Wednesday,26 July,2017

Nominal WordPress Theme – MyThemeShop

Nominal WordPress Theme

Hari ini kita akan bicara mengenai Nominal WordPress Theme. Tapi sebelum itu sedikit into mengenai WordPress Theme dan program pengiklanan buat blogger…..

Rata-rata blogger Malaysia pastinya menjana pendapatan dari blog mereka menerusi program pengiklanan. Ia mudah, cepat dan tidak perlu skill pemasaran yang tinggi. Buat blog, letak iklan dan tiap-tiap bulan kutip hasil.

Betul kan?

Ahh.. tidak semudah itu ya!

Jika letak iklan dan tiada orang lawat blog pun tidak boleh.

Dan jika orang lawat dan tidak klik iklan atau beli produk pun, mana ada income yang masyuk.

wink

Oleh itu, blog bukan sahaja kena hebat. Tetapi mesti juga nampak hebat. Atas sebab itu, blogger-blogger pro biasanya tidak berfikir panjang dalam membuat pelaburan dari segi memperhebatkan blog.

Mengapa?

Kita sebagai blogger tiada masa hendak layan benda-benda yang teknikal. Kita tidak mahu berkerut-kerut dahi memikirkan bagaimana hendak edit fail css untuk nampak hebat blog dan mesra SEO.

Kalau blog Dulu Lain Sekarang Lain, kami memang pengguna THESIS. Suka sangat dengan theme ini. Sesekali sekala labur beli skin baru untuk nampak fresh.

Thesis Framework

Nominal WordPress Theme

Namun, yang tidak mahu guna thesis, ada banyak pilihan lain yang boleh dibuat untuk mendapatkan wordpress theme yang user-friendly, mesra SEO dan nampak pro dan yang penting sekali di OPTIMIZED untuk AdSense dan lain-lain bentuk program pengiklanan yang seumpama dengannya.

Hari ini kami hendak perkenalkan anda semua dengan Nominal WordPress Theme. Lihat di atas.

Cantik bukan?

Ianya boleh di muat turun dari laman web: MyThemeShop

Ada banyak yang hebat-hebat di laman web tersebut, namun untuk tujuan jana pendapatan dari iklan, Nominal WordPress Theme ini adalah antara yang terbaik.

Apa yang best mengenai tema ini:-

  • SEO Optimized – Tak perlu pecah kepala untuk jadi pakar SEO. Ada built in plugin yang bantu anda dalam soal ini.
  • Speed – Bukan sahaja theme ini cantik dan nampak pro, ia juga ringan dan laju. Oleh itu, ia cepat loading dan pelawat anda tidak perlu tunggu lama dan lari meninggalkan blog anda.
  • Responsive – Ini aspek yang AMAT PENTING – ianya ‘mobile-friendly‘. Blog yang tidak dapat diakses dengan baik di telefon pintar pastinya rugi yang amat sangat kerana rata-rata zaman ini ramai yang browsing dengan telefon mereka.
  • Widgetized Ads – Pening kepala macam mana mahu letak iklan di ruang yang strategik. Jangan risau dengan tema ini, meletakkan iklan adalah semudah A,B,C.
  • Unlimited Google Web Safe Fonts – Anda boleh juga ubah fonts mengikut citarasa anda agar nampak lebih menarik dan customized untuk anda.

Dan ada banyak lagi kelebihannya yang anda boleh baca di laman web MyThemeShop. Anda juga mendapat life-time support dan theme ini boleh digunakan di UNLIMITED DOMAIN. Ya, gunakan lah ia di berpuluh-puluh laman web yang anda ada dan tweak untuk dapatkan citarasa berbeza.

Pendek kata, perlaburan memiliki theme ini amat berbaloi sekali!

Oleh itu, jangan lepaskan peluang memiliki Nominal WordPress Theme hari ini.

MUAT TURUN DI SINI

This Article Was Written By

DULU LAIN SEKARANG LAIN - Embracing change as a medium of growth and expression.

Dulu Lain Sekarang Lain

Leave a Comment

  • akubiomed Reply

    Sudah lama mengidam theme thesis tetapi bajet tak ada.Kalau pasang thesis ini mudah untuk modi ikut kesukaan.

    December 13, 2015, 3:15 pm
  • cik tom Reply

    memang tgh mencari theme baru utk 2016..dh 4 tahun xtukar theme..hehe..
    ada survey jgk kat mythemehop ni…tp yg berkenan di hati theme kat themeforest..hehe…

    December 12, 2015, 3:53 pm
    • Ismail N Reply

      Ya, ThemeForest pun ada banyak theme yang best juga. Dulu saya ada guna juga. Skrg guna thesis dan utk blog ni & theme dari MyThemeShop pula utk blog niche cari makan 😀

      December 13, 2015, 12:48 pm
  • akubiomed Reply

    Pening juga hendak pilih Theme yang menarik hati tetapi ada unsur SEO.

    December 7, 2015, 4:39 pm
    • Ismail N Reply

      Memang pening sbb masing2 ada kelebihan tersendiri.

      December 13, 2015, 12:46 pm
Like Our Facebook Page close[x]
Or wait 15 seconds