Blogger Jangan Terlalu Kedekut Ilmu

blogs

Saya percaya ramai blogger-blogger Malaysia terdiri dari mereka yang berpelajaran tinggi ataupun berpengalaman luas dalam bidang masing-masing. Namun, banyak blog yang saya temui memaparkan artikel atau rencana yang hampir serupa.

Mungkin, saya tidak pandai dalam soal SEO, keywords dan sebagainya, namun saya still rasa β€œamazing” bila blogger tidak mahu menafaatkan ilmu yang ada dan berkongsi dengan pembaca blog mereka.

Mungkin trafik yang hadir adalah kecil akan tetapi kepuasan dari penulisan sendiri jauh lebih memuaskan dari cuba menjadi orndi dunia siber ini.

sharing-jangan-kedekut

Sebab Tidak Mahu Share

Ada dua kemungkinan yang boleh saya bayangkan diminda saya selain dari soal trafik dan SEO tadi.

Tekaan saya mungkin:

  • Blogger itu MALU nak kongsi apa yang dia tahu atas sebab yang hanya dia sahaja yang tahu; atau
  • Blogger terlalu KEDEKUT ilmu dan tak mahu berkongsi dengan orang lain.
  • Boleh jadi juga ada kemungkinan ketiga iaitu blogger sendiri tak tahu apa yang dipelajari atau dibuat selama ini, maka dia tidak mampu menulis mengenainya.

Blog Berdasarkan Pengalaman Anda

Walau apa-apa pun sebabnya, saya harap anda semua mencuba menulis artikel berdasarkan pengalaman dan pendidikan yang anda terima agar tidak sia-sia masa yang digunakan bagi menimba pengalaman dan pelajaran itu.

Dalam masa yang sama anda masih boleh teruskan cilok artikel dari sana-sini (saya pun buat juga πŸ˜€ ), tetapi jangan sesekali takut mencuba menulis karya asli anda sendiri.

Baca juga artikel ini: How To Create A Good Blog

good blog

Oh ya, apabila saya kata idea asli juga tak bermakna anda tidak boleh merujuk pada mana-mana buku, rencana dan sebagainya.

Asli itu bermakna rencana itu ditulis dengan ayat-ayat anda sendiri dengan pemahaman anda sendiri mengenai sesuatu subjek atau perkara.

Dalam banyak subjek seperti undang-undang misalnya, rujukan perlu dibuat pada mana-mana statut, kes-kes dan artikel bagi menguatkan lagi hujah si penulis.

Mungkin dalam penceritaan biasa berbentuk pengalaman kerja, melancung dan sebagainya, rujukan sebegini adalah tidak diperlukan.

Apa-apa pun saya harap anda semua enjoy menulis dan teruskan berblogging sampai jemu.

– Blogger Jangan Terlalu Kedekut Ilmu

41 Comments

  1. Cuba sedaya upaya berkongsi ilmu. Sebab ilmu tu pun bukan kita yang punya. Makin banyak ilmu yang kita kongsi, makin bertambah pengetahuan kita πŸ˜‰

  2. kadang-kadang tak semua ilmu tu boleh diceritakan dalam bentuk artikel. mungkin sebab tu la tak dikongsikan. blogger kena juga kreatif, contohnya ilmu matematik boleh dikongsikan dengan entri bergambar.

  3. saya pernah membaca bebrapa artikel ttg undang2 yg encik postkn, saya hanya nk tanya kalau nk jawab soalan exam kalau subjek tort cm na agaknya ble score..tidak ker A..B pun ble lah..seem cm out dr topic tp..sy cuma nk pendapat jew..

    1. terima kasih sbb sudi baca blog ni. utk soalan exam sukar sikit hendak saya terangkan kerana lain IPT, lain pensyarah mungkin lain cara mereka. Namun, kebanyakkan IPT akan menguji pelajar dengan soalan berbentuk essei dan permasalaahan. Soalan essei perlukan pemahaman luas tentang sesuatu topik dan pendapat anda biasanya diperlukan. Soalan permasaalahan akan meminta anda menyelesaikan kes-kes yang diberikan dan anda perlu jwb dgn mengunakan authoriti2 yg berkenaan (cases atau statut jika ada). Memandankan tort satu cabang undang2 yg berasal dari common-law, anda boleh rujuk juga buku2 dari UK dan negara common-law. Cuba perhatikan buku2 Q&A dan lihat model jawapan yg disediakan bagi mendapatkan idea bagaimana menjawab soalan tort.

  4. kadang2 bila kita suka2 nak taip satu entri pasal diri sendiri, dikatakan poyo lah, dihambur dengan makian lah.. tp sy tak amik port sgt, dah memang sifat ada yang begitu

    1. πŸ˜€ menulis blog mcm buat benda lain jugak. Banyak dugaan. Dan dugaan itu lebih kepada yg mahu mencuba dan create something yg berbeza. Ingat jer filem Pendekar Bujang Lapok…”Cubaaaaaannnnnn….” πŸ˜‰

    1. of course, masa zaman ni lebih mahal dari emas πŸ˜€
      that’s why kawe pun cuba kurangkan kuantiti dan tingkatkan kualiti…
      cuma karya terhebat tu.. adeh…rasanya belum sampai tahap tu la bro….

  5. dalam berblogging bukan saja berkongsi rasa tapi harus ada
    ziarah menziarahi.. Seperti kita senyum pd orang itu maka
    kita senyum ler dia balik. kalau tak balas kata sombong pula…

    ziarahilah mereka walaupun hanya dgn memberi salam pd shoutbox

    1. yup ziarah pun perlu juga. cuma tu dah masuk bab PR he he.. πŸ˜€
      Ni yg basic.. bab penulisan lagi. Once dah siap tulis, baru boleh urus PR. πŸ˜‰

  6. rasanya ramai blogger yang ada penyakit macam ni. Maybe mereka ni bukannya malu nak berkongsi pengalaman ataupun pengetahuan yang mereka ada, cuma mereka lebih selesa berbincang topik yang lebih menggembirakan mereka.

    Aku juga tak berapa suka cerita pasal pengetahuan aku sebab tak mau dilabel ‘tunjuk pandai’. Cuma aku prefer kongsi pengalaman sahaja.

    1. benar tu, ramai blogger yg suka main “safe”. Saya boleh faham bab itu juga. Cuma jika kita ingin maju sedikit dalam sesuatu perkara, misalnya blogging, kita kena uat sesuatu yg diluar zon selesa kita. Biarlah digelar “tunjuk pandai” sekali pun…. πŸ˜€

  7. “Walau apa-apa pun sebabnya, saya harap anda semua mencuba menulis artikel berdasarkan pengalaman dan pendidikan yang anda terima agar tidak sia-sia masa yang digunakan bagi menimba pengalaman dan pelajaran itu”..

    betul juga, kita hanya tahu apa yg kita belajar je, apa salahnya kalau masing2 blogger tulis apa yang diorang belajar, best jugak tuh..

    1. adakalanya kisah2 yg simple dlm hidup kita masa belajar dan masa berkerja tu banyak pengajarannya dan boleh direnungkan bersama. Setiap org pasti ada kenangan yg tak dapat dilupakan, betul tak bro? πŸ˜€

      1. betul, lagi satu pengalaman tu mungkin tak sama dengan orang,
        tu yang uniknya untuk di kongsi.. boleh bagi pengajaran kat org lain juga πŸ˜€

  8. Nak segarkan dan jadikan sesuatu tu menarik yang masalah sebenarnya, ramai yang ada ilmu dah tahu macam macam, tapi bermasalah bila nak buatkan sesuatu ilmu tu nampak menarik dan suka dibaca

    1. Yup, setuju juga bab tu. Kawe faham juga penulisan kreatif bukan semua org boleh buat. Malahan, ramai yg pening-pening lalat bila menulis tetapi minat nak cuba tu ada. Artikel ni sebenarnya cuba beri semangat utk blogger cuba keluar dari kepompong dan buat something extra utk blog anda, ie dengan menulis karya asli dan lahir dari jiwa dan minda sendiri πŸ˜€

  9. kopipes lah statute dan kes tu..komfem tak dapat markah..yg penting kita olah dan terangkan guna ayat sendiri..mcm tu jgklah dlm blogging πŸ™‚

    1. setuju. olahan yg baik menunjukkan betapa kita memahami apa yg kita tulis dan bukan sekadar omongan kosong sahaja πŸ˜€

  10. nie ada tersirat nih.. apepun artikel yang mantap ialah perlu membuat ubah suaian dari artikel yang asal kepada bentuk yang lebih segar … mungkin gambar, mungkin penyusunan dan mungkin juga six sense..

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons