Pakar SEO Malaysia

Pakar SEO Malaysia

Sebagai imbuhan kepada hadiah tunai contest Malaysia Best Blog 2015 – pemenang juga akan mendapat gelaran tidak rasmi ‘pakar SEO Malaysia‘. Sesuatu yang bagus untuk portfolio anda jika anda serius dalam industri ini. Akan muncul peminat atau ‘admirer‘ tanpa mengira sama ada anda kacak atau bergaya. Atas sebab itu, tidak hairan kesungguhan yang ditunjukkan oleh peserta contest amat mengkagumkan.

Ada sesiapa lagi yang berminat untuk anjurkan pertandingan sebegini?

Jangan lupa p.m saya ya. 😀

Asas SEO Telah Pun Di Kuasai Blogger Malaysia

Terima kasih kepada Denaihati Network yang sering menganjurkan kursus-kursus blogging dan perkongsiaan ilmu oleh otai-otai SEO (Search Engine Optimization) di negara ini, maka kita dapat lihat ramai yang sudah menguasai ilmu ini.

Kelas Blogging Denaihati

Ramai yang dah pandai:

  • Buat on-page SEO dan off-page SEO
  • Mengelak dari dikenakan penalti oleh Google
  • Membina pautan di laman yang punyai authoriti tinggi

Yang paling menarik sekali adalah ramai yang sudah pandai menghasilkan kandungan yang menarik dan berkualiti tinggi.

Syabas semua….

Mencari Blog Terbaik Malaysia

Asasnya pertandingan ini adalah mencari blog terbaik Malaysia. Akan tetapi perkataan ‘terbaik‘ atau ‘best‘ itu amatlah subjektif. Apa yang saya rasa baik mungkin Abang Cendol kata tidak baik. Begitu juga sebaliknya.

Tetapi sebagai hormat kepada undi-undi yang diberikan oleh peserta-peserta contest, maka boleh kita katakan bahawa blog yang mendapat undi TERBANYAK adalah blog terbaik di Malaysia.

Dalam kata lain, Malaysia Best Blog 2015 itu adalah Oh! Duit?

Pastinya, Abang Cendol tidak bersetuju juga! 😀

Top 10 Malaysia Best Blog 2015

Mengapa Anda Perlu Pelajari SEO Dan Menguasai Ilmu Ini?

Pertamanya, jika anda mahu menang contest sebegini, maka ilmu ini perlu ada pada anda.

Tak boleh berserah sahaja dik… Search Engine Optimization adalah cabang ilmu SAINS dan MATEMATIK.

Ia boleh dipelajari dan dikuasai untuk faedah dan kebaikkan anda juga.

Menurut kajian ‘search-metrics‘ oleh DonCrowther.Com, kedudukan ranking dalam SERP dipengaruhi oleh tindakan-tindakan yang dibuat oleh anda.

Untuk faktor on-page, DonCrowther.Com mendapati anda mampu mengawal sehingga 26% peluang berada di posesi utama dalam SERP. Faktor-faktor itu adalah:

  1. Koding/Coding (10%)
  2. Kandungan/Content (16%)

On page factors

on page contents

Laman web tersebut turut mendapati untuk off-page SEO, pemilik laman web/blog mampu mempengaruhi kedudukan ranking sehingga 29%.

seo off page factors

  • Berdasarkan kajian tersebut, kita perlu faham bahawa bila blogging, kita tidak seharusnya sekadar menulis dan menerbitkan sahaja.
  • Ia akan membuatkan kita blog kita tidak kompetatif di enjin carian dan tenggelam di muka belakang.
  • Bila dah terpelesok jauh dalam enjin carian, macam mana hendak jadi blog terbaik atau pakar?

Selain dari contest, anda patut belajar SEO untuk:

  1. perniagaan (jika anda menjalankan perniagaan internet)
  2. ilmu (jangan malas menimba ilmu kerana ianya penting dalam kehidupan)

Siapa yang paling hebat dalam SEO di Malaysia ini?

Setakat hari ini, screenshot di enjin carian google menerbitkan nama-nama berikut:

ranking blog

Ada nama anda atau blog anda dalam senarai di atas?

Jika tiada, jangan patah semangat dan usaha lagi. Masih ada banyak masa lagi untuk berjuang dan memperbaiki kedudukan anda dalam ranking. Dapatkan tip-tip dari pakar dan otai dan mana tahu, rezeki anda kali ini.

Penentuan Pakar SEO Malaysia

Berdasarkan senarai yang diletakkan di laman web penganjur, seramai 86 blogger/blog yang berentap bagi kedudukan teratas untuk kata kunci (keyword) yang di tetapkan. Di hujung contest nanti, penganjur akan mengumumkan pemenang dan siapakah “pakar” itu akan diketahui.

Persoalannya:

Adakah senarai di atas akan kekal?

Adakah berlakunya perubahan besar dan mendadak di saat-saat akhir?

Adakah blog anda terpilih

Pasti yang ada resah menunggu keputusannya. Ingat sekali lagi, bukan setakat wang tunai yang dikejar oleh blogger-blogger tetapi juga ‘reputasi‘ yang bakal membantu meningkatkan potensi blog di masa akan datang.

Akhir kata dari saya, “may the best blog win”… By the way, ada contest SEO baru untuk anda sertai iaitu Contest Review Lynk.My 2015. Mungkin contest SEO terakhir untuk 2015. Jika mahu mengasah skill, sudi-sudikan cuba masuk contest ini.

21 Comments

  1. Hi En. Ismail,
    nak tanya, kalau website saya menggunakan kedua-dua bahasa untuk menulis blogpost, adakah itu akan Harm SEO?

  2. Masih belajar sehingga kini tentang seo..offpage dan onpage seo..banyak blog boleh dibuat rujukan..antara blog yang tersenarai dalam Malaysia Best Blog contest pun punca rujukan saya juga

    1. Ya, banyak blog boleh dibuat rujukan. Otai-otai SEO di Malaysia pun dah ramai.
      Tak perlu refer sangat sama mat salleh. Yg kenal secara peribadi dengan otai lagi untung.

  3. Lain orang lain strategi dia, tak rank better keyword Malaysia Best Blog 2015 ni mana taw keyword yang lain evergreen, itu layak panggil Pakar SEO Malaysia.

    1. Adakala juga strategi utk contest dan jangka panjang agak berbeza. Utk long term dan safe SEO biasa ambil masa yang lama utk panjat ranking juga kan?
      Apa-apa pun bila menang contest, orang pandang juga kan bro?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Show Buttons
Hide Buttons