\"\"
Sunday,20 August,2017

Serverfreak – Web Hosting Terbaik Di Malaysia

Serverfreak

Sekiranya anda membaca mana-mana blog Techie yang membicarakan tentang web hosting terbaik di Malaysia atau membuat perbandingan antara syarikat hosting, rata-rata blog akan pastinya menyenaraikan Serverfreak dalam artikel mereka.

Baca juga:

Malaysia Web Hosting Companies For Those Who Are About To Blog How To Create A Good Blog

Mengapa Serverfreak?

Setiap pelanggan pastinya ada sebab tersendiri mereka. Namun, bagi saya jawapannya adalah mudah:

  • Kualiti;
  • Servis Selepas Jualan; dan
  • Harga Yang Berpatutan.

Bagi mereka yang ingin serius (bukan baru mahu berjinak-jinak sahaja)  dalam dunia blogging, maka anda seharusnya mengenepikan soal MURAH! Saya tidak mengatakan ia bukannya faktor yang tidak penting. Kos sentiasa menjadi faktor pertimbangan pengguna.

Cuma untuk jangka panjang, murah bukanlah opsyen terbaik buat anda.

Lambat laun anda akan sedar bahawa KUALITI amat penting dalam menjamin hidup mati blog/website anda di persada internet.

Mengapa Serverfreak

Isu-Isu Berkaitan Kualiti

Pertamanya: Pernahkah anda mendengar perkataan downtime? Ianya satu istilah yang popular bagi menerangkan tempoh masa server hosting anda down/tidak berfungsi dan menyebabkan blog anda terpadam sementara waktu.

Bagaimana pula dengan serangan hackers?

Tweet

Sudahkah anda bersedia menghadapi serangan itu secara bersendirian tanpa bantuan?

Anda boleh lihat betapa bukannya mudah sebenarnya mengendalikan blog. Jika tidak cukup tabah, tidak sampai setahun boleh give-up!

Oleh itu, sebaiknya gunakanlah Web Hosting yang BERKUALITI dan mempunyai khidmat pelanggan yang bagus.

Harga

Dalam masa yang sama juga, faktor harga tidak boleh diketepikan 100%. Ia hendaklah berpatutan (affordable). Jangan sampai nanti anda yang terpaksa tanggung kos blog anda nanti. It should be the other way round.

Blog yang seharusnya menjana pendapatan buat anda atau sekurang-kurangnya boleh menanggung kos operasinya sendiri.

Pengalaman Saya

Saya sudah mengguna pakai lebih 10 syarikat hosting di Malaysia. Dari satu syarikat ke syarikat lain. Kebanyakkannya yang menawarkan pakej yang murah atau berkualiti kononnya.

Namun, yang betul-betul ‘cakap serupa bikin iklan‘ adalah Serverfreak! Tidak hairanlah ianya diiktiraf (unofficially) sebagai yang terbaik di kalangan blogger di Malaysia.

Seingat saya, amat jarang (macam tidak pernah langsung) blog saya down disebabkan oleh masaalah server syarikat ini. Ia sentiasa steady biarpun dikala traffik mencanak tinggi mahupun ketika teruk diserang hackers.

Pihak Serverfreak hosting ini  juga amat cepat memberi respond tentang masaalah pengguna. Sebaik sahaja anda menghantar Open ticket kepada mereka untuk bantuan teknikal, dalam beberapa minit sudah ada respond.

Tidak kira masa.. 24/7 BERSEDIA!

customer service

Malah, adakalanya, bila terdapat masaalah, mereka mengambil insiatif terlebih dahulu untuk menyelesaikan masaalah yang ada.

Hebat!

Oleh itu, bagi mereka yang berminat mahu menggunakan blog self hosting dan melangkah setapak ke hadapan dalam bidang blogging, gunalah Serverfreak. Kualitinya bagus dan servisnya adalah yang terbaik di Malaysia. Di tambah lagi dengan harga yang ditawarkan dalam lingkungan kemampuan pengguna biasa.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web: SERVERFREAK.

This Article Was Written By

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N

Leave a Comment

  • FullApkZ Reply

    Kalau hosting sya masih pakai Blogspot ikut google

    June 9, 2017, 7:36 am
  • Panji Reply

    Sangat menarik bahasannya. Aku mau kasih rekomendasi untuk web hosting di Indonesia yang paling recommended nih. Bisa coba pake hosting dari Niagahoster. Layanan mereka TOP banget dan sangat memuaskan

    June 9, 2017, 6:50 am
  • Mus Reply

    salah satu blog saya pun guna SF.. memang ok

    June 20, 2016, 4:44 am
  • En Zam Reply

    Angkat semi-pro punya depa bagi free ssl dari let’ encrypt…..Tapi yang biasa pun dah cun tak sangga dah….memang susah nak kena godam…

    May 19, 2016, 11:26 am
    • Ismail N Reply

      Setuju. Betul-betul berbaloi pakai servis diaorang. Puas hati.

      May 21, 2016, 8:23 am
  • titan Reply

    aku pun tengah cari tempatan yang power sikit hostingnya.

    serverfreak memang dalam pemantauan.

    hoho..

    April 29, 2016, 2:54 pm
    • Ismail N Reply

      Blog yang trafik tinggi mcm bro sebaiknya guna ServerFreak. Terbaik di pasaran 😀

      May 21, 2016, 8:21 am
  • Datin Tyka Reply

    DT pon gne serverfreak.
    dah 3 tahun da bersama.
    puas hati dengan servicenya

    February 20, 2016, 2:28 pm
    • Ismail N Reply

      ServerFreak memang buat pelanggan puas hati

      May 21, 2016, 8:09 am
  • Travelog Siti Reply

    Saya guna Internet-Webhosting, customer services pun sangat tip top. Murah pulak tu 🙂

    February 17, 2016, 10:53 pm
    • Ismail N Reply

      Internet-Webhosting? Yang ni saya belum cuba. Thanks sbb sharing.

      May 21, 2016, 8:07 am
  • anah Reply

    boleh diconsider nanti, thanks ya

    February 3, 2016, 5:35 am
    • Ismail N Reply

      Kalau mahu guna self hosting, Severfreak memang boleh diharapkan.

      February 3, 2016, 11:27 pm
  • Asep Nugraha Reply

    saya pun mereviews penyedia hosting dan domain di indonesia

    January 29, 2016, 12:23 pm
    • Ismail N Reply

      Pasti banyak hosting yang bagus-bagus di Indonesia ya? Nanti saya baca reviewnya.

      January 29, 2016, 11:16 pm
  • akubiomed Reply

    Ya, saya juga guna hosting Serverfreak. Berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan terutama perkhidmatan selepas jualan.

    January 19, 2016, 1:11 pm
    • Ismail N Reply

      Satu lagi testomoni pelanggan buat ServerFreak… 😀

      January 20, 2016, 11:56 am
      • Malaysian Freak Reply

        Kalau begini Malaysian Freak pun sepatutnya kena host di Server Freak. Baru lah ngam. Cuma tinggal cari bajet aje lagi.

        February 16, 2016, 5:47 am