Video Bina Laman Web WordPress Dengan Mudah

video wordpress

Sebelum kita pelajari dan lihat video bina laman web WordPress dengan mudah, apakata kita lihat latarbelakang WordPress terlebih dahulu..

WordPress

Salah satu platform bagi blog dan laman web terkemuka, WordPress telah di asaskan oleh Matt Mullenweg dan Mike Little. Versi asal platform ini mula diperkenalkan pada 27hb Mei 2003 dan mendapat sambutan yang baik sebagai satu perkakasan blogging yang bersifat  ‘open source’ atau terbuka/percuma.

Sehingga 2013 WordPress telah digunapakai oleh lebih 66 juta laman web termasuk yang terkemuka seperti TechCrunch, GigaOM dan CNN.

Menurut portal statistik terkemuka, Statisca, setiap bulan sebanyak 4 billion page views telah dihasilkan di laman web WordPress oleh 368 juta pengguna internet.

Jika anda pengguna WordPress, maka anda adalah termasuk dalam statistik ini:

wordpress page views

Membina Laman Web WordPress

Membuat laman web atau blog sebenarnya adalah teramat MUDAH dengan WordPress.

Cuma diperingkat awal dan seperti skill-skill yang lain juga, ia perlukan sedikit panduan dan penerangan yang berkesan untuk mempercepatkan proses pembelajaran. Tambahan pula, teknologi semakin berkembang dan jika dulu blog atau laman web dihasilkan dalam bentuk yang mudah sahaja, sekarang ini ia tampak lebih menarik dan hebat.

wordpress is priceless

Oleh itu, pastikan anda mendapat guru yang terbaik atau pun muat turun buku panduan membina laman web WordPress yang terkini dan terhangat di pasaran.

>> VIDEO BINA LAMAN WEB WORDPRESS DENGAN MUDAH <<<

muat turun e-book

Antara perkara yang mungkin menjadi halangan bagi sesetengah pengguna WordPress yang baru adalah dari segi bahasa. Kebanyakkan penerangan adalah dihasilkan di dalam Bahasa Inggeris dan jika anda kurang fasih, maka banyak maklumat yang penting tidak anda perolehi.

Oleh itu, dapatkan juga panduannya dalam Bahasa Malaysia dan ‘mentor’ yang fasih berbahasa Malaysia.

Dari segi penggunaan bahasa pula, kebanyakkan blog atau laman web WordPress dibina dalam Bahasa Inggeris.

Ini tidak menghairankan kerana bahasa ini adalah bahasa komunikasi utama di dunia.

Oleh itu, bagi mereka yang mensasarkan pembaca-pembaca atau pelanggan secara global, maka penggunaan Bahasa Inggeris menjadi kemestiaan.

Tetapi, jika target anda hanylah ‘local market’ (pasaran tempatan), maka memadai menulis dalam Bahasa Kebangsaan kita iaitu Bahasa Malaysia.

Dari segi statistik, terdapat kira-kira 66% laman web/blog yang ditulis dalam Bahasa Inggeris, 8.7% dalam Bahasa Spanyol, 6.5% dalam Bahasa Portugal dan 3.5% dalam Bahasa Indonesia.

Rujuk carta di bawah:

wordpress blog v language

Antara perkara-perkara yang wajar diberi penekanan dalam membina laman web/blog yang berjaya termasuklah:

  1. Rekabentuk laman web/blog;
  2. Perlindungan dari spam dan penggodam; dan
  3. Kualiti kandungan

Rekabentuk

Ini adalah suatu perkara yang amat perlu dititik beratkan dan rata-rata pemilik laman web atau blog berpengalaman akan mengatakan lebih mudah untuk merekabentuk laman web yang baik dengan menggunakan WordPress.

responsive WP theme

Jika perlu dan jika anda semakin mahir, beralih lah kepada ‘responsive design‘, terutama bagi mereka yang mahu membina blog bagi tujuan perniagaan.

Kepentingan ini telah ditekankan oleh kolumnis SearchEngineLand.Com, Harrison Jones yang telah membuat kajian dan mendapati kebanyakkan laman web B2B (business to business) mendapat sebanyak 8 hingga 15% trafik alatan mobile seperti telefon pintar dan jumlah ini dijangka bertambah sering dengan teknologi yang semakin membangun.

These days anybody can build a website, it really isn’t that complicated. However just because they can build a site doesn’t mean that they can design it. There is a lot that goes into a well designed website and it is important that you keep this in mind when you are designing your site. A well designed website is critical to your success. – Reyland Designs

Terdapat banyak tema blog (blog themes)  dan plugin yang sesuai yang boleh membantu blog anda:-

  • Kelihatan lebih professional dan menarik;
  • Lebih cepat ‘loading’ (mucul di browser) dan tidak membuat pelawat tertunggu-tunggu;
  • Lebih mesra pembaca;
  • Lebih sesuai dengan ‘niche’ anda;
  • Memenuhi keperluan e-commerce jika anda membangunkan laman web perniagaan;
  • Senang di ‘optimize’ bagi mendapatkan kedudukan yang baik dalam enjin carian;
  • Responsive
  • dan banyak lagi.

WordPress Theme flavour

WP real estate

responsive WP theme

Lihat sahaja laman web dengan tema-tema di atas, ia boleh dihasilkan sendiri oleh anda jika anda sudah cekap menggunakan WordPress.

Tidak perlu pengetahuan sangat mengenai ‘coding‘ atau bahasa CSS.

Kebanyakkannya boleh diubahsuai dengan hanya melakukan ‘copy and paste‘ dan klik-klik menggunakan tetikus sahaja.

Perlindungan Dari Spam Dan Penggodam

Di waktu permulaan anda menghasilkan laman web atau blog, masaalah ini tidak lah ketara. Semakin lama dan semakin popular blog anda, maka semakin hebat cabaran yang diberikan oleh kaki-kaki spam dan penggodam (hackers) dan jika anda tidak bersedia menghadapi cubaan hack dari awal, maka jangan menangis bila blog hilang atau dirosakkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

hackers

Saya pernah merasainya dan masih rasa mahu menyumpah sahaja hackers yang buat kerja tak senonoh itu!

Selain dari itu, kaki-kaki spam turut membuatkan kerja-kerja blogging atau menguruskan laman web jadi tergendala. Takkan semua komen mahu kena ‘moderate‘ kan? Kalau 1000, 100,000 komen spam masuk bagaimana?

Jangan risau ini semua boleh di atasi jika anda tahu caranya. Ia termasuk dalam ilmu-ilmu perguruan membina laman web yang effektif dan boleh dipelajari dengan mudah oleh anda.

Kualiti Kandungan

Bab ini semuanya terpulang kepada anda kerana ia adalah perkara yang amat subjektif. Cuma, sebaiknya tulis kandungan yang berinformasi dan bukan sekadar mahu menjual barang atau mempromosikan sesuatu sahaja.

Oleh itu, jika mampu, buat kajian dan membaca pelbagai portal yang berinformasi tinggi bagi menghasilkan kandungan berkualiti.

Lebih baik juga jika kandungan itu dapat membantu pembaca-pembaca laman web atau blog anda.

Membina Laman Web Bagi Tujuan Perniagaan Dan Mendapatkan Pendapatan Sampingan

Akhir sekali, sesuatu yang tidak dapat dinafikan adalah kebanyakkan laman web atau blog adalah dibangunkan bagi tujuan perniagaan atau mendapatkan pendapatan sampingan samada secara langsung atau tidak langsung. Di sini, bantuan pakar amat-amat diperlukan oleh anda dan sekadar hentam keromo tidak digalakkan.

Banyak perkara teknikal yang perlu anda ketahui dan jika anda menggunakan WordPress pasti anda ingin tahu: bagaimana cara nya membina Kedai Online dengan WordPress; Integrasi WordPress Dengan Sistem Affiliate; Tips Jana Pendapatan Dengan WordPress dan lain-lain lagi.

Statistik Untuk Anda

Akhir sekali, saya sudahi dengan beberapa statistik untuk anda untuk renungan bersama. Ia penting agar anda tidak menjadi seperti saya di permulaan buat blog dahulu iaitu meredah sahaja tanpa dapatkan bantuan pakar. Pastikan anda bina blog dengan WordPress jika boleh dan buatnya dengan teratur. Simple tips seperti penggunaan permailinks yangs sesuai dan pemasangan ‘sitemap‘ di laman cukup kritikal dalam kejayaan laman web atau blog anda.

statistik

Carta ihsan dari: Statista.Com – The Statistics Portal

Statistik Tambahan ihasan: HubSpot.Com

>> VIDEO BINA LAMAN WEB WORDPRESS DENGAN MUDAH <<<

muat turun e-book

9 Comments

  1. Emm betul tu bro..banyak kot BI..tapi kalau nak buat asas tu jer faham la.. Kalau dah terlebih detail, susah gak nak faham.. laman download tu jadi “Internal Server Error”..tak leh masuk..

  2. terbaiklah bro!

    ambe klik laju2, dan baca perlahan2 utk hadam kit ni…

    fuh! tahniah bro…dr bro main redah, sekarang dah boleh amik order..terbaik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Show Buttons
Hide Buttons