Mesyuarat Agung Tahunan – Mahu Mesyuarat Atau Tidak?

mesyuarat agung tahunan

Adakalanya saya rasa agak kecewa apabila menghadiri sesuatu mesyuarat agung tahunan. Terutamanya bila persatuan atau organisasi tersebut ada banyak masaalah atau isu yang perlu dibangkitkan semasa mesyuarat. Sering terjadi AJK cuba mengelakkan dari membincangkan isu-isu ini dan bersikap “defensive” semasa mesyuarat.

Jika tiada isu, mungkin tiada siapa pun yang mahu bersuara bukan?

Malah, kalau semuanya OK, saya pun rasa lebih baik saya berehat di rumah dan membiarkan AJK yang effisyen itu menjalankan tanggungjawab mereka.

Masaalahnya ada perkara yang perlu diketengahkan, namun bila tiba mesyuarat ia dipinggirkan.

Menutup Masaalah Dalam Mesyuarat AGM

AJK yang bermasaalah biasanya cekap menutup masaalah itu. Seringkali taktik yang sama digunakan dalam menghalang ahli-ahli menyuarakan pendapat mereka. Antaranya ialah gagal memaklumkan dengan baik tarikh dan tempat menyuarat dan memastikan pengikut-pengikut mereka “vocal” sepanjang mesyuarat dengan mengemukakan isu-isu yang kecil yang membuang masa mesyuarat.

Tidak kurang juga yang bangun bercakap hanya untuk bersetuju dengan pendapat orang lain dengan menggunakan ayat-ayat lain.

Mencampurkan Urusan Lain

Yang buat tidak seronok juga bila mesyuarat agung tahunan dicampur-adukkan dengan hal-hal lain pula. Ada yang membuat mesyuarat agung tahunan bersama-sama dengan majlis penyampaian hadiah, persembahan hiburan, jamuan dan lain-lain acara yang tidak sepatutnya di buat semasa mesyuarat agung tahunan. Malah, untuk tambah membuang masa dan memendekkan masa mesyuarat, VIP di jemput bagi memeriahkan majlis dan menyampaikan ucapan.

Akhirnya, dari 10 jam yang diperuntukkan, hanya sejam sahaja masa bagi bermesyuarat dan membincangkan isu-isu semasa dan isu berbangkit.

Menutup Usul Dengan Segera

Terdapat juga usaha-usaha menghalang isu-isu dibincang panjang lebar dengan pengikut-pengikut tertentu mencadangkan agar usul ditutup dengan penyokong bagi cadangan itu bangun serta merta bagi menghalang lebih ramai ahli menyampaikan pandangan. Bagi saya sepatutnya tidak wujud cadangan usul di tutup atau mesyuarat ditutup sehingga pengerusi berpuas hati tiada lagi ahli-ahli yang mahu memberi pandangan. Sedihnya, ini sering berlaku dan menjadi barah dalam masyarakat kita.

Beratkah berbincang dalam mesyuarat agung tahunan yang cuma berlaku SETAHUN SEKALI?

Mesyuarat Agung Tahunan – Mahu Mesyuarat Atau Tidak?

9 Comments

  1. Oh! entry ini amat baik sekali abg mail.. hehehhe

    maza pernah hadapi situasi itew… isu remeh ditekankan, isu besar seperti berkaitan kos, yuran, caj, laporan kewangan dan sebagainya disembunyi2kan…

    Hamppehhhh…

    psst: maza tak suka mesyuarat yg meleret dan berlama2an.. uhuk!

  2. hehe…mesyuarat kalau takde makanan tak sah…takde cabutan bertaun tak sah…pelik betullah…

    aku mmg dah byk kali kena meeting camni…bagi aku, kalau meeting jd camni, aku akan salahkan pengerusi sbb tak pandai handle meeting dan AJK

    jadi, bro pergi AGM tak?

  3. Orang selalu panggil mesyuarat ini mesyuarat Karipap. Lebih kepada makan dan isu tolak tepi. Bosan kalau mesyuarat melalut dan Pengerusi perlu pandai kawal mesyuarat.

  4. Hahaha
    Sebijik macam mesyuarat agung pibg
    Ada yb datang berucap, ada penampaian hadiah…
    Ibu bapa yg datang pun kerana geram dengan hadiah cabutan bertuah

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons