\"\"
Sunday,20 August,2017

Tips Dan Kepentingan Belajar Bahasa Inggeris

Belajar Bahasa Inggeris

Menguasai dan belajar Bahasa Inggeris bukanlah suatu perkara yang mudah. Ramai yang berusaha keras memperbaiki Bahasa Inggeris mereka, namun peningkatan yang dicapai tidaklah memuaskan. Ada yang pening kepala dengan peraturan-peraturan grammar Bahasa Inggeris yang jauh berbeza dengan Bahasa Melayu, manakala perbendaharaan kata yang perlu dikuasai amat luas sekali .

Lihat sahaja Kamus Oxford yang tebal itu.

Ini belum lagi sampai tahap untuk mengingati perkataan-perkataan yang digunakan dalam ‘present tense’ atau ‘past tense’ dan sebagainya.

>>> English Itu Mudah <<<

Jika saya minta anda jawab soalan-soalan di bawah, rasanya berapa yang anda yakin boleh jawab dengan betul?

Belajar Bahasa Inggeris

Ada sesiapa yang rasa boleh menjawab semua soalan dengan betul?

Well done.

Bagi yang tidak yakin dengan jawapan anda, jangan susah hati. Masalah ini boleh diatasi. Yang penting anda mahu mencuba dan memperbaiki diri.

Ingat pesan mantan Perdana Menteri kita dan Bapa Pembangunan Malaysia, Tun Dr Mahathir yang menekankan kepentingan menguasai Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa ilmu:

Hampir semua ilmu baru ini diperkenalkan dalam Bahasa Inggeris. Ia terlalu banyak untuk diterjemah ke dalam Bahasa Melayu. Tidak mungkin kita adakan penterjemah yang mencukupi yang fasih dalam Bahasa Melayu, fasih dalam Bahasa Sains Inggeris dan pakar dalam bidang sains berkenaan.

Jika ada seorang dua, tak mungkin mereka sanggup menghabiskan hayat mereka menterjemah sains yang datang dalam bahasa Inggeris. Pelajaran bukan hanya bertujuan menjadi fasih dalam bahasa pengantar – baik Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Pelajaran adalah untuk memperoleh dan menguasai ilmu.

Hanya bangsa yang berilmu sahaja yang akan mendiri tamaddun yang tinggi – Tun Dr Mahathir

Oleh itu, kita perlu berusaha dan mencuba untuk memperbaiki tahap penguasaan Bahasa Inggeris kita dan juga anak-anak kita agar lebih mudah kita menguasai ilmu yang ada dan boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain yang telah berjaya.

Ini semua boleh dicapai, Insya-Allah.

Seperti yang saya katakan tadi antara masalah UTAMA dalam menguasai Bahasa Inggeris adalah GRAMMAR.

Contohnya: apabila menulis, ramai keliru perkara-perkara yang mudah seperti bila hendak guna ‘has‘, ‘have‘ atau ‘had‘? Anda tahu bila? 😀

Begitu juga ‘s‘. Adakah kita sebut ‘She like….‘ atau ‘She likes...”, Bagaimana pula dengan “I like...’ atau “I likes...”.

Bagaimana pula dengan tenses?

Anda tahu bila patut gunakan “past tense“, “present tense“, “past continuous tense” dan lain-lain lagi?

Bagaimana Hendak Perbaiki Grammar Bahasa Inggeris?

Kelas Intensif Bahasa Inggeris

Cara yang terbaik adalah mengikuti kelas Bahasa Inggeris intensif di mana-mana pusat pengajian berdekatan dengan rumah anda. Ingat kata kunci “intensif”. Bahasa Inggeris perlu banyak latihan, maka kelas intensif akan mempercepatkan proses penguasaan anda.

Cuma kos pelaburannya amat besar sedikit tetapi berbaloi.

Beli Buku Grammar Yang Mudah Anda Fahami

Jika anda benar-benar lemah dalam Bahasa Inggeris, maka anda mungkin perlu gunakan buku belajar grammar Bahasa Inggeris yang ditulis dalam Bahasa Melayu.

Ada banyak dijual di kedai-kedai buku atau anda boleh order online buku “English Itu Mudah” yang tidak kurang bagusnya dan mudah difahami.

muat turun e-book

English itu Mudah

Baca Bahan Bacaan Inggeris

Ingat buku grammar yang anda beli hanyalah bahan rujukan anda. Untuk memantapkan lagi tahap penguasaan Bahasa Inggeris, perlu ada latihan dan praktikal.

Rajin-rajinlah membaca bahan bacaan Bahasa Inggeris. Ada banyak yang diberi PERCUMA online atau baca sahaja di perpustakaan.

Sebaiknya baca dengan kuat (loud) agar anda dapat rasakan (feel) Bahasa Inggeris itu meresap dalam jiwa anda. Jangan baca dalam hati sahaja.

Praktis, Praktis Dan Praktis

Untuk perbaiki diri tidak boleh MALU dan RENDAH DIRI. Sudah belajar, maka perlu selalu dipraktikkan agar jadi mantap dan sempurna.

Praktis bercakap dengan rakan-rakan, praktis bercakap di kedai, praktis bercakap dengan anak-anak dan praktis komen di blog-blog dengan menggunakan Bahasa Inggeris.

Apakah Kepentingan Menguasai Bahasa Inggeris?

Apabila sudah ada peningkatan dalam Bahasa Inggeris, maka anda akan dapat merasakan kepentingan dan kebaikannya pada diri anda. Antaranya, termasuklah peluang PEKERJAAN yang lebih baik.

Hari ini, hendak jadi pelayan atau Barista di kedai kopi pun perlu Bahasa Inggeris tau.

Macam mana hendak layan pelanggan asing dengan baik tanpa penguasaan Bahasa Inggeris?

Semasa bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Presiden Universiti Asia (AUPF) bulan Oktober 2013 yang lalu, Tun Dr Mahathir berkata mereka yang berkebolehan menguasai Bahasa Inggeris lebih mudah diterima bekerja.

Sebagai contoh, beliau berkata baru-baru ini sebanyak 333 calon lepasan institusi pengajian tinggi dipanggil temu duga untuk jawatan berkaitan IT (teknologi maklumat) namun hanya tujuh daripada mereka yang diterima bekerja kerana selebihnya tidak menguasai Bahasa Inggeris.

Selain dari mencari pekerjaan dan  maklumat, Bahasa Inggeris semakin penting dalam bidang perniagaan terutama yang bersifat global mahupun kerja dari rumah (Work From Home). Yang berdakwah juga akan merasa lebih senang berdakwah, manakala para pelajar pula akan lebih mudah mencari bahan rujukan bagi pelajaran mereka dan tidak terhad pada yang ditulis dalam Bahasa Malaysia sahaja.

Bahasa Inggeris juga boleh menjadi medium tambahan bagi merapatkan hubungan sesama masyarakat dalam persekitaran majmuk di Malaysia ini.

Mungkin ada yang tidak selesa berbahasa Melayu atau Cina atau India, maka boleh gunakan Bahasa Inggeris pula.

Dari segi tugasan dan penulisan, penggunaan Bahasa Inggeris lebih sesuai kerana ia lebih tepat (‘precise‘) dalam menerangkan sesuatu tanpa perlu meleret-leret panjang sebagaimana apabila kita menulis dalam Bahasa Malaysia.

Penutup: Belajar Bahasa Inggeris

Semoga artikel ini dapat membantu anda semua merungkai persoalan berkaitan pembelajaran dan kepentingan Bahasa Inggeris. Dalam kita memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan kita, bahasa ilmu ini tidak boleh diremeh-temehkan.

Walaupun saya tidak boleh janjikan kejayaan bagi yang menguasai Bahasa Inggeris, namun kelebihan yang diperolehi hasil penguasaan bahasa ini amat ketara.

Adakalanya sedikit kelebihan pada kita itu lah sahaja yang diperlukan untuk berjaya dalam hidup.

– Tips Dan Kepentingan Belajar Bahasa Inggeris

This Article Was Written By

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N
  • hafizmd

    Mmg best bile fluent speaking n writing in english…setuju…utk cepat powwer english..mmg kene praktikal byk2

    January 22, 2015, 2:45 pm
  • reezluv

    kalau mahir, memang best le..senang nak tulis artikel dalam BI

    June 10, 2014, 3:59 am
  • Hero Borneo

    bahasa Inggerris sesuatu yang menarik untuk dikuasai…kalau nak belajar pemahaman bahasa Inggeris bacalah blog dulu lain sekarang lain..

    semasa ditempat kerja saya belasah sahaja Bahasa Inggeris..lama-lama semakin ok lah pulak!

    June 8, 2014, 10:42 pm
  • amirulfaiz

    Terima kasih atas dorongan semangat dan nasihat berkaitan Bahasa Inggeris ini. Saya tertanya-tanya bagaimana bro boleh mahir berbahasa Inggeris? Bro belajar TESL kah? Atau bro belajar di luar negara kah? 🙂

    June 7, 2014, 6:21 am
    • Ismail N

      Tak lah saya tak mahir. English saya simple aje. Cukup utk pembaca faham dan sonang time interview kerja 😀 Tak pernah buat TESL, 1119 dan belajar di local U jer …

      June 8, 2014, 5:28 am
      • amirulfaiz

        Simple, tapi nampak kemas dan rapi. Dengan anak-anak cakap English?

        June 24, 2014, 4:49 pm
        • Ismail N

          Ya cuma saya tak pernah latih/suruh diaorg guna BI cuma somehow diaorg lebih comfortable dgn English. Maybe b’coz me and my wife suka tgk English movies 😀

          June 25, 2014, 12:43 am
  • BUNDA

    Bunda juga salah seorang yang lemah Bahasa Inggeris…

    June 4, 2014, 10:59 pm
  • TehR

    aku ni antara yang lemah bahasa inggeris
    kadag2 bila cuba guna di rumah, anak gadis aku gelak je
    haha

    aku belasah je…

    June 4, 2014, 2:47 pm
    • Ismail N

      Yg penting cuba.. Salah boleh diperbaiki kan 😀

      June 5, 2014, 4:27 am
  • akubiomed

    Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa berkomunikasi antarabangsa. Perlu ada penguasaan didalam bahasa Inggeris untuk kenaikkan pangkat dan maju didalam pekerjaan.

    June 4, 2014, 8:26 am
  • zizie

    good artikel. nak masuk U, ingat tak penting ke English ni.. muet susah nak skor wooo…

    June 3, 2014, 3:44 pm
    • Ismail N

      wah ada buat muet ya. Kawe langsung x de. 1119 pun tak buat he he..

      June 5, 2014, 4:27 am
  • puteri kasih

    Masa puteri mengajar tuisyen BI dulu, memang students selalu merungut kata english adalah bahasa yang paling memeningkan…hehe 🙂

    June 3, 2014, 3:35 pm
    • Ismail N

      unlike subjek lain, subjek bahasa ni kena selalu praktis kan? Kalau setakat di class room aje, aduh tak ke mana ehhh.

      June 5, 2014, 4:29 am
  • ema

    saya juga kategori lemah bahasa inggeris…di pejabat setiap hari rabu sepatutnya diamalkan ‘speaking’ tapi masing-masing tak buat, makanya ia terkubur begitu saja.

    June 3, 2014, 1:42 pm
    • Ismail N

      kena boss buat dulu tu, baru yg lain ikut 😀

      June 5, 2014, 4:36 am
  • Hafizul

    Ya..kita harus mencuba dan belajar..sentiasa belajar..saya? Sampai ke saat ni masih belum berjaya tulis bahasa orang puteh dengan betul..hehe

    June 3, 2014, 9:19 am
    • Ismail N

      cuba lagi bro. don’t give up..

      June 5, 2014, 4:36 am