Online Shopping

Siapa belum pernah buat online shopping? Budak kecil pun pandai minta beli barang online. Bukan saja benda-benda kecil seperti alatulis dan skincare, tv dan mesin basuh pun orang beli online. Saya juga suka membeli barang atas talian dan pernah menulis tips tentang online shopping. Biasanya saya beli pakaian, skincare, buku, dan alatulis secara online.

Setiap bulan saya akan membuat sekurang-kurangnya 2 pembelian secara online, and my favourites spots are : HERMO dan SHOPEE! Susah untuk elak, terutama sekali semenjak sudah muat turun apps Hermo dan Shopee, sebab setiap hari ada saja special offer. Hari ini, saya hendak berkongsi pembelian bulan lepas dari kedua online store tersebut.

Online Shopping di Shopee

Siapa tak kenal Shopee? Sejak Ronaldo jadi duta Shopee, orang-orang yang tak pernah shopping online di Shopee pun tahu tentang Shopee. Sebenarnya saya ni baru juga terjebak dalam dunia Shopee. Beratus-ratus barangan sudah masuk dalam ‘Shopping Cart‘ saya dan amaun pun mencecah beribu ringgit, tapi baru beberapa kali saja membeli, hihihi.

Pendek kata, lebih banyak angan-angan dari membeli. Lebih kurang macam window shopping juga. Tapi Shopee lebih awesome, sebab dia tak ganggu shopping cart kita, tak marah kalau kita tak jadi beli, tak pressure kita untuk membeli, dan tekanan-tekanan lain yang biasa kita alami apabila membeli belah di kedai biasa.

Selain harga yang sangat kompetitif, I think it’s the postage discounts yang buat saya terjerat. Misalnya pada 10.10.2019, boleh dapat shipping discounts lebih sekali dalam sehari, setiap kali diskaun RM8. Saya rasa tawaran istimewa ini akan kembali pada 11.11.2019.

Looters Box

Ini barangan yang saya beli bulan lepas daripada seller Shopee, Looters Box. Jumlah harga barangan cuma RM51.40. Mostly untuk Planner 2020 saya, dan untuk anak dan hubby. Saya beli 7 jenis barang, dapat diskaun pos sebanyak RM8.75 (RM10.34 – RM8.75 = RM1.59) dan tolak lagi diskaun kod promo RM4.12.  Kemudian dapat 3 FREE gifts (2020 Calendar, stiker Emoji & fancy chain), baucer diskaun dan surat penghargaan. Nice, right! Barang sampai KK dalam 3 hari.

online shopping at Shopee
Barangan dari Looters Box

Maaf ya, makcik ni tak minat fotografi, so makcik pinjam gambar dari Looters Box, lebih lawa.

Planner Inserts and Organisational Tools
A5 Minimalist Blue Ribbon Ring Binder Planner & Basic Daily To Do List (50 sheets) (photo credit: Looters Box)

 

Saya beli Minimalist Weekly Plan untuk masukkan dalam Planner 2020 – lebih mudah untuk lihat aktiviti mingguan. Daily To-Do List tu pula bagi pada Hubby, mudah-mudahan berguna sebab saya tahu kerja dia memang banyak betul dan meliputi pelbagai perkara.

Mind Wave Gold Foil Sakura Shiba Inu & Cat Stickers and Gradient Pastel Hexagon Geometry Index Stickers
Stickers : ‘Mind Wave Gold Foil Sakura Shiba Inu & Cat’ dan ‘Gradient Pastel Hexagon Geometry Index’ (photo credit: Looters Box)

 

Stiker bunga-bunga untuk suka-suka dan stiker Index pula untuk planner dan kerja.

Hatsune Miku Loose Sticker Pack and Colourful Pastel Gradient Index Sticky Note
Hatsune Miku Loose Sticker Pack (26 keping) dan Colourful Pastel Gradient Index Sticky Note (15 keping setiap warna) (photo credit: Looters Box)

 

Kenal tak siapa budak comel tu? Itu ialah Hatsune Miku (chibi). Those stickers are not for me – untuk my daughter. She collects Miku figurines and stuff.

Bentain.my

Pada hari yang sama, saya order juga daripada Seller Bentain.my. Walaupun jauh di China, order sampai KK dalam 10 hari.

Online shopping at Shopee
Barangan dari Bentain.my

 

Jumlah RM55.73 untuk 11 jenis barang. Kos penghantaran cuma RM4.80. Berbaloi, kan? Yang buat mahal sikit ialah cover Planner yang soft blue tu.  Selepas combine planner cover, inserts, index stickers dan lain-lain, inilah hasilnya.

My 2020 Planner
My 2020 Planner/Organizer

Mudah-mudahan makcik jadi lebih organized, efficient dan effective pada tahun 2020 nanti. I am so ready to face 2020, at least planner-wise! muahahaa….

Online Shopping di Hermo

Hermo jual berbagai macam barangan kosmetik dan penjagaan kulit. Bagi yang tak kenal Hermo, it’s a nice place to get skincare, cosmetics, and other wonderful stuff. Saya beli shampu Aubrey dan masks JM Solution sebab harga murah (ada special offer time tu) dan bahan-bahannya mostly natural. Botol kuning tu handwash, FREE gift (yahoo!).

Online Shopping at Hermo
Pembelian di Hermo

Lepas tu, saya order minyak wangi ni pula untuk keluarga dan sebagai farewell gift untuk rakan sekerja. The Wunderlippie is one of my birthday gifts untuk adik (mudah2an dia tak baca post ni). Lipbalm tu ada pouch! Again, dapat FREE gift zipper bag Hermo. Kalau tak silap gift tu diberi sebab waktu tu order sampai tersangat lambat oleh kerana perpindahan gudang Hermo.

I am simply excited with the list of ingredients of Wunderlippee :

Butyrospermum Parkii, Oryza Sativa Oil, Rosa Canina Fruit Oil, Euphorbua Carifera Wax, Simmondsia Chinensis Seed Oil, Tacopherol, Stevia Rebaudiana Extract, Food Flavors

Online shopping at Hermo
Perfumes, Lip Balm and free gift

Hadiah daripada Online Shopping di Annmarie Skin Care

Tahun lepas, saya dapat goodie box daripada Annmarie Skin Care sebagai ahli Annmarie Skin Care Tribe Insider. Awal tahun ini ASC bagi Self Journal.

Self Journal
Self Journal daripada Annmarie Skin Care untuk Tribe Insiders

 

Bulan ini saya terkejut apabila tiba-tiba sampai goodie box daripada Annmarie Skin Care. Makcik terlampaulah busy, sampai tak berkesempatan membaca perkembangan di FB untuk Tribe Insiders. Truly a delightful surprise! Alhamdulillah, orang memberi kita merasa.

Annmarie Skin Care Goodie Box
Goodie Box 2019 daripada Annmarie Skin Care untuk Tribe Insiders

What’s in the box?

Totebag, sleep eye mask, Facial Jade Stone Roller, Antioxidant lip balm, Awakening Face & Body Mist (Botanical Hydration with Immortelle) dan Pure Copper Togue Scrapper. 

Botanical Hydration Mist adalah produk ASC terkini dari koleksi Wild Alchemy Collection. Antara bahan-bahan yang digunakan adalah:

*Helichrysum italicum (life everlasting flowers) distillate , *Matricaria chamomilla l. (german chamomile) distillate, *Boswellia carterii (frankincense) distillate, *Rosa damascena (rose) distillate, Populus tremuloides (aspen) bark extract. (*ditanam secara organik atau tumbuhan liar)

Antioxidant Lip Balm pula adalah pelembap bibir yang diperbuat daripada :

*Olea europaea (olive) fruit oil, *Cera alba (beeswax), *Theobroma cacao (cocoa) seed butter, Hippophae rhamnoides (sea buckthorn berry) fruit oil, CO2 extract [*Theobroma cacao (cocoa)], Mauritia flexuosa (buriti) fruit oil, *Rosa canina (rosehip) fruit oil, CO2 extract [*Rosmarinus officinalis (rosemary)].

Jade Stone Roller mini ini digunakan untuk urut kulit muka.

Pure Copper Tongue Scrapper pulak untuk apa? Ni dia….

 

Honestly, saya tak pernah jumpa company macam ni. Very customer-focussed and so generous. Kalau ingin tahu lebih lanjut tentang ASC, sila lawati laman web Annmarie Skin Care.

Ada lagi? Of course la ada….tapi malu nak share sebab ketara kaki shopping. Tunggu 11.11.19.

18 thoughts on “Online Shopping

  1. Waaa paling kurang 2 bulan sekali. Saya jarang membeli atas talian sekarang ini kecuali ada keperluan. Biasanya kalau beli pun, beli buku. Tapi isteri selalu membeli-belah atas talian, dia selalu pakai Shopee.

    Hermo tu pertama kali dengar pula. Lepas Google baru tahu, beauty shop, patutlah tak pernah tengok. hahaha

  2. wah semua nampak best. saya pulak jarang online shopping. lebih prefer shopiping manual. cuma kadanhg2 tu kalau tengok harga diskaun kat shopee mmg best sgt baru saya akan beli,

    1. Akak malas pusing2 kedai kecuali utk beli brgn runcit atau emergency. Hari biasa, rushing utk balik rmh lepas kerja. Hujung minggu pula, kedai sesak. So, shopping online time break atau sebelum tidur. Yg penting, harga ok & kos pos x mahal.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.