PPSMI Dan Kepentingan Bahasa Inggeris

matematik dalam bahasa inggeris

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan kerajaan akan kepentingan Bahasa Inggeris dan mahukan rakyat Malaysia menguasai bahasa tersebut. Menurut Tun, Bahasa Inggeris adalah bahasa yang diiktiraf antarabangsa dan digunakan secara global dan meluas terutamanya dalam bidang sains dan matematik. Ini bukan soal mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi, akan tetapi mempelajari ilmu yang belum kita kuasai (sains dan matematik) yang dikembangkan dalam bahasa tersebut.

Tun Dr Mahathir menegaskan sedemikian dalam dalam ucapannya semasa majlisUKM in Outer Space‘ yang diadakan bersempena dengan Hari Angkasawan Negara Ke-7 (7th National Astronaut Day) di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi.

PPSMI

Semasa menjadi Perdana Menteri, kerajaan pimpinannya telah memperkenalkan “Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris” (PPSMI). Ia dimulakan pada tahun 2003 dengan menukar bahasa pembelajaran bagi matapelajaran Sains dan Metematik ke Bahasa Inggeris.

Polisi ini diharapkan dapat membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar serta memudahkan mereka menguasai subjek sains dan matematik bila diperingkat yang lebih tinggi lagi.

Tun Dr Mahathir Mohamad

Saya masih ingat semasa PPSMI ini mula diperkenalkan, Tun Dr Mahathir ada menzahirkan rasa kerisauan dengan kualiti graduan Malaysia dan mahu ini dipertingkatkan bagi menghasilkan modal insan yang lebih berkualiti dalam menjana masa depan negara ke arah negara maju (developed nation).

Sudah tentu pada peringkat permulaan ibubapa dan pelajar menghadapi sedikit kesukaran, namun kita boleh nampak akan impak positif yang dibawanya. Dalam masa yang sama terdapat kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti dan boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.

Oleh itu, sama-sama kita cuba memperbaiki kelemahan polisi untuk kebaikan anak-anak kita. Or, so we thought…

Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)

Akan tetapi, pada tahun 2012, PPSMI ini telah diketepikan dan Bahasa Malaysia kembali digunakan dalam matapelajaran sains dan matematik.

Menerusi tentangan dan bantahan yang dibuat oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Kementerian Pendidikan tunduk kepada permintaan mereka-mereka ini dan polisi ini ditamatkan.

Bahasa dibunuh

GMP dengan memorandum dan demonstrasi mereka telah berjaya memaksa kerajaan membuat U-turn terhadap polisi ini. Selepas kajian yang kononya telah dibuat oleh pihak kementerian, KPM telah memutuskan bahawa jalan terbaik ialah menamatkan PPSMI.

Akan tetapi KPM bersetuju bahawa kedua-dua subjek sains dan matematik akan terus di ajar dalam dwi-bahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) di sekolah rendah sehingga tahun 2016 dan di sekolah menengah sehingga 2020.

Namun, dari segi implementasi di sekolah-sekolah, nampaknya lebih tertumpu pada pengunaan Bahasa Malaysia.

Sokongan Terhadap PPSMI

Sebenarnya agak ramai ibubapa yang menyokong PPSMI, termasuk juga penulis blog ini. Amat mendukacitakan bila polisi yang baik sebegini ditamatkan lantaran ketidakupayaan pihak kementerian memperbaiki sistem yang ada.

Pihak-pihak yang melobi agar PPSMI ini ditamatkan juga punyai kepentingan tertentu dan ini amat merugikan negara.

PPSMI 2

Biarpun banyak ALASAN yang dikemukakan bagi menolak PPSMI, namun alasan sebenarnya ialah ketidaksanggupan kita menyahut cabaran dan membuat perubahan diri bagi melahirkan modal insan yang berupaya membawa negara ke tahap yang lebih tinggi iaitu menjadi negara maju.

Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya?

Ini bukan tuduhan melulu, cuma pendapat saya. Mungkin saya silap, namun bagi saya alangkah baiknya jika apa-apa cabaran dan kelemahan dalam PPSMI cuba diperbaiki dan ia dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ia membuktikan bahawa kita punya potensi dan mampu menyerap apa jua cabaran yang dilontarkan sekalipun.

Kita mahu berubah, kita sanggup berubah agar kita boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain.

Kita tidak boleh selesa dengan apa yang kita ada. Ia boleh buat kita terus ketinggalan. Jika orang lain sahaja yang merekacipta dan menjual dan kita hanya membeli, lama-lama boleh ‘muflis‘ kita dibuatnya.

Cara terbaik mempelajari sesuatu bahasa itu ialah dengan MEMPRAKTIKKANNYA.

Lebih kerap praktis, maka lebih baik penguasaannya. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berminat untuk memajukan diri sendiri. Ingat “Practice makes perfect“. Kalau belajar sahaja tanpa kerap mempraktikkannya, akibatnya boleh “masuk telinga kiri, keluar telinga kanan..” “masuk angin keluar asap“.

Itu sebabnya kebanyakkan graduan kita yang belajar di luar negara lebih fasih berbahasa Inggeris. Hari-hari praktis! Begitu juga dengan pekerja-pekerja di sektor swasta jika dibandingkan di sektor awam.

Kepentingan Bahasa Inggeris

Soal kepentingan bahasa Inggeris telah dikupas dengan panjang lebar oleh blog ini dalam artikel yang lalu. Selain dari ia merupakan bahasa ilmu, ia juga merupakan bahasa komunikasi penting hari ini.

Malahan, temuduga untuk kerja samada dalam sektor swasta mahupun awam kini lebih kerap dibuat dalam Bahasa Inggeris.

MEF

Malahan, dalam kehidupan kita pun Bahasa Inggeris memainkan banyak peranan dan penguasaan yang lebih baik dalam bahasa ini akan membantu.

Ini termasuklah dalam bidang IT, sains dan bermacam-macam lagi.

Setiausaha Kehormat PAGE Malaysia

UKM in Outer Space

Berbalik ke majlis majlis ‘UKM in Outer Space’  tadi yang mana dalam majlis yang sama, Tun Dr Mahathir turut menegaskan bahawa jika kita tidak menguasai bahasa yang digunakan bagi bidang tersebut (sains dan metematik), maka kita akan terus jauh ketinggalan.

Untuk membina roket, mengira atau membina kenderaan angkasa, kita perlu menguasai ilmu itu terlebih dahulu.

Negarawan negara itu juga mendedahkan yang beliau telah banyak kali meminta kerajaan agar subjek sains dan matematik diajar kembali dalam Bahasa Inggeris. Ianya bukan bertujuan untuk mengenepikan kepentingan Bahasa Malaysia tetapi bagi tujuan yang murni.

Perkara yang sama turut dibangkitkan oleh Tun semasa menyampaikan keynote address tentang “Kepentingan Bahasa Inggeris di abad ke-21” Wadi Sofea College (WaSC) awal bulan ini.

PPSMI Dan Kepentingan Bahasa Inggeris 

4 Comments

  1. Setuju sangat, bahasa Inggeris menjadi semakin penting, dari hari ke hari. Praktikkan, haa.. itu yang payahnya, nak praktikkan dengan kengkawan Melayu kat Malaysia nih, habis nanti kita jadi bahan lawak diaorang. Haha. ;D Hmm.. kena difikirkan idea, camner nak praktik bahasa Inggeris di Malaysia.

    Salah satunya, bila telefon operator, pilihlah untuk bercakap bahasa Inggeris. Tapi risau jugak sebenarnya, takut ada salah faham pulak nanti, kita nak terminate contract, takut tersalah sebut upgrade contract. Hehe. 😀

    Huhu, melepas nak pergi event UKM nih, waktu pejabat, ada kerja kat pejabat yang tak boleh nak ditinggalkan. 🙁

    1. Betul tu.. kdg2 bila bab menimba ilmu ni, org kita boleh malu-malu. 😀 Saya pun notis juga. Maybe sbb dah berumur sikit, maka bertambah malu lagi hendak belajar. That’s why adakala saya rasa subjek2 yg penting mcm BI dan Sains amat perlu dititik beratkan masa di sekolah. Biar awal2 lagi dah pandai. So, dah dewasa tak perlu belajar lagi.

  2. bahasa inggeris memang bagus untuk penggunaan dengan orang luar…ada yang sesama melayu pun cakap bahasa inggeris juga…

    1. kelebihan bhs Inggeris bagi saya ialah perbendaharan katanya dan grammar yg buat ayat2 jadi straight to the point. Itu sbb ada kalanya bagus juga menulis atau bercakap dlm BI biarpun sesama melayu 😀

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons