Wednesday,26 July,2017

Mengapa Guna Thesis?

Thesis Framework

Pembaca setia blog ini pastinya sedar yang tema (Theme) blog ini telah diubah baru-baru ini. Tiada lagi tema ‘Twenty Fourteen‘ yang merupakan default theme bagi WordPress bagi tahun 2014.

Blog ‘Dulu Lain Sekarang Lain‘ kini menggunakan ‘Promo Skin‘ dari tema Thesis Framework.

Ia selaras dengan keinginan blogger ini untuk melangkah ke hadapan lagi dalam arena blogging dan mencuba sesuatu yang baru demi mempertingkatkan pengetahuan dan ilmu blogging.

Walaupun terpaksa mengeluarkan sedikit belanja, namun blogger ini merasakan perbelanjaan yang dikeluarkan amat berbalaoi untuk jangka masa panjang.

Mengapa Guna Thesis?

Rata-rata blogger yang menukar kepada thesis atas alasan SEO. Ya, thesis dikatakan lebih mesra SEO. Akan tetapi, ini bukanlah sebab utama saya bertukar kepada thesis.

3 sebab UTAMA mengapa blog ini menggunakan Thesis Framework adalah seperti berikut:-

Kurang Penggantungan Kepada Plugin Dan Theme Percuma

Saya amat bencikan plugin walaupun ia memudahkan pengguna WordPress. Ini kerana sering berlaku plugin yang tidak sesuai dan berkonflik dengan WordPress terutama bila WordPress dinaiktarafkan (upgrade).

Update WordPress

Tambahan pula ada developer plugin (percuma biasanya) yang tidak mengemaskinikan plugin masing-masing. Akibatnya banyaklah masaalah di lain hari.

Hal yang sama juga bila kita menggunakan theme percuma.

Dengan thesis penggunaan plugin dapat diminimakan dan theme percuma langsung tidak diperlukan.

Mempercepatkan Kelajuan Blog

Bila blog kurang bergantung dengan plugin dan sebagainya, maka proses loading nya pun lebih cepat. Rasanya ramai boleh merasai perbezaan loading blog ini berbanding dengan sebelum menggunakan thesis.

Bantuan Teknikal Yang Tip Top

Bab ini yang buat saya buntu memikirkan samada mahu menggunakan Thesis atau Genesis Framework. In the end, saya bertawakal dan mencuba thesis dulu. Setakat ini, saya rasa support yang diberikan oleh Thesis amatlah TERBAIK yang pernah saya perolehi.

Brader yang jaga bahagian support untuk thesis tu macam ‘tak tidur langsung‘.

Sentiasa ada bila saya perlukan pertolongan darinya. Ayat-ayat yang digunakan pun juga profesional dan menjaga hati pelanggan.

Tidak seperti sesetengah syarikat yang bahagian customer service nya menjawab ala kadar bagaikan melepaskan batuk ditangga sahaja. (with due respect).

e-mail thesis

Atas sebab-sebab di atas, maka berubahlah blog ini dan menggunakan thesis framework bagi tema blog.

Sesiapa yang berminat, jom lah join.

Tak rugi guna THESIS!

>> MUAT TURUN THESIS DI SINI <<

– Mengapa Guna Thesis?

This Article Was Written By

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N

Leave a Comment

  • akubiomed Reply

    Theme Thesis ini fleksibel mudah untuk custom mengikut selera sendiri.

    April 2, 2014, 3:01 pm
  • ema Reply

    simple dan menarik….

    April 2, 2014, 4:28 am
  • hafizmd Reply

    mmg terbaiklah! ambe dah lama jatoh chenta sama thesis…hehe

    p.s- bang..boleh besarkan font sikit tak…hehehehe

    April 2, 2014, 3:38 am
    • Ismail N Reply

      Bisa di atur. Hang pakai laptop 10″ screen ke? Bagus baca di smartphone kalu gitu he he.

      UPDATE: Tak jadi lah. Bila dibesarkan, di komputer kawe lak nampak tak menarik 😀

      April 2, 2014, 7:56 am
  • suri Reply

    kalau boleh saya nak ubah tapi sering tak ada masa uh..

    April 2, 2014, 1:52 am
  • Bahrain Reply

    Nampak kemas dan simple.

    April 2, 2014, 1:44 am
  • mrhanafi Reply

    selain thesis dan genesis..perhatian perlu juga kepada theme elegant..theme ini adalah premium dan memang berbaloi untuk menghasilkan pendapatan.

    Sehingga jumpa lagi dan salam ukhuwah dari admin Blog Mesra SEO

    April 1, 2014, 8:06 pm
  • Ammar Reply

    Saya rasa thesis ni susah sikit berbanding genesis. sebelum ni saya pakai genesis. senang guna. Tapi kedua-dua theme ni memang terbaik. Sangat-sangat mesra SEO

    April 1, 2014, 6:05 pm
    • Ismail N Reply

      Untuk dapatkan advantage yg maksima dari thesis, perlu ada pengetahuan dalam CSS. Otherwise layan aje skin yang siap sedia 😀

      April 1, 2014, 11:32 pm
  • puteri kasih Reply

    nampak lebih kemas dan teratur dah blog ini 🙂

    April 1, 2014, 4:26 pm
  • azlanvai Reply

    Berapa harga bang?

    April 1, 2014, 2:22 pm
    • Ismail N Reply

      basic license dekat MYR300.

      April 1, 2014, 11:33 pm
Like Our Facebook Page close[x]
Or wait 15 seconds