Friday,23 June,2017

10 Cara Buat Duit Dengan Blog

Buat Duit Dengan Blog

Mengikut statistik yang dikeluarkan Netcraft.Com, terdapat sebanyak 861 juta laman web di internet setakat pada Januari 2014, iaitu pertambahan sebanyak 37% dari Januari 2013 (630 juta). Jumlah ini akan terus bertambah selaras dengan kepentingan internet pada umat manusia.

Dengan ini, industri yang berkait rapat dengan laman web dan blog juga akan terus berkembang pesat dan tidak boleh diabaikan.

Oleh itu, bagi mereka yang menghadapi kesukaran mencari pekerjaan atau ingin menambah pendapatan secara sambilan di masa terluang, “buat duit dengan blog” adalah sesuatu yang mungkin bagus untuk anda cuba.

Dari anda duduk di rumah tanpa buat apa-apa, bagus juga cuba menjana pendapatan secara online menerusi blog atau apa-apa cara lain yang anda mampu.

Persediaan Untuk Buat Duit Dengan Blog

Bukan semua orang boleh buat duit dengan blog. Kunci utama dalam mencapai kejayaan menjana pendapatan menerusi cara ini adalah:

  1. Perancangan
  2. Penulisan

Buat duit dengan blog tidak boleh dilakukan secara semberono.

Kualiti blog dari segi penulisan dan reka bentuk amat perlu dititikberatkan.

Oleh itu perancangan yang teliti perlu dibuat agar usaha ini tidak menjadi sia-sia. Anda hendaklah kenalpasti kekuatan dan kelemahan diri sendiri dan pilih cara terbaik buat anda. Bukan semua cara yang saya senaraikan di bawah sesuai buat anda.

Oleh itu pilih cara yang sesuai dan fokus terhadap apa yang anda mahu lakukan agar kejayaan dapat di capai nanti.

Modal Buat Duit Dengan Blog

Seperti berniaga burger atau buat kedai runcit, industri blog ini juga perlukan modal.

Cuma tidak perlukan sebesar perniagaan tradisional atau luar talian (offline) yang lain.

Keperluan talian internet dan komputer bimbit adalah mesti, manakala isu-isu seperti kos pengiklanan, SEO dan sebagainya perlu juga diberi perhatian.

Pemilihan Syarikat Hosting Dan Platform Untuk Blog

Majoriti blog yang menjana pendapatan yang tinggi adalah dari blog yang menggunakan hosting berbayar (self hosted) dan menggunakan top level domain (TLD).

48% dari 100 blog/laman web utama di dunia (termasuk CNN, TechCrunch, TED dan NBC) adalah dihoskan atas platform WordPress.

Setiap bulan 409 juta orang melihat 15.5 billion laman pada platform ini. 38% laman web/blog kini menggunakan reka bentuk yang “responsive“.

Semua statistik ini perlu di ambil kira agar anda membuat pilihan dan perancangan tepat sebelum memulakan usaha untuk buat duit dari blog.

Syarikat Hosting

Cara-Cara Buat Duit Dengan Blog

Bergantung kepada keupayaan anda, terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk menjana pendapatan dari blog ini. Kelebihan pastinya bagi mereka yang boleh mengarang dengan baik dan mampu menulis dalam Bahasa Inggeris.

Statistik yang dikeluarkan oleh WordPress.Com menunjukkan bahawa 71% pengguna WP mengunakan Bahasa Inggeris.

Akan tetapi ini tidak bermakna, anda tidak boleh menggunakan bahasa lain dalam menjana pendapatan dengan blog. Yang penting ada usaha dan perancangan yang terbaik.

Berikut adalah 10 cara buat duit dari blog yang kami ingin cadangkan.

Jual Blog

Ini merupakan cara yang paling “straightforward” untuk buat duit dari blog. Ia sesuai bagi mereka yang pandai menulis/mengarang artikel tetapi tidak berminat dengan hal-hal berkaitan promosi dan SEO. Apa yang anda perlu buat ialah membeli domain TLD yang sesuai dan relevan dengan artikel-artikel yang mahu dikarang.

Isikan blog dengan artikel-artikel yang berkualiti dan menarik.

Dalam tempoh beberapa bulan sahaja, blog anda sudah siap sedia untuk dijual.

Nilainya akan bergantung pada berapa banyak artikel yang telah anda masukkan dan kualiti artikel tersebut.

Letakkan iklan “Blog Untuk Di Jual” di blog anda berserta dengan cara untuk menghubungi anda.

Anda juga boleh iklankan blog anda ini di Flippa.com.

Buat seberapa banyak blog yang anda mahu dan jual juga seberapa banyak yang anda mahu juga.

Flippa

Buat Duit Dengan Program Affiliate

Ini cara yang paling ramai dibuat oleh blogger-blogger Malaysia. Apa yang perlu dibuat adalah menyertai program-program affiliate yang ada dan promosikan produk-produk yang sesuai.

Cara ini perlukan kebijaksanaan dalam menggoda dan mempengaruhi pembaca-pembaca di blog anda untuk membeli produk-produk yang dipromosikan.

Sebaiknya baca dulu e-book-e-book dari sifu-sifu affiliate agar anda dapat mengikuti langkah yang betul dari awal lagi. Pemilihan produk yang sesuai, teknik promosi yang betul dan teknik penulisan memainkan peranan penting dalam pemasaran afiliate.

Buat Duit Dengan Google AdSense

Di blog anda pastinya ada ruang-ruang kosong yang digunakan bagi meletakkan iklan-iklan yang dihasilkan menerusi program Google AdSense.

AdSense adalah cara pasif buat duit.

Anda boleh terus enjoy menulis dan tidak perlu fikirkan sangat soal promosi dan pendapatan pula dihasilkan dari ‘klik’ yang dibuat oleh pembaca pada iklan-iklan AdSense di blog anda.

Untuk mendapat pendapatan yang lebih besar pula, seni SEO dan AdSense perlu di halusi lebih lagi bagi memastikan setiap klik menghasilkan nilai yang lebih tinggi dan blog anda mudah dicari pengguna internet.

Ruang Iklan Di Blog

Jika anda tidak dapat menyertai program Google AdSense atau program-program yang seumpama dengannya atau anda tidak berminat untuk menyertainya, anda boleh membuat duit dari blog anda dengan cara menyewakan ruang iklan bagi mereka yang berminat.

Biasanya blog yang punyai trafik yang tinggi akan menarik lebih ramai pengiklan (Lihat blog Chedet misalnya) yang sanggup membayar harga yang lebih tinggi juga.

Pastikan anda sediakan cara mudah untuk pengiklan menghubungi anda bagi tujuan ini.

Artikel Tajaan

Bagi pemilik-pemilik blog-blog lama dan mempunyai Google PR2 ke atas, pastinya sudah biasa menguruskan artikel tajaan ini. Selalunya para pengiklan akan menghubungi anda bagi meletakkan pautan pada artikel di blog anda.

Artikel itu samada disediakan oleh mereka atau anda sendiri.

Jika anda yang karang, maka anda harus mengenakana caj juga untuk kerja-kerja mengarang.

Kuatkan hati anda bila berunding dengan pengiklan.

Dapatkan harga terbaik mungkin dan elakkan dari menerbitkan artikel secara percuma.

Menjual Produk Sendiri

Ada produk atau servis untuk dijual? E-Book? Barang permainan? makanan? cupcake? dsb.

Iklankan sahaja di blog sendiri. Lebih mudah dan lebih menjimatkan. Anda juga boleh cari kawan-kawan yang ada perniagaan dan menawarkan diri untuk buat review dan diberi komisyen jika ada pelanggan yang datang menerusi maklumat dari blog anda.

Mudah bukan?

Buat Duit Dengan Nuffnang

Ini adalah alternatif bagi Google AdSense.

Ini kerana bukan mudah untuk mendaftar dengan program Google AdSense terutama bagi mereka yang tidak tahu caranya.

Caranya hampir sama dengan AdSense iaitu meletakkan kod iklan Nuffnang yang akan menghasilkan iklan-iklan Nuffnang di blog anda. Pendapatan dihasilkan menerusi klik atau page view.

Tip Dan Derma

Apa salahnya minta derma untuk maklumat dan informasi yang kita berikan di blog kita kan?

Adakala informasi yang kita berikan amat berguna bagi pihak-pihak tertentu terutama dalam soal kerjaya dan kehidupan. Bagi mereka yang mahu hargai usaha-usaha murni kita itu, kita sedikan cara untuk buat sumbangan, tip atau derma pada kita.

Ada banyak cara boleh digunakan seperti Maybank2u atau butang Paypal.

Program Keahlian

Dengan plugin seperti “Membership“, anda boleh hadkan kandungan dalam blog anda kepada ahli-ahli sahaja. Ini terutamanya bagi blog-blog berkualiti tinggi dan selalu dikemaskini oleh pemilik blog.

Hanya mereka yang membayar yuran langganan/keahlian boleh membaca kandungan penuh artikel-artikel yang ditulis di blog anda.

Contoh sistem keahlian untuk membaca artikel penuh boleh dilihat pada laman web MalaysiaKini misalnya.

Jual Pautan Di Blog

Anda boleh juga jual pautan di blog anda pada mereka yang berminat dengan mendaftarkan blog di MageNet.Com.

Selepas daftar, pasangkan plugin yang boleh dimuat turun dilaman web mereka dan semua urusan di uruskan MageNet secara automatik.

Anda perlu log-in dalam akaun sekali sekala untuk melihat samada sudah cukup untuk buat pengeluaran wang (Minimum USD 50).

Mudah bukan? Sesuai untuk blog-blog pada niche spesifik dan ber PR 1 dan ke atas.

Ada banyak lagi cara-cara yang boleh dilakukan bagi membuat duit dari blog anda. Apa yang tersenarai di sini hanyalah sebahagian kecil sahaja dan cara yang saya rasakan mudah buat anda semua.

Namun, apa yang penting adalah USAHA dan keinginan untuk berjaya. Selamat mencuba buat duit dari blog dan semoga berjaya semua.

Untuk lebih mantap, baca juga artikel: 17 E-Book Buat Duit Online Terlaris Di Pasaran.

Semoga sukses selalu. Malaysia boleh!

This Article Was Written By

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N

Leave a Comment

  • Zuan Reply

    jual blog tu menarik, macam hartanah, kita jadikan blog kita hot (klu investment, macam beli property di hot area), lepastu dah matang jual 🙂

    September 17, 2014, 9:47 am
    • Ismail N Reply

      Tapi, bila sudah develop baik-baik, rasa sayang pulak nak jual 😀

      September 18, 2014, 2:13 am
  • adna2029 Reply

    tip yang berguna untuk saya praktik kan tq ya..

    September 15, 2014, 6:04 am
    • Ismail N Reply

      welcome..
      All the best dan semoga sukses buat duit dengan blog

      September 15, 2014, 6:07 am
  • Nor Azlina Reply

    Tips yang sangat bagus untuk dikongsi bagi blogger terutama yang baru nak menulis blog macam saya…sudah alam saya tinggalkan dunia menulis ni…harap dengan adanya blog baru saya akan menggilap kembali semangat menulis dulu…sambil menulis sambil menjana pendapatan….

    September 8, 2014, 1:28 am
    • Ismail N Reply

      Terima kasih. Semoga berjaya dalam usaha menjana pendapatan dari blog. All the best…

      September 10, 2014, 1:51 am
  • nord Reply

    oooo..tips yang bernas

    September 5, 2014, 7:18 am
  • Hazmin Hamudin Reply

    Pandai cari lubuk, ada la hasilnya tu. Lagi satu yang penting kena rajin. Kalau malas, memang habuk jela yang dapat.

    August 19, 2014, 5:55 am
  • titan Reply

    yap.

    memang ada 1010 cara nak jana duit dengan blog.

    hoho..magenet pun hang sapu gak?

    August 18, 2014, 4:44 pm
    • Ismail N Reply

      Mana2 yg senang je layan…

      August 18, 2014, 9:25 pm
  • Hero Borneo Reply

    potensi blog untuk menghasilkan duit amat luas!

    August 18, 2014, 2:57 pm
    • Ismail N Reply

      cuma tinggal kita kembangkan potensinya kan?

      August 18, 2014, 9:16 pm
  • akubiomed Reply

    Ramai yang sudah terjun menulis blog sekarang ini. Bermacam-macam blog baru yang hebat sekarang ini.

    August 18, 2014, 2:57 am
    • Ismail N Reply

      Nampaknya, ramai yang berbakat menulis kan?

      August 18, 2014, 5:47 am
Like Our Facebook Page close[x]
Or wait 15 seconds