Pegawai Integriti Bertauliah SPRM

Pegawai Integriti Bertauliah

Pegawai Integriti Bertauliah atau Certified Integrity Officers (CeIOs) satu program yang diwujudkan oleh kerajaan bagi menangani masaalah rasuah dan meningkatkan integriti di kalangan penjawat awam.

Ia merupakan satu latihan yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi melahirkan Pegawai-Pegawai Integriti yang bakal mengetuai Unit-Unit Integriti di jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan.

Menurut Pengarah Anti-Rasuah bagi National Key Result Areas (NKRA), Datuk Hisham Nordin, Pegawai-Pegawai Integriti Bertauliah adalah BEBAS menjalankan tugas mereka tanpa dipengaruhi mana-mana pihak di jabatan atau agensi mereka ditempatkan.

Ini kerana Pegawai Integriti Bertauliah hanya dikhendaki patuh pada arahan (answerable) SPRM sahaja.

Latar Belakang CeIO

Pegawai Integriti Bertauliah

Untuk meningkatkan kecekapan di jabatan’agensi kerajaan serta mengurangkan resiko rasuah, satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi mengkaji hal ini.

Jawatankuasa tersebut iaitu Special Cabinet Committee on Government Management Integrity telah membuat satu permohonan kepada SPRM to membantu mereka mewujudkan satu jawatan Ketua Integriti di jabatan/agensi kerajaan.

SPRM, menerusi Pusat Pembangunan Integriti Koprat mereka ataupun Corporate Integrity Development Centre (CIDC) yang diwujudkan di bawah Akademi Anti Rasuah Malaysia (Malaysia Anti-Corruption Academy atau MACA) telah merangka program CeIO ini bagi melatih pegawai kerajaan dalam menyediakan mereka bagi menjawat jawatan Pegawai Integriti Bertauliah.

Amnya, Pegawai Integriti Bertauliah tidak dilantik secara “in-house” tetapi menerusi pengambilan kakitangan baru yang tidak punyai pertalian dengan mana-mana pegawai/pekerja di jabatan/agensi mereka di tempatkan.

Namun terdapat juga yang diambil dari dalam agensi ataupun jabatan kerajaan.

unit integriti

Program CeIO ini menerima persijilan dari Lembaga Akreditasi CeIO dan menerima perakuan dari kerajaan Malaysia.

Pegawai-pegawai yang terpilih menerima latihan selama 6 bulan dari Akademi Anti Rasuah Malaysia. Setakat ini 180 pegawai telah mula ditempatkan di pelbagai lokasi menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low.

Jurucakap SPRM pula mendedahkan bahawa suruhanjaya tersebut merancang untuk melahirkan seramai 600 Pegawai Integriti Bertauliah dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Tugas-Tugas Pegawai Integriti Bertauliah

Sebagai pegawai yang punyai kebebasan yang luas di jabatan/agensi yang mana dia ditempatkan, Pegawai Integriti Bertauliah mempunyai tugas yang amat mencabar.

Beliau dipertanggungjawabkan untuk mengemudi Unit Integriti, membuat perancangan dan perubahan (reform) serta membimbing kakitangan dibawah jagaannya.

Fungsi unit integriti

Tugas utama pegawai ini adalah untuk mengawal selia hal-hal berkaitan integriti dalam sesuatu organisasi dan memastikan organisasi (pegawai dan kakitangan mereka) mematuhi segala peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.

Mereka juga hendaklah menasihati oragnisasi yang merupakan agensi dan jabatan kerajaan dalam isu-isu integriti agar mereka lebih effisen dan bertanggungjawab.

Dalam skala yang lebih luas lagi, Pegawai Integriti Bertauliah dilatih untuk memantau jabatan/agensi dimana mereka ditempatkan dan melihat samada wujudnya resiko berlakunya rasuah dan mengesan kewujudan gejala yang tidak diingini ini.

Pegawai-pegawai ini juga dipertanggungjawabkan untuk menerima aduan (complaint), membuat siasatan jika perlu dan melapurkan kesalahan jenayah pada agensi penguatkuasa. Fungsi teras bagi UNIT INTEGRITI yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai ini boleh di lihat dalam infografik di atas.

Pegawai Integriti Bertauliah juga akan berkerjasama dengan audit dalaman dan punyai akses terus kepada SPRM, Ketua Audit Negara dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Paul Low).

Lokasi Penempatan

new integrity officer

Sebagaimana yang dinyatakan di atas, terdapat 180 pegawai yang telah mula ditempatkan di beberapa lokasi. Antaranya menurut Datuk Hisham Nordin, adalah di Petronas, Tabung Haji, Felda Global Ventures Holdings dan Sime Darby.

Datuk Paul Low pula semasa forum “Prospects and Challenges facing ethics and integrity in public and private sectors” memberitahu media bahawa lebih 100 lagi Pegawai Integriti Bertauliah akan mula bertugas tahun hadapan dan menetapkan sasaran 600 pegawai dalam tempoh tiga hingga 4 tahun lagi.

Kesemuanya akan ditempatkan di agensi, jabatan dan kementerian kerajaan, terutama yang mempunyai resiko korupsi yang tinggi.

– Pegawai Integriti Bertauliah SPRM

4 Comments

  1. bukan mudah nak jadi seorang yang benar bertanggungjwab dan tulus dalam menjalankan kerja yang amanahkan.hanya orang berakal akan guna ruang baik untuk bersyukur.berbeza dengan orang kabur katakan padanya jalan buat itu betul yang hakikatnya boleh jerat diri sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons