Media Settings Dalam Blog WordPress

WordPress

Bagi mereka yang baru berhijrah ke WordPress dari blogger pastinya ada sedikit kesukaran memasukkan gambar atau media ke blog WordPress mereka. Ada yang gambar dimasukkan menjadi terlalu besar sehingga terkeluar dari kerangka blog. Ada pula yang terlalu kecil dan tidak seimbang bila dimasukkan.

Ada juga yang gagal memasukkan langsung gambar ke posting mereka.

Media Settings

Oleh itu, sedikit pengetahuan mengenai media settings bagi WordPress amat diperlukan. Ia boleh membantu anda membuat posting dengan lebih cepat dan mudah.

Untuk memasukkan gambar pada posting anda, klik butang bergambar kotak di sebelah perkataan “Upload/Insert” [Lihat scerenshot di bawah].

Ambil perhatian, yang “default size” untuk upload media atau gambar diblog anda bagi WordPress adalah 2Mb. Oleh itu, anda harus kecilkan SAIZ gambar terlebih dahulu atau edit file php.ini atau config.php pada folder WordPress anda.

media-settings wordpress

maximum-upload wordpress

Adalah lebih baik, jika anda ambil sedikit masa untuk mengetahui lebar blog anda sebelum memasukkan imej dalam posting.

Klik pada Theme Editor dan semak file stylesheet anda (style.css) [Lihat screenshot] atau anda ukur dengan menggunakan Photoshop sahaja manual.

page-width

Kemudian pergi ke Media Settings untuk memastikan imej yang dimasukkan nanti adalah konsistent dari segi saiz dan tidak terlalu besar hingga keluar dari rangka entri anda. Dari contoh di atas, blog tersebut mempunyai lebar bagi posting blog selebar 640px. Oleh itu pemilik blog hendaklah memastikan imej yang dimasukkan tidak melebihi 640px juga.

Lebih baik jika cukup-cukup 640. Klik Settings dan kemudiannya Media untuk pergi ke bahagian Media Settings.

Image-Size-Media Settings

Buat adjustment ikut selera anda. Bagi mereka yang menggunakan lebar yang kecil mungkin hendak mengecilkan default size untuk thumbnail image mereka juga. Masukkan ukuran dalam kotak-kotak yang disediakan.

Sekarang anda boleh uploadkan apa-apa sahaja imej yang lebar (2000 px pun ok). Dan anda boleh crop dengan mudah dengan memilih saiz-saiz yang telah anda set kan tadi. Anda juga boleh memilih “alignment” bagi imej itu sekali.

Lihat di bawah:

Pilih-saiz-Wordpress

Sekarang imej yang anda masukkan dapat diletakkan dalam keadaan kemas dan tidak terkeluar-keluar. ia juga lebih konsistent dan cepat dari mengubah suai saiz di Photoshop.

wordpress-media-settings

Selama mencuba. Terima kasih kerana melawat blog Dulu Lain Sekarang Lain.

– Media Settings Dalam Blog WordPress

11 Comments

  1. bEe main upload aje
    Bila dah upload tgk kat blog gambo terbesar bEe edit sket lagi

    hehehe
    byk kali juga try n error 😉

  2. sya pula setting saiz gambar pada photoscape. kemudian Bila saiz dah menepati ruang baru sya upload dalm wordpress.
    Tq, info ni bagus utk sesiapa yg tercari2 cara yg lebih baik 🙂

    1. ramai yg buat begitu, cuma ia akan memakan masa jika setiap kali nak upload gambar terpaksa adjust size di PS dulu 😀

  3. mcm theme sy, gambar besar mana sekalipun ia akan resize sendiri mengikut kelebaran blog melainkan sy set kecil ia akan jd kecil 😀

  4. Masa awal-awal dulu mengelabah gak, tapi alhamdulillah..sekarang oklah juga. Memang boleh jadi panduan bagi yang baru berjinak dengan WP.

  5. masa WP 2.+ pun ada aplikasi ni.cuma tak advance macam WP 3.0.apapun WP masih menjadi pilihan ramai blogger 😀

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons