10 Hackers Paling Terkenal Sepanjang Zaman

10 Hackers Paling Terkenal
Gambar kredit kepada cigarloungemusic.com

 Maklumat ini di ambil dari Focus.Com dan hackers dibahagikan kepada dua ketegori oleh website berkenaan iaitu “Black Hat” dan “White Hat”. Bagi maksud artikel ini, hackers merujuk kepada segolongan individu atau kumpulan yang terbabit memecah masuk ke sistem computer individu , syarikat atau pertubuhan dan dikreditkan sebagai penyebab kerugian wang berbillion ringgit serta maklumat penting sejak wujudnya world wide web.

10 Hackers Paling Terkenal

Namun, bukan semuanya yang  merosakkan dan bertindak atas niat jahat.

Maka, dengan itu, kita akan melihat satu persatu Black Hat Hackers dan White Hat Hackers ini.

Black Hat Hackers

Juga dikenali sebagai CRACKERS. Mempunyai ciri-ciri perosak dan biasanya bertindak bagi tujuan keuntungan peribadi.

Black Hat Hackers ini lah yang selalu ditangkap bagi kesalahan-kesalahan cyber crimes dan Top 5 untuk kategori Black Hat Hackers ini adalah:-

Jonathan-James-Hacker

Jonathan James

Jonathan James adalah juvenil yang pertama sekali dimasukkan ke dalam penjara atas kesalahan hacking ini. Dikenali dengan nama “c0mrade“, Jonathan berusia 15 tahun ketika melakukan kesalahan pertamanya dan 16 tahun ketika menjalani hukuman.

Beliau amat terkenal kerana sasaran beliau ialah organisasi yang besar atau high-profile.

Ini termasuklah Defense Threat Reduction Agency dan NASA (mencuri software berharga US$ 1.7 juta).

Adrian-Lamo-Hacker

Adrian Lamo

Digelar sebagai “The Homeless Hacker” kerana selalu hack dari kedai kopi, Kinko atau perpustakaan. Adrian Lamo terkenal kerana berjaya memecah masuk komputer organisasi besar seperti The New York Times, Yahoo dan Microsoft. Lamo ditangkap pada tahun 2003 dan dibebaskan pada tahun 2007.

Adrian Lamo menjadi seorang journalist dan speaker selepas itu. Beliau kembali menjadi perhatian media apabila melapurkan kepada kepada pihak berkuasa yang Bradley Manning telah melepaskan banyak dokumen kerajaan yang sensitif kepada Wikileaks.

Kevin-Mitnick-Hacker

Kevin Mitnick

Pada usia 12 tahun, Kevin Mitnick telah berjaya melepasi punchcard system di US untuk menerusi social engineering. Kevin mula terlibat dalam network computer hacking pada usia 16 tahun dan telah dengan sendirinya menggelarkan dirinya (self proclaimed) “Hacker Poster Boy“.

Oleh kerana sering melakukan hacking tanpa berjaya ditangkap, US Department of Justice pun mengelarkan Kevin Mitnick sebagai “the most wanted computer criminal in United States history“.

Pada thaun 1988, Kevin akhir tertangkap dan disabitkan atas kesalahan memecah masuk rangkaian komputer Digital Equipment Corporation dan mencuri perisaian mereka. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga 😀

Kevin-Poulsen-hacker

Kevin Poulsen

Terkenal sebagai pakar dalam hacking talian telefon. Kevin Poulsen juga dikenali sebagai Dark Dante dan mula terkenal kerana hacking talian stesen radion LA, KIIS-FM yang membawa banyak kemewahan kepadanya termasuk membolehkan beliau membeli sebuah Porshea antaranya. Pihak berkuasa mengelar Kevin sebagai “The Hannibal Lecter Of Computer Crime“.

FBI amat membencinya kerana suka mencuri masuk ke rankaian komputer mereka bagi mencuri maklumat. Poulsen akhirnya ditangkap dan dipenjarakan. Sekarang Kevin Poulsen menjadi editor di Wired.Com.

Robert-Tappan-Morris hacker

Robert Tappan Morris

Anak kepada seorang saintis di Agensi Keselamatan Negara AS, Robert Tappan Morris dikenali sebagai pencipta “Morris Worm” iaitu computer worm yang pertama dilepaskan di internet. Atas sebab itu, Robert Tappan Morris juga  mencari orang yang pertama dituduh di bawah Computer Fraud And Abuse Act pada tahun 1986.

Beliau sekarang berkhidmat sebagai professor di MIT, Computer Science and Artificial Intelligence Laboratory.

White Hat Hackers

White Hat Hackers adalaah mereka yang menggunakan skill yang ada pada mereka ke arah kebaikkan. Mereka sering di labelkan sebagai “Ethical Hackers” dan dibayar gaji oleh syarikat-syarikat bagi menguji sistem komputer mereka. Ada yang bertindak tanpa kebenaran atau arahan mana-mana syarikat tetapi tidak bagi kepentingan peribadi mahupun menyalahi mana-mana undang-undang.

Namun, yang MENARIK mengenai White Hat Hackers ini adalah ada diantara mereka telah berjaya menemui pelbagai penemuan kejayaan semasa membuat hacking ini. Malah, hasil penemuan itu amat berguna dan disanjungi hingga ke hari ini.

Top 5 White Hat Hackers adalah seperti  berikut:-

Stephen Wozniak hacker

Stephen Wozniak

Stephen Gary “Woz” Wozniak adalah co-founder Apple Computer Co (Sekarang Apple Inc) bersama-sama mendiang Steve Jobs dan Ronald Wayne. Beliau juga dikenali dengan pelbagai nama seperti “Woz”, “Wonderful Wizard of Woz”, “iWoz” dan juga dirujuk sebagai “Other Steve” di Apple Computer (Steve Jobs adalah Steve yang lebih popular 😀 ).

Steve Wozniak belajar selama setahun di University Of California, Berkeley sebelum berhenti. Beliau kemudiannya mereka Apple I dan Apple II yang membuat dirinya terkenal.

Sebagai hacker, Woz bermula dengan hacking beberapa alatan telefon bagi membuat panggilan percuma.

Tim Berners-Lee hacker

Tim Berners-Lee

Sir Timothy John “Tim” Berners-Lee adalah seorang saintis British dan professor di MIT. Sir Tim Berners-Lee akan sentisa diingati sebagai pencipta World Wide Web. Ini dicapai bersama Robert Cailliau pada tahun 1990 apabila mereka berjaya membuat komunikasi pertama yang berjaya antara Hypertext Transfer Protocol (http) client dengan server menerusi internet.

Sebagai pelajar beliau pernah ditangkap kerana hacking di Universiti Oxford dan dilarang menggunakan komputer universiti.

Namun, ini tidak menghalang beliau mencipta komputer sendiri dengan menggunakan antaranya tv lama, soldering iron, TTL gates, dan M6800 processor. 😀

Linus Torvalds hacker

Linus Torvalds

Linus Benedict Torvalds seorang hacker dan software engineer berasal dari negara Finland. Linus Torvalds paling kenali sebagai orang membangunkan Linux, satu operating system Unix yang popular. Dengan komputer yang ada padanya semasa remaja, beliau pun mula hacking operating system yang ada.

Objektif beliau ialah: “I just want to have fun making the best damn operating system I can“.

Linus Torvalds mencipta Linux Kernel pada tahun 1991 dengan menggunakan Minix OS sebagai inspirasi.

Richard Stallman hacker

Richard Stallman

Richard Stallman adalah popular dengan GNU Project yang beliau hasilkan bagi membangunkan OS percuma. Atas sebab ini juga beliau dikenali juga sebagai “Father Of  Free Software”. Beliau juga dikenali sebagai software freedom activist. Pada tahun 1985, beliau melancarkan Free Software Foundation.

Beliau juga memperkenalkan konsep copyleft satu konsep baru dalam pengedaran software secara percuma dan dalam masa yang sama mengekalkan hakcipta sesuatu software yang telah diedarkan itu. Semasa menjadi penuntut di Universiti lagi, Richard Stallman agak kritikal terhadap penggunaan sesuatu barang secara terhad.

Beliau benci bila komputer di universiti dilengkapi dengan password dan selalu bertindak dengan melakukan hacking, membuang password dan memberitahu pelajar-pelajar lain bahawa password telah dibuang. 😉

Tsutomu Shimomura hacker

Tsutomu Shimomura

Tsutomu Shimomura adalah seorang saintis Jepun dan computer security expert yang berkerja di AS. Beliau adalah anak kepada Osamu Shimomura, pemenang Nobel Prize (Chemistry) 2008. Tsutomu Shimomura mula menjadi terkenal apabila komputernya di hacked oleh Kevin Mitnick. Bengang dengan Kevin, beliau pun membantu FBI bagi menangkap Kevin. 😀

Namun, dari segi sejarahnya, Tsutomu Shimomura pun bukanlah tidak biasa dengan aktiviti hacking ini. Beliau dikatakan pakar dalam hacking talian telefon AT&T dan mengawasi panggian telefon di talian tersebut.

– 10 Hackers Paling Terkenal Sepanjang Zaman

26 Comments

    1. yang baik tu kiranya macam bakteria yang baik dalam badan. 🙂 dalam usus manusia banyak bakteria baik.

      Ehh.. melalut jauh lak. Hahaha 🙂

  1. Kisah Jonathan James pernah terbaca. Dia mmg style dalam dunia hacking.
    Yang lain kurang igt. Tengs sbb share pasal ni. Sy mmg suka baca2 info orang2 yg terer bab hack ni. Dorang punya otak logik dan kretiviti mmg seolah2 bakat dan rasa tak semua orang boleh jadi hackers yg macam ni.

  2. Black Hat Hackers pastinya orang yang dikurniakan akal yang sangat bijak tapi…. kenapa dia orang tak pakai topi hitam? 😉

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons