Max Banner Ads Plugin

Max-Banner-ads

Meletakkan banner-banner iklan adakalanya membuatkan blog menjadi hodoh dan tidak terurus. Bagi mereka yang mendaftar dengan banyak program-program affiliates dan cuba memasukkan seberapa banyak banner di blog-blog mereka, maka saya cadangkan anda menggunakan Max Banner Ads Plugin.

PERCUMA jika anda membiarkan satu link ke blog developer plugin ini dan bayar jika anda tak mahu buat begitu. Bagi, saya link kembali ke blog mereka bukanlah masaalah besar, kerana ianya  di susun dengan kemas dan tidak menghodohkan blog.

Terdapat 4 bahagian pada blog anda yang boleh diletakkan banner atau iklan dengan menggunakan plugin ini:

  1. Atas entri anda dan dibawah header
  2. Di bawah entri anda 
  3. Sidebar sebagai widget 
  4. Ditepi sebelah kanan dalam entri anda.

Lihat screenshot di bawah untuk gambaran yang lebih jelas.

Max-Banner-ads-Wordpress Plugin

Max-Banner-Ads-Wordpress Plugin 2

Max-Banner-Ads-Wordpress Plugin 6

Apa yang baik tentang plugin ini selain dari percuma adalah banner dan script dapat dimasukkan dengan mudah tanpa perlu membuat perubahan kepada mana-mana fail anda langsung atau memasukkan sebarang coding.

Anda boleh upload imej banner di server blog anda atau masukkan apa-apa script program yang anda sertai termasuklah Nuffnang, Adsense, Clickbank dan lain-lain lagi.

Lihat screenshot di bawah:

Max-Banner-Ads-Wordpress Plugin 4

Bagi setiap bahagian, anda boleh meletakkan seberapa banyak iklan yang anda mahu dan iklan ini akan keluar secara “random” di blog anda. Jadi anda tidak perlulah penuhkan sidebar anda dengan terlalu banyak banner bagi produk yang anda ingin promosikan.

Malah, anda boleh gunakan ruang-ruang yang ada dengan menawarkan kepada sesiapa yang berminat ruangan iklan untuk disewa. Dapat tambah income jugak tu.

Kebanyakkan sidebar yang dibuat oleh pereka-pereka wordpress themes biasanya mempunyai lebar 165 pt atau 190 pt. Jika anda masukkan banner-banner bersaiz standard seperti 125 x 125 atau 120 x 600 atau 160 x 600, maka banner-banner itu akan di align ke sebelah kiri dan menyebabkan sidebar anda akan kelihatan tidak terurus.

Banner-banner dan iklan yang dipamerkan menggunakan Max Banner Ads WordPress plugin pula akan di auto-align di tengah dan oleh itu ia akan nampak lebih kemas dan teratur. Begitu juga jika anda meletakkan iklan bersaiz 468 x 60 di atas entri anda, ia akan di auto align betul-betul di tengah entri akan nampak lebih kemas dan teratur.

Max-Banner-Ads-Wordpress Plugin 7

Anda juga punyai pilihan di mana anda mahu banner ini kelihatan: di muka pertama sahaja? Di semua page dan post? Di bahagian post entry sahaja? Terpulang kepada anda. Pilih setting yang anda gemar dan klik “Save”.

Max-Banner-Ads-Wordpress Plugin 5

Jika berminat SILA KE BLOG INI untuk muat turun plugin ini. Installation nya adalah sama seperti plugin-plugin yang lain dan cara penggunaanya adalah amat mudah sekali. Selamat mencuba.

– Max Banner Ads Plugin

3 Comments

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons