Saturday,10 December,2016

Blogger Dan SEO Contest

seo-contest

Gambar kredit:  blog.serpd.com

Ramai blogger pada hari ini suka menganjurkan ‘contest‘ atau pertandingan buat pengunjung-pengunjung blog mereka. Peserta-peserta biasanya dikhendaki membuat satu tugasan dan keputusan di adili berasaskan terma dan syarat serta budi bicara pemilik blog yang menganjurkan pertandingan tersebut.

Selalunya ia dibuka kepada blogger-blogger sahaja yang kemudianya perlu mencanangkan ‘contest’ itu kepada blogger-blogger lain di blog mereka pula.

Contest

Menganjurkan ‘contest’ adalah satu bentuk promosi yang baik dan effektif dalam meningkatkan kehadiran pengunjung ke blog dan menambahkan pautan (links) yang sekaligus memberi kesan baik dari segi “Search Engine Ranking Placement” atau ringkasnya, SERP dan PR Ranking buat blog mereka.

Selain dari itu, terdapat juga blogger-blogger yang mengadakan pertandingan sekadar bagi menghargai pengunjung-pengunjung blog atau sebagai satu acara sambutan memperingati tarikh tertentu seperti ulang tahun blog mereka.

Walau apa juga tujuan contest ini diadakan, trend ini dilihat sebagai semakin popular dan semakin kerap digunakan terutama oleh blogger yang baru hendak meningkat naik.

Format Contest

Dalam menjayakan sesuatu ‘contest‘, terdapat pelbagai format atau bentuk yang digunakan.

Contohnya: blogger ini sendiri yang pernah menganjurkan ‘contest’ di blog Dulu Lain Sekarang Lain, amat gemar pada format yang meminta peserta ‘contest’ membuat karangan atau artikel di blog peserta ‘contest’.

Agak menarik apabila membaca hasil peserta – melihat mereka menginterpretasikan soalan dalam bentuk artikel sambil berkongsi idea-idea menarik dan pengalaman mereka. Masaalahnya pula ialah untuk menghakimi penyertaan secara adil dan saksama tanpa mengecilkan hati mana-mana pihak yang terlibat dalam ‘contest’ tersebut.

Ini amat sukar kecuali bila ada satu penyertaan yang benar-benar ‘stand-out’ dari yang lain-lain dengan nukilan yang kreatif, menarik serta penggunaan bahasa kebangsaan yang tepat.

Berikutan dari kesukaran membuat penghakiman, maka sesetengah blogger yang menganjurkan ‘contest’ ini akan mengambil pendekatan yang lebih objektif dalam memilih pemenang-pemenang.

Ini dapat membantu mereka dari pening kepala atau merasa susah hati jika tersilap membuat pilihan pemenang-pemenang ‘contest’ mereka.

Antaranya adalah dengan memilih pemenang secara rawak menggunakan RANDO.ORG atau melemparkan soalan khas yang mempunyai jawapan yang spesifik.

SEO Contest

Satu bentuk ‘contest’ yang semakin popular ialah mengadakan ‘SEO contest’. Di sini blogger-blogger yang mengambil bahagian akan berpeluang menguji kehandalan dan kefahaman SEO masing-masing. Mereka akan cuba ‘out do‘ antara satu sama lain dengan kepakaran yang mereka ada dalam pertandingan ini.

Keburukkannya adalah cuma mereka yang benar-benar faham dan pakar SEO akan lebih berpeluang menjadi pemenang.

Mereka yang masih baru dan belum memahami sepenuhnya ilmu ini pasti menghadapi cabaran amat sukar dan peluang agak tipis sekali. Namun, anda jangan mudah berputus asa. Satu perkara mengenai SEO ini adalah tiada siapa yang benar-benar pakar mengenainya.

Ini kerana tiada siapa yang tahu sepenuhnya bagaimana ‘Google Algorithm‘ berfungsi.

Pakar-pakar SEO cuma hanya mampu mengagak berdasarkan kajian dan cubaan. Oleh itu, peluang anda masih tetap ada.

Tambahan pula Google Algorithm ini akan berubah dari semasa ke semasa. Maka teknik-teknik lama SEO mungkin akan luput ditelan zaman.

Namun, teknik-teknik asas dan utama adalah masih relevan sehingga sekarang seperti keyword density, unique content dan backlinks.

Blogger ini belum pernah menguji skill dengan jaguhan-jaguhan SEO dalam pertandingan sebegini.

Bukan takut kalah, cuma gerenti kalah punya 😀

Akan tetapi, bila tiba masanya nanti, pasti saya akan cuba juga.

Dalam pertandingan, perkara utama yang ingin di capai adalah ilmu dan pengalaman. Oleh itu, soal kemenangan hanyalah bonus dan tidak perlu difikirkan sangat. Bagi mereka yang pernah sertai contest SEO, sudi-sudikan lah berkongsi pengalaman bersama kami di sini.

Contest Terbaru

KEMASKINI: Contest terbaru dan mungkin yang yang terakhir untuk tahun 2015 adalah Contest Review Lynk.My 2015 yang di anjurkan oleh tuan punya website URL shortening, Lynk.My. Ia bakal berakhir bulan hadapan dan setakat ini lebih 50 penyertaan telah diterima. Persaingan pasti sengit. Jika mahu cuba kehebatan, sila-sila lah masuk gelanggang.

Terima kasih.

 

About The Author

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N

Leave a Comment

  • amirulfaiz Reply

    Hehe, tak sempat nak join, blog sendiri pun dah lama tak update. 😀

    April 1, 2012, 11:31 am
  • Mus Reply

    pernah juga join contest ni.. tapi biasalah belum ada rezeki nak menang

    April 1, 2012, 7:57 am
  • titan Reply

    hoho..hentam aje. kalau menjadi, leh menang. tak semua otai tu pandai..haha..

    March 31, 2012, 7:07 am
  • akubiomed Reply

    Saya sudah mengikuti syarat SEO tetapi entri belum mencapai seperti apa yang dikehendaki. Betul kata bro algorithm Google tiada siapa yang tahu jadi semua orang ada peluang. 🙂

    March 31, 2012, 6:45 am
  • tehr Reply

    Aku guna teknik yang agak popular gak, bro
    ‘Bedal dan Hentam’ saja apa yang patut
    Haha

    March 31, 2012, 2:19 am
  • Cikgu Hairul Reply

    Saya sampai sekarang masih takut untuk menyertai mana-mana contest seo. Belum bersedia..

    March 30, 2012, 11:17 pm
  • nurmisnan Reply

    Betul tuh brother.. orang kata kebetulan.. tapi tektik2 yang
    digunakan seperti keyword serta backlink sedikit sebanyak
    memain peranan..

    March 30, 2012, 4:02 pm
Like Our Facebook Page close[x]
Or wait 15 seconds