Review Shopping Online Dengan SGshop

SG shop Malay 2017

Siapa tak suka shopping?  Jangan cakap orang perempuan, orang lelaki pun suka shopping. Budak-budak pun suka shopping! Cuma, citarasa berbeza-beza. Saya memang suka shopping, tapi shopping online ya, bukan shopping yang melibatkan penat cari parking, penat berjalan, susah cari masa lapang, dll. Beberapa bulan lepas, saya telah berpeluang shopping dengan SGshop Malaysia, dan dapat pengalaman shopping barang-barang dari China.

Berdasarkan pengalaman positif selepas beberapa kali membeli-belah di SGshop, maka di sini saya dengan confident dan jujur hendak berkongsi review shopping online dengan SGshop.

Shopping Online Dengan SGshop

Nampak perkataan tu – ‘dengan‘ bukan ‘di‘.  Sebabnya, SGshop bukan penjual (seller), SGshop bertindak sebagai agen seperti juga personal shopper. Barang-barang mungkin dijual di Taobao atau JD.com dan sebagainya, tetapi SGshop yang akan tolong berhubung dengan penjual, buat pembayaran, memeriksa barangan, mengurus pembungkusan semula dan seterusnya menghantar produk dari gudang SGshop di Guangzhou ke Malaysia. Kalau ada sebarang masalah semasa pembelian, SGshop yang akan menghubungi penjual. Kan senang gitu….. 😀

Sebenarnya, sudah lama saya menyimpan hasrat untuk membeli barangan di Taobao tapi apakan daya – ada masalah komunikasi yang tidak dapat diselesaikan walau dengan bantuan Google Translate. Ramai kawan-kawan yang boleh membaca tulisan Cina yang kerap shopping di sana dan kemudian jual balik di FB, harga mark-up sikit. Tapi pilihan terhad. Kalau dapat pilih dan beli sendiri, lebih puas hati, bukan?



Perkhidmatan SGshop

SGshop menawarkan 3 jenis perkhidmatan:

  1. Ship For Me‘ – Kita beli sendiri di laman web penjual kemudian SGshop tolong uruskan penghantaran barangan dari gudang mereka ke alamat kita.
  2. Buy For Me‘ – kita pilih barangan, SGshop akan membuat pembayaran, berhubung dengan penjual, memeriksa barangan apabila sampai di gudang SGshop, membungkus semula barangan (untuk menjimatkan kos penghantaran pelbagai produk) dan menguruskan proses penghantaran mengikut pilihan kita.
  3. SmartShop‘ – ia serupa dengan ‘Buy For Me’ tetapi tanpa pembungkusan semula. Sebaliknya, barangan akan terus dihantar ke alamat kita sebaik ia tiba di gudang dan telah diperiksa.

Berikut ringkasan mengenai perkhidmatan tersebut:

Faedah Shopping Online Dengan SGshop

  1. Bahasa – Membeli-belah melalui website SGshop lebih mudah kerana ianya dalam bahasa Inggeris. Sekiranya ada perkara yang kita tidak faham, boleh ajukan soalan pada Customer Care mereka yang beroperasi setiap hari (9.30 pg – 6.30 ptg [Isnin-Jumaat]; 9.30 pg – 5.00 ptg [Sabtu & Ahad]) kecuali pada cuti am.
  2. Transaksi selamat – bagaimana kita hendak memastikan kita tidak menjadi mangsa penipuan sedangkan penjual berada jauh di China dan kebanyakannya tidak fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris? Dengan khidmat pihak SGshop, mereka akan memastikan transaksi berjalan dengan lancar dan selamat.
  3. Pemeriksaan, pengumpulan, pembungkusan semula dan penghantaran – Sekiranya kita memilih ‘SmartShop’ atau ‘Buy For Me’, barangan akan diperiksa (untuk memastikan tiada kecacatan ketara serta kuantiti, saiz, warna dan rupa adalah betul). Seterusnya, barangan ‘Buy For Me’ yang kita beli dari pelbagai penjual akan dikumpulkan dan dibungkus bersama mengikut arahan kita sebelum dihantar ke alamat kita.
  4. Harga barangan termasuk segala kos dan caj penghantaran lebih murah daripada harga yang ditawarkan oleh penjual tempatan, terutama sekali jika kita memilih penghantaran melalui kapal laut dan penghantaran domestik (dari penjual ke gudang di Guangzhou) percuma.
  5. Peraturan dan prosedur pengiriman barangan serta pemeriksaan kastam – segalanya akan diuruskan oleh SGshop yang sememangnya lebih arif dan berpengalaman. Cuma nasihat mereka, pastikan nilai keseluruhan bungkusan tersebut tidak melebihi RM500 jika hendak mengelakkan ditahan kastam untuk pembayaran GST.
  6. Jiwa tenang – macam mana tak tenang? Sebarang pertanyaan atau kemusykilan akan dijawab oleh Customer Care SGshop. Kita cuma perlu pilih dan bayar – SGshop tolong uruskan segala yang lain! Hihihi…..



Cara Shopping Online Dengan SGshop

Sekiranya berminat untuk tahu serba-sedikit tentang cara shopping dengan SGshop, sila baca artikel saya yang seterusnya mengenai ‘How to Shop With SGshop‘.  Senang saja bah! 😀

Untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai faedah shopping online dengan SGshop, sila baca artikel kami sebelum ini.

Pengalaman membeli di SGshop

Peminat kraf crochet, knitting dan cross stitch – AWAS! Anda pasti akan terjebak dengan SGshop! Dengan SGshop, saya telah dapat membeli beberapa barangan yang comel-comel, cantik-cantik, dan sebagainya. Ada yang memang tiada dijual di Malaysia, mesti order dari China atau UK/USA.

Di bawah ini benang wool, jarum crochet, fabrik 18-ct (Pearl White) dan hoop untuk cross stitch serta Knitpro knitting needle/crochet hook gauge.

Suami dan anak-anak pun turut membeli.

Tapi sabar ja lah menunggu barangan sampai – terpaksa pilih penghantaran melalui kapal laut untuk menjimatkan kos sebab bungkusan terlalu berat – lebih 4kg! Maka itu, jangan main beli sembarangan, berat barangan pun penting juga tau!

Sebenarnya, ada banyak lagi barangan lain yang kami beli dengan SGshop, nanti saya share di post lain ya.

Review Shopping Online Dengan SGshop

Setakat ni, selepas hampir 2 dekad shopping online, saya rasa baru sekali sahaja order tak sampai, Alhamdulillah. Perkara tu berlaku beberapa tahun lepas, order dari Hong Kong, barang tak sampai – itu lah bahayanya apabila dapat free shipping. 15 tahun lepas, pernah juga barang sampai lepas 3 bulan, beli melalui Ebay dan barang dari UK.  Order tu sesat ke Indonesia, tapi akhirnya sampai juga ke alamat saya.

So, berdasarkan pengalaman lepas, saya memang rasa was-was apabila nampak offer ‘free shipping’.  Tetapi waktu membeli dengan SGshop, saya tidak rasa takut sebab segala urusan pembelian SGshop yang urus.

Selepas 4 transaksi, ini ringkasan saya:

  1. Order pertama ‘Buy For Me‘ 28/5/17, berat 1.58kg, kirim melalui ‘Economy Air‘ – sampai 3/6/17.  Cepatkan? Walaupun 30-31/5/17 tu cuti am di Sabah, tetap pantas.  Mungkin kalau tiada cuti am, boleh sampai lebih awal.
  2. Order kedua ‘Buy For Me‘ 1/6/17, berat 4.8kg, kirim melalui ‘Sea shipping’ – dijangka sampai pada 7/7/17 tapi off bajet ke 13/7/17.  Tu lah, siapa suruh bungkus barang berat-berat dan nilai pula tus-tus! In my defence, tu order utk 7 orang. Next time ingat, bungkus asing-asing.
  3. Order ketiga ‘SmartShop‘ 1/6/17, ringan sangat dan perlu cepat, so pilih ‘Economy Air‘ – sampai 7/6/17.
  4. Order keempat ‘Buy For Me‘ 3/6/17, ringan tapi tak perlu cepat, so pilih ‘Economy Air‘ juga – sampai 8/6/17.

Semua order selamat sampai, dalam keadaan sempurna.  Order seterusnya? Next time saya share ya…

So, amacam, ada yang minat untuk shopping dengan SGshop sekarang ni?

Merdeka Giveaway with SGshop – RM100 x 10 Shopping Credits

SGShopCentest2017

Wow! Ini betul-betul tau, bukan main-main!

Sempena sambutan Hari Merdeka ke-60 pada 31 Ogos 2017, shopping credit bernilai RM100 menunggu 20 orang pembaca DLSL yang bertuah. Giveaway DLSL kali ini terbahagi kepada 2 segmen:

  1. RM100 x 10 khas untuk para blogger
  2. RM100 x 10 untuk pembaca DLSL, termasuk blogger.

Ertinya, blogger akan dapat peluang extra! Tetapi, tiap-tiap orang cuma boleh menang 1 shopping credit tau!

Syarat penyertaan akan dikongsi dalam masa terdekat.

So, stay tuned ya!

 

20 Comments

  1. hai saya nak tanya saya kena bayar dua kali kah?pertama kali bayar untuk barang then kali kedua bayar shipping fee?

      1. macam mana kita nak tahu harga bayaran pos penghantaran dr gudand SGshop ke alamat pembeli? takut termahal pulak bayaran kali kedua tu? biasanya berapa ye anggaran payment utk kali kedua tu?

        1. Sis,
          Kos penghantaran bergantung kpd berat brg. Waktu brg2 dah sampai ke gudang SGshop, contact customer service dan tanya brp berat & anggaran kos. Kalau rasa terlebih berat, tanya kenapa begitu. Sebab sepatutnya, bila brg sampai di gudang, mrk akan periksa brg2 utk pastikan semua ok. Then mrk akan bungkus semula brg2 utk jimatkan kos. Tapi kdg2 dorg x buat gitu, akhirnya bungkusan jadi lebih berat sbb bbrp buah kotak dibungkus sekali.

          Akak pernah experience beli knitting needles dr bbrp sellers, then terima each needles dlm kotak masing2. So, kos pun jadi tinggi.

          Sis blh rujuk artikel kami : https://dululainsekaranglain.com/articles/how-to-shop-with-sgshop dan kalkulator SGshop : https://www.sgshop.com.my/tool/cestimation
          Panduan ni jg berguna : http://www.sgshop.com.my/help?help=8

  2. mcm mna kita nk tau kos shipping sebelum bayar barang tu..kalau mcm ezbuy mmg dia dah bgtau awal2 kos int. shipping dia

    1. Yup, itu 1 perkara penting & soalan yg sgt baik. Blh minta info ttg berat brgn drpd customer care. Then kalau beli lebih dr 1 item, awal2 pesan kat dorang utk pastikan brg2 dibungkus skali (consolidate packaging). Saya pernah experience, beli jarum kait yg sgt la ringan, tapi dr 2 sellers berbeza. Tp warehouse SGshop x consolidate kotak, so brg tu kekal dlm 2 kotak berasingan & akhirnya byr kos kotak pulak.

      1. Zurainny Ismail.
        Standard Berapa Lama Ye…Estimate Delivery Sampai kat Tangan Kita…bila shipping Via Sea Shipping.

        Saya ada try beli barang Di SG Shop
        Barang di jangkakan Sampai ETA 14.05.2018
        ( Itu Barang Sampai Malaysia Or….Barang Sampai Kat Tangan Kita)

        1. ETA tu sepatutnya time sampai ke address kita. Kalau ada delay, dorang akan notify kita. Via sea shipping biasanya antara 3 – 6 minggu. Kalau x sampai lg, blh contact customer service, dorang akan tlg track. Tapi bln ni, delivery pos Malaysia sgt lmbt. Tak tau mcm mn dgn kurier lain.

    1. Setakat ini, saya belum pernah experience order x sampai. Even kalau lambat pun (sbb seller cuti, stok abis, dll) SGsgop akan inform awal2. So, saya rasa selamat. Cuma, shipping costs mgkn sgt tinggi.

    1. Soalan yg baik. Sis blh tanya customer care, mrk akan berhubung terus dgn seller (9.30 pg – 6.30 ptg [Isnin-Jumaat]; 9.30 pg – 5.00 ptg [Sabtu & Ahad]) utk mendapatkan info. Saya selalu jg bertanya especially details ttg brgn sbb translation slalunya x tepat. Penat jg customer care melayan makcik ni, hehehe…. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Show Buttons
Hide Buttons