Friday,28 April,2017

Malaysia Online Flower Delivery : Jambangan Bunga Segar sebagai Tanda Ingatan

Malaysia Flower Delivery

Artikel ini adalah mengenai penghantaran bunga secara online di Malaysia ataupun Malaysia online flower delivery. Mengapa tiba-tiba kami minat menulis mengenai bunga? Jika berminat untuk tahu, baca selanjutnya di bawah. 😀

Bunga

Siapa tidak suka bunga?  Bunga adalah penyeri dunia ini.  Ia mempunyai pelbagai kegunaan – sebagai penawar, bahan kecantikan, pewangi, makanan kepada tumbuhan dan haiwan, tanda kenangan pada hari-hari istimewa, dan sebagainya.  Kehadirannya boleh memberi inspirasi dan keceriaan di hati insan yang melihat.  Selain menjadi penyeri laman dan bahan hiasan dalaman, bunga juga amat sesuai dijadikan hadiah atau tanda ingatan untuk menyampaikan isi hati si pemberi.

Voucher Untuk Pembaca

Jika anda kurang arif bab gubahan bunga tetapi ingin memberi jambangan bunga sebagai hadiah, apa kata buat pesanan secara online untuk flower delivery service?

Tak perlu risau sebab ada voucher RM20 untuk pembaca DLSL di dalam artikel ini. [Sila teruskan membaca]

Online Flower Delivery Store

Terdapat banyak online flower delivery store di Malaysia.  Kehadiran online florist yang juga menyediakan servis penghantaran, memberi kemudahan kepada pelanggan terutama sekali jika pemberi berada jauh dari penerima.  Flower Chimp merupakan online flower delivery store yang kami gemari kerana gubahan bunga yang ditawarkan adalah amat anggun dan menarik sekali.

Harga juga sangat berpatutan dan khas kepada pembaca DLSL sepanjang bulan kemerdekaan ini iaitu dari 1 Ogos sehingga 16 September 2016, sekiranya anda menggunakan kod DLSL20, anda akan mendapat diskaun sebanyak RM20 untuk sebarang pembelian di Flower Chimp.

Romy2
Gubahan bunga di atas dinamakan Romy.  Cantik, kan?  Gubahan ini yang pastinya akan menyerikan mana-mana tempat boleh didapati di Flower Chimp dan datang bersama pasu yang boleh digunasemula untuk gubahan lain.

Bunga Segar vs Bunga Tiruan

Mengapa memilih bunga segar sedangkan terdapat berlambak bunga plastik/tiruan/artificial di pasaran?  Sejujurnya, kedua-duanya jenis bunga mempunyi kelebihan masing-masing.  Pada masa kini, ramai yang lebih gemar membeli bunga tiruan kerana ia:

  • lebih murah berbanding bunga segar;
  • tidak akan layu dan hanya akan pudar atau menjadi kotor selepas suatu jangkamasa lama;
  • sentiasa sedia untuk digubah pada bila-bila masa misalnya boleh beli bulan ni dan gubah bulan depan;
  • mudah dijaga dan dibawa ke mana-mana, tidak dipengaruhi oleh faktor perubahan cuaca atau suhu;
  • tidak menyebabkan reaksi alergi.

Jika demikian, mengapa masih ramai yang meminati bunga segar terutama sekali untuk dijadikan hadiah atau tanda ingatan?  Pada pendapat saya bunga segar masih menjadi pilihan kerana ia:

  • memancarkan nilai eksklusif, keaslian, kemewahan dan nyata atau ‘real’;
  • mempunyai variasi tekstur dan warna yang lebih padu, menarik dan menawan – keistimewaannya akan tampak jelas apabila difotograf;
  • adalah suatu benda hidup dengan haruman semulajadi yang mampu menyentuh hati dan menceriakan suasana;
  • memberi impak yang lebih berkesan apabila dijadikan hiasan dalaman – maka itu, tidak hairanlah bunga segar lebih digemari oleh pereka dalaman;
  • boleh diawet dan dijadikan tanda kenangan seperti penanda buku, potpourri dan ada yg boleh ditanam semula.  Jika berminat untuk menanam semula keratan jambangan bunga, kaedahnya boleh dipelajari di sini:

Bunga Segar Menceriakan Perasaan

Perkara yang paling menarik tentang bunga-bunga segar adalah kesannya terhadap psikologi manusia.  Bunga segar terbukti memberi kesan positif pada kesihatan.  Menurut sebuah artikel,  pesakit hospital yang berada dalam bilik yang diceriakan dengan bunga-bungaan dan tumbuhan hidup kurang memerlukan ubat-ubatan tahan sakit selepas pembedahan; tekanan darah dan kadar degupan yang lebih rendah; kurang cemas dan penat; dan secara amnya lebih positif berbanding pesakit yang mendiami bilik tanpa sebarang tumbuhan.  Bayangkanlah, jika ia baik untuk pesakit, semestinya ia juga baik untuk orang yang sihat.

Gerbera_0-1_1024x1024.JPG

Jambangan bunga ini pasti akan menceriakan bilik pesakit (Kredit : www.flowerchimp.com)

Sekiranya anda ingin memberikan sejambak bunga kepada seseorang pesakit di hospital, pastikan ia datang sekali dengan pasu agar keluarga pesakit tidak perlu tercari-cari pasu untuk diletakkan bunga tersebut dan bunga juga akan segar lama.

Pengalaman saya dengan bunga tiruan – kalau disimpan terlalu lama, ia menjadi old-fashioned, berhabuk dan sukar dibersihkan.  Jika dibuang pula rasa serba-salah kerana ia mempunyai nilai sentimental.  Dengan bunga segar, tiada perasaan serba-salah sebab apabila layu, memang sesuai dijadikan kompos.

Tips penjagaan bunga segar

Jika anda ingin jambangan bunga segar lambat layu, anda hendaklah mematuhi arahan penjagaan bunga segar yang diberikan oleh pihak florist misalnya arahan penjagaan yang disyorkan oleh Flower Chimp.  Secara ringkas, untuk memanjangkan jangka hayat jambangan bunga segar:

  • jika jambangan bunga diterima tanpa pasu, pastikan pasu bunga yang anda gunakan bersih dan diisi dengan air yang bersih.
  • digalakkan guna ‘Flower Food’ yang boleh dibeli di kedai bunga seperti “Floristika” in Bangsar, KL.
  • jangan buka ikatan jambangan bunga tetapi kerat bahagian bawah batang bunga 45° untuk memudahkan proses penyerapan air.
  • bagi mengelakkan jambangan bunga cepat ayu, letakkan ia di tempat yang redup dan sejuk, serta jauhi dari buah-buahan segar dan asap rokok.
  • segera alihkan bunga atau daun yang telah layu.
  • Jika air di dalam pasu mula kelihatan keruh, segera buangkan air tersebut, bersihkan pasu dan isi semula dengan air bersih.

Guna Semula (Reuse) atau Kitar Semula (Recycle) Bunga Segar

Sungguhpun jangka hayat bunga segar pendek, tidak bermakna ia tidak boleh disimpan sebagai tanda kenangan atau dikitar semula.  Berikut adalah beberapa cara guna semula, kitar semula atau mengabadikan bunga-bunga segar yang diterima (kalaulah saya tau tips ini dulu….) :

  • Kitar semula bunga-bunga menjadi potpourri yang harum.  Jangan tunggu terlalu lama sehingga bunga menjadi terlalu kering dan mudah hancur.  Masa yang sesuai adalah apabila bunga telah mekar sepenuhnya dan sebelum ia mulai layu.  Bunga ros misalnya, dapat mengekalkan warna dan haruman semulajadinya dengan baik dan selalu dijadikan potpourri untuk mengharumkan almari pakaian dan bilik.
  • Jika anda gemar membuat sabun atau lilin sendiri, kelopak bunga boleh digunakan untuk mencantikkan lilin atau sabun.
  • Kelopak bunga mawar/ros juga boleh dijadikan minyak ros (rose oil), air ros (rose water), masker dan teh (gunakan bunga yang tidak disembur racun serangga).
  • Bunga dan dedaun yang telah layu boleh dijadikan kompos.
  • Bunga-bunga boleh dijadikan penanda buku atau hiasan dinding seperti framed pressed flowers.
Pressed Flowers yang dijadikan hiasan (Kredit : http://www.thisfashionismine.com/)

Pressed Flowers yang dijadikan hiasan (Kredit : http://www.thisfashionismine.com/)

Jadi, jangan segan silu menghadiahkan bunga segar untuk kekasih hati serta orang kesayangan, mereka pasti akan teruja untuk menerima pemberian anda.  Dan sekiranya anda membeli dari Flower Chimp, sila guna kod DLSL20 untuk mendapatkan diskaun tersebut.  Khidmat penghantaran percuma diberikan di sekitar kawasan Lembah Kelang dan free delivery ini akan dikembangkan ke Pulau Pinang, JB, Melaka dan Negeri Sembilan dalam tempoh terdekat.

This Article Was Written By

A fumbling, bumbling housewife and a mom of 5, who enjoys reading, cross stitching, watching tv, crocheting and trying her hands at other crafts. Her dream is to explore every nook and cranny of Malaysia in this lifetime. Learning to be a more conscientious, informed, open-minded and adventurous person, she is happy to share her thoughts on many subjects. She also writes at www.Precious-Crafts.Com

Zurainny Ismail

Leave a Comment

  • Hairul HIssam Reply

    Bagus laa cara guna kelopak bunga sbg penanda buku… tentu rasa lebih bersemangat utk membaca…

    August 15, 2016, 8:33 am
  • titan Reply

    cukuplah ada bunga kat rumah satu nih.

    hehe

    August 6, 2016, 5:03 pm
    • Zurainny Ismail Reply

      Hahaha….bunga2 utk bunga? Romantik tu bro… 😀

      August 10, 2016, 1:51 am
  • mrhanafi Reply

    saya suka tengok bunga hidup yang kembang mekar dalam taman..

    petik tak dapat,pegang pun tak dapat..

    akhirnya mengidam bunga hidup ini hanya dengan doa dan munajat sahaja…

    August 5, 2016, 2:45 am
  • akubiomed Reply

    Kalau dapat terima bunga tentu yang lain memandang. 🙂

    August 3, 2016, 4:53 pm
    • Zurainny Ismail Reply

      Romantik wo…. Sekali-sekala bagi la bunga kat isteri tercinta. 😀

      August 4, 2016, 1:01 am
  • siti hazreen Reply

    wah…senang dah sekarang ni, pakai delivery je hehe

    August 2, 2016, 2:21 am
Like Our Facebook Page close[x]
Or wait 15 seconds