenanjung pun, biarlah di Muar atau di bandar-bandar kecil yang perasaan “humility” itu masih wujud dikalangan masyarakat di sana. Saya tak  cakap KL dah teruk! Tokyo, Singapura, US, UK dan banyak negara-negara lain yang lebih teruk. Tetapi kalau terus ikut perangai orang-orang Jahilliah di bandar-bandar ini, kita pun ikut sama nanti. Teringat pula lirik lagu nyanyian M. Nasir “hidup di hutan batu.. jiwa mesti sekeras batu..”.  Jiwa sekeras batu kan?

Bukan diri tu jadi macam batu dan tiada perasaan langsung kan? Bersyukurlah dengan apa yang ada. Tak ke mana juga kekayaan di dunia ini dan tak terdaya kamu nak penuhi semua kehendak duniawi ini. Maka, jagailah harga diri kamu kerana mungkin itu sahaja benda yang dapat kamu banggakan sepanjang hidup menumpang di bumi Allah ini. Sekadar renungan… Maaf kalau ada yang terasa pedasnya!

KL Gangster Perangai Mobsters!

32 Comments

  1. KL memang dah makin teruk. ramai peniaga kat jalan TAR tu memang berkiblatkan duit je. muka je islam, tapi hati macam setan. kalau bulan ramadhan tu lagi lah, duit je yang dikejar, amal ibadat ntah kemana.

  2. Nak buat mcm mana bro…
    bEe terpaksa juga merempit di KL!!! Di sini tmpt cari rezeki laki bini bro.. hukhukhuk 🙁

  3. Kak tie ni bila balik kota tinggi jer dah cukup takut. Bukan apa, pergi pasor, makcik2 kat situ bukan main bagus lagi bahasa mereka… terkejut kita.. sombong dan cakap kasar. Kita nak beli rasa macam nak pelangkong jer… kita tanya baik2 ada ke patut dia kata,” tak baca ke tanda harga kat sini?”

    Kurang asam betul. Ingat bolehlah nak tawar menawar… Berbeza di Ganu dan Kelantan…. siap bagi segenggam lada bila kita nak bayar harga sayur2 lain…

  4. dah lama sangat tak merayau tempat2 yg abg mail sebutkan itew….
    dulu2 masa skool di KL ni ada gak jengah2 kat 2 kawasan panas itu.. tapi tak pernah lak kena pow… alhamdulilah.. hehehhee

    psst: maza pernah kembara dari Kluang ke air papan Mersing, Renggam, Simpang Renggam, Layang2, Kahang dgn berbasikal racing jerk.. ahaks.. kenangan terindah sehh.. semput dok ada.. hehehehe

  5. Melayu sekarang dah tak macam dulu. Hilang segala sifat sopan santun dan budi bahasa.

  6. memang dulu lain sekarang lain,
    duk out station ni pun risau je tinggal anak isteri kat umah,
    mmg duit bukan segala2nya ,yang penting kebahagian dan keredhaan diri pada tuhan.
    harap kita dapat menempuh hidup yg penuh onak berduri ini dgn tabah..

  7. hmmmm…. sebenarnya itu semua dari diri kita sendiri.
    menetap di mana2 pun sama jika diri sendiri
    tetap dgn pendirian. insyaAllah jika sentiasa bersama dgn-Nya… =)

  8. Sentiasa ingat kat Kota Marudu, tak maju sangat, kalau pasal fast food, ada KFC je…tapi walau ke mana pergi, semua orang kenal, jadi rasa selamat sikit nak berjalan.. 😀

  9. hoho..dah tengok cerita ni. memang best la zizan berlakon. Rasa nak menyepak aje si zizan tu.

  10. nak tak nak…aku terpaksa telan pahitnya…mmg gitulah idup kat sekarang, lebih2 lagi kat kota kl ni…

    hidup yg sibuk setiap hari buatkan kita jadi ‘keras’ jiwanya…

    ya Allah, kelilingilah kami dgn mereka2 yg berakhlak mulia…ameen

  11. Pehhh….nasib bek umah aku kt Klang…consider jauh sikit arr dr KL….aku klau x de mende2 yg nak dicari kt KL…hmmm haram aku x turun sana…buhsann arrr.
    Kenkadang terdetik jg ati aku nk balik kg or beli umah yg suasana kampung….aman damai jekkkkk….

  12. bak kata anif “Itu semua duit dan survival punya penangan bro..”
    gua setuju..mmg skrg duit menjadi keperluan yang penting…hihihi..:)

  13. yang berkopiah itu tidak semestintya sentiasa taat akan agama …
    yang berseban itu tidak semestinya akan masuk syurga..
    wallahualaam… 🙂

    p/s : aku dh tengok cite nih… best..ahaha…tapi sayang.. kerana ingin tunjukkan satu kebaikan… 1001 keburukan lain yang datang mengundang…ada faham ke?? eheh.. buat2 faham je lah…

  14. bro, yang makcik2 dan pakcik2 tu konon ada link kot tu berani tu,

    tapi tula, dengan penampilan mcm tu kita nak bersangka baik pun terbantut jadinya, zaman sekarang sudah jadi banyak fitnah, sebab benda mcm tu org bukan Islam salah persepsi pada agama kita

    kopiah..tentunya dia solat bukan..solat pasti mencegah kemungkaran, tapi bila kita still buat maksiat/mungkar…there’s something wrong..

  15. setuju sangat IN. Kita seperti “takut” di negara sendiri. Saya pun buat keputusan yang sama, tak mahu menetap di KL. Pernah gak kawan-kawan cerita pasal JTAR dan Chow Kit. Di harap “budaya” macam tu tak akan merebak ke luar KL.

  16. Chow Kit dan Kampung Bharu adalah tempat sepermainan ketika kecil dahulu. Petang-petang akan main bola dijalanraya. Kami tidak ada padang jadi jalanraya adalah tempat kami bermain. Saya biasa merayau-rayau dikawasan sekitar Chow Kit sambil mencelah orang kerumun menjual ubat tradisional tapi itu dulu. Saya tidak pasti akan berasa selamat kalau berjalan seorang diri Chow Kit sekarang ini.

    Saya juga tidak menganggotai mana-mana kumpulan gangster samada Dragon atau pun King. Tidak mainlah Jai gangster hingusan baru nak naik. Kencing pun bau Dumex 🙂

    1. yup dulu2 TAR dan Petaling Street tu aman.. budak2 pun boleh beli belah di sana. Zaman ni, kita yg dewasa pun takut…Dulu lain sekarang lain… 🙁

  17. aku pernah kena samun kat masjid jamek pada tahun 2001….masa tu ngah top handphone nokia butterfly, hp itu sahaja aku kena samun…alhamdulillah duit selamaat….selepas itu sampai sekarang aku tak jejak,…..

  18. niat kita pun samalah bro, nak settle down lepas ni pun maybe kat kwsn yg tak ekstrem sgt mcm kat KL tu. Sy yg duk kat Klang ni pun dah mcm duduk kat surabaya dah. Rasa x selamat sepanjg masa.

    Rimas betullah.

  19. En Ismail,
    Baca entri ini, buat Kak Long rasa pedih. Bukan sebab pedas, tapi mengakui betapa benarnya keadaan yang berlaku di ibu kota negara kita ini.
    Mana hilangnya nilai kemanusiaan itu?
    Dulu memang belajar di KL. Pernah sekali tengok wayang dan bas dah habis perkhidmatan. Masih boleh jalan kaki dengan perasaan yang aman mencari stesen teksi berhampiran. Sekarang, bukan setakat di KL sahaja yang rasa bimbang nak lepaskan anak-anak berjalan sendirian. Dalam kawasan perumahan pun tak berani. Nak ke sekolah pun pastikan mereka dihantar dan dijemput dalam kawasan sekolah. Kasihan mereka, tak rasa keindahan zaman kanak-kanak macam kita dulu.

    1. betul Kak Long. For that matter, saya rasa simpati pada kanak-kanak skrg. Saya harap ada cara agar perkara ni dapat dibaiki.. sounds idealistic lak? 😀

  20. Itu semua duit dan survival punya penangan bro..

    Nak bersaing hati kena keras! Bila hati sudah keras tentunya sifat lemah lembut hilang begitu sahaja…

    1. sad but true… cuma ramai juga yg survive dlm business and the same time kekal being humble dan polite 😀

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons