Mengapa Saya Guna NetKL Network Web Hosting?

Dalam memilih sesuatu hosting company untuk meletakkan website atau blog anda, seseorang pemilik website atau blog wajar mengambil kira terlebih dahulu pandangan ramai orang terutama mereka yang telah lama menggunakan paid hosting ini. Memilih sesuatu web hosting company berdasarkan harga sahaja adalah satu kesilapan besar yang wajar dielakkan, manakala janji-janji besar web hosting company untuk memberikan unlimited bandwidth atau downtime yang teramat rendah mungkin memakan diri anda jika tidak berhati.

NetKL Network Web Hosting

Tip Memilih Syarikat Hosting

Pilih pada kualiti dan pilih syarikat yang mempunyai review yang baik. Pastikan juga syarikat yang dipilih mudah dihubungi atau lebih penting lagi BOLEH dihubungi jika berlaku apa-apa masaalah. Kalau tidak pening kepala memikirkan masaalah bila website atau blog anda tidak mampu berfungsi dengan baik lagi.

Saya mempunyai beberapa buah website dan blog yang diuruskan oleh beberapa syarikat hosting. Kesemuanya adalah beroperasi di Malaysia dan menggunakan Ringgit Malaysia sebagai mata wang transaksi. Kemudahan bayaran online menerusi Maybank2u dsb juga membuatkan ramai pemilik website dan blogger di Malaysia memilih syarikat hosting tempatan berbanding dengan syarikat luar negara.

>> Recommended Malaysia Web Hosting Companies <<

Pembayaran Mudah Dengan Paypal Dan Maybank2u

Bagi saya menggunakan Maybank2u adalah lebih baik dari PayPal yang ada bayaran perkhidmatan dan harga turun naik mengikut kadar mata wang Amerika Syarikat. Antara syarikat hosting yang saya gunakan termasuklah NetKL Network yang sudah lama bertapak dan mendapat feedback yang baik dari bloggers dan pemilik website. Terdapat pelbagai pakej dan promosi yang ditawarkan oleh NetKL Network dengan pakej termurah bermula dengan MySilver berharga RM 60 setahun.

>>> KLIK DI SINI untuk ke website NetKL Network <<<

NetKL-Network-2

NetKL Network Web Hosting

Saya mula menggunakan NetKL Network apabila menghadapi sedikit masaalah dengan syarikat hosting lama yang sering server down dan pernah diserang hackers. Bukan blog yang ini ye. 😀 Blog ini (Dulu Lain Sekarang Lain) diletakkan di syarikat hosting Cynet Hosting yang juga syarikat berpengkalan di Malaysia. Sila masukkan promo code: GS-607V untuk mendapatkan diskaun 10% jika anda mahu menggunakan Cynet Hosting pula. 😉 Jika tidak anda boleh cuba NetKL Network yang tidak kurang hebatnya dan menawarkan pakej-pakej hosting pada harga yang amat berpatutan.

NetKL-Network-Invoice

Berbalik kepada cerita pindah blog itu tadi 😀 Selepas membayar pakej yang sesuai, saya pun mula memindahkan segala kandungan dari hosting lama ke server di NetKL Network. Oleh kerana ia sebuah blog lama dan punyai banyak fail, maka saya terpaksa menghubungi NetKL Network bagi mendapatkan bantuan. Default saiz untuk uploadkan file menerusi WordPress adalah 2MB sedangkan file saya adalah 16Mb.

Khidmat Pelanggan NetKL Network

Selepas membuat edit pada php.ini dan config.php file, namun tiada perubahan berlaku, saya sedar yang NetKL Network mungkin menggunakan setting yang sama buat semua pemilik website/blog yang menggunakan pakej hosting mereka. Oleh itu, penambahan file saiz upload limit cuma boleh dibuat melalui mereka. Saya pun log-in (log masuk) ke akaun saya (bukan Cpanel atau WordPress ok tetapi billing account) dan membuka satu ticket bagi mendapatkan bantuan teknikal.

Satu lagi kebaikkan menggunakan syarikat hosting Malaysia (Malaysian Hosting Company) adalah anda boleh menggunakan bahasa Malaysia jika tidak fasih berbahasa Inggeris atau tidak tahu terma-terma hosting dalam bahasa Inggeris.

Submit-Ticket

NetKL-Network-Ticket

NetKL Network Web Hosting ternyata mempunyai servis selepas jualan yang baik apabila mereka respond dengan cukup pantas pada pertanyaan saya. Tak sampai sejam, jawapan di terima dan setelah berbalas beberapa e-mail dengan (Cik? Puan?) Liza Noor dari bahagian teknikal NetKL Network, semua masaalah dapat diselesaikan dalam hari yang sama juga. Terima kasih NetKL Network dan saya rasa saya akan terus menggunakan NetKL Network untuk seberapa lama yang mungkin.

Mengapa Saya Guna NetKL Network Web Hosting?

23 Comments

  1. NetKL?Service memanglah baik.memang diakui..Aku dah guna dah.webhostingnya selalu ada masalah “BANDWIDTH LIMIT EXCEEDED”.Apa benda tu?.jika keluar perkataan begitu,bermakna website sudah kehabisan bandwidth.kena top up lagi tak pasal-pasal.biasanya ia terjadi pada 10 hari terakhir sebelum hujung bulan.Kompeni kecik/tempatan sebegini sememangya sengaja mengenakan “BANDWIDTH LIMIT EXCEEDED” ini untuk mengaut hasil tambahan daripada penggunanya selain bayaran domain dan hosting yg wajib dibayar setiap tahun.mengapa jadi tak cerdik sgt.carilah kompeni international yg luar negara yg bandwidthnya tak akan ada masalah “BANDWIDTH LIMIT EXCEEDED” ini.keluar saja sepanjang tahun.bisnes pun semakin mudah dipromosikan.Ini adalah kompeni hosting terbaik dunia 2013.unlimited bandwidth:
    1. Bluehost 2.Justhost 3.Hostgator….

  2. Saya setuju 100%. Pertama kali ada blog berbayar sya terus ambik pakej netkl. Servisnya tersangatlah cepat termasuk servis selepas jualan. sya pun biasa berurusan dgn Liza (spti yg DLSL maksudkan di atas). Kalu tak reti Bahsa Inggeris mereka berkomunikssi juga dlm bahasa melayu. Olehitu,utk blog yg ke -dua sya memilih pakej dr netkl juga 🙂

  3. review yang bagus ni.. boleh tengok dulu camana.. cadang nak buat forum. masih fikir nak guna hosting apa.. 🙂

  4. Belum pernah lagi cuba NetKL
    Dulu mmg nak beli, tpi masa tu xde guide cara nak beli domain n hosting.
    Last2 terbeli Serverfreak. Ada orang ajar masa tu

    Mungkin masa akan datang akan cuba NetKL 😉

  5. Cuma ada satu blog yang guna paid hosting ni. Setakat ni, memang puas hati dengan yang ada. Nanti nak kaji juga dari segi pekej yang ditawarkan.

      1. hik3… nak buat network pun kena solat istikharah ekkk..
        bagus2… i like. moga2 terlaksana hajat brother Yas kita

        Aku… entah ler.. kot kot soon soon maybe.. dono

  6. as salam DLSL,

    nampaknya, netkl dah makin hebat dan terbaik sekarang…

    selain servis lepas jualan yg cepat, rasanya kestabilan server satu lagi ciri yg buatkan aku rasa nak juga tukar dari hosting sekarang ke netkl…cuma tunggu masa dan ketika saje

    thanks kongsi ;p

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons