\"\"
Sunday,20 August,2017

Statistik Dan Kemaskini Blog

statistik blog
Terima kasih kepada para pengunjung Dulu Lain Sekarang Lain kerana tidak jemu melawat dan meninggalkan komen atau soalan untuk dikongsi dengan pembaca lain.  Komen-komen tuan/puan sekalian telah memberi semangat kepada kami untuk meneruskan DLSL sebaik mungkin dan berkongsi pengetahuan/pengalaman kami yang diharap dapat membantu anda semua.

Sedaya upaya kami akan cuba memastikan kandungan blog tepat dan terkini. Namun, jika terdapat sebarang kesilapan, kami mohon maaf dan ianya tidak disengajakan.

Diharap anda semua telah pun membaca disclaimer kami sebelum mengambil/mengunapakai apa-apa maklumat dari blog ini.

apology

Statistik Blog

Dari segi trafik, blog ini telah mencapai sedikit peningkatan berbanding dengan tahun 2015. Namun, jumlah trafik masih jauh dari tahun 2014 di mana kami agak aktif berblogging dan mempromosikan blog. Sekarang ini, kami sangat-sangat bergantung kepada trafik organik dari enjin carian iaitu 95% dari jumlah trafik keseluruhan.

Dari segi pendapatan pula, Alhamdulillah, banyak peningkatan berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya, maka dapatlah membantu meringankan kos penyelengaraan blog, dan sebagainya.

Trafik Bulanan Dan Pengunjung Blog

Purata trafik bulanan adalah dalam lingkungan 55,000++ pengunjung (vistors) sebulan.

Yang terbaik adalah pada bulan Mei iaitu 62,388.

Visitors

Unique Visitors

Demografi Pembaca

Sebahagian besar isi kandungan blog ini berkisar dengan isu dan informasi tempatan. Malah, lebih 50% artikel ditulis dalam bahasa ibunda iaitu Bahasa Malaysia. Dari SEO pula, ia di ‘optimized‘ untuk enjin carian tempatan.

Oleh itu, tidak hairanlah, sebahagian besar pembaca adalah dari negara Malaysia sendiri.

Demografi

Sumber Trafik

Sebagaimana yang dinyatakan di atas, sumber trafik blog ini adalah dari enjin carian. Bantuan Pakcik Google yang meletakkan banyak artikel kami di kedudukan yang baik jelas membantu kami dan meringankan kerja-kerja promosi blog.

Sumber Trafik

Namun, kami perlu memberi lebih tumpuan kepada media sosial seperti Facebook, Twitter, Google+ dan lain-lain lagi. Setakat ini, kami cuma rajin menggunakan Twitter dan Instagram misalnya untuk tujuan peribadi 😀 Agak kurang tumpuan dalam soal promosi blog.

Akan tetapi untuk menguruskan akaun-akaun ini juga perlu masa!

Dalam masa yang sama, kena pandai curate tweet dan FB post. Kalau tidak, ia sekadar menyemak di timeline followers sahaja. Tiada engagement 🙁

Skill untuk jadi curator ini belum dikuasai lagi oleh kami. Insya-allah, ini akan diperbaiki di masa hadapan.

Tatapan Browser

Kebanyakkan pembaca blog ini mungkin masih menggunakan desktop dari mobile device seperti smartphone. Namun, jumlah ini dijangka akan terus berkurangan dengan mobile device semakin penting di masa hadapan.

Browser pilihan pembaca adalah Google Chrome. Lebih 50% menggunakannya!

Browser

Artikel Popular

Ada dua teknik yang digunakan bagi menentukan artikel yang popular di blog ini. Cara pertama adalah menerusi jumlah tatapan (page views) bagi setiap artikel. Cara yang kedua adalah melihat kepada ‘engagement‘ atau tindakbalas pengunjung pada tiap-tiap artikel.

Dalam kata lain, ia melihat kepada jumlah komen atau juga melihat jumlah perkongsian (share) di media sosial.

Berikut adalah 15 artikel paling popular berdasarkan page views dari 1hb Januari 2016 sehingga 31hb Mei 2016:

  1. Undang-Undang Buruh Di Malaysia: Akta Kerja 1955
  2. Undang-Undang Buruh – Masa Kerja Dan Kerja Lebih Masa
  3. Cuti Umum Di Malaysia    
  4. Undang-Undang Buruh – Cuti Tahunan    
  5. Akta Kerja 1955: Notis Berhenti Kerja    
  6. Infografik: Cara Kira OT
  7. Tempat-Tempat Menarik Di Kota Kinabalu Sabah, Negeri Di Bawah Bayu    
  8. Home Page    
  9. Waktu-Waktu Kerja (Hours Of Work)    
  10. Undang-Undang Buruh – Upah Atau Gaji    
  11. Aduan Kepada Jabatan Tenaga Kerja    
  12. Saman Dari Bank?    
  13. Tips Penjagaan Anak Kucing Yang Baru Lahir    
  14. Cuti Sakit Berbayar
  15. Cuti Bersalin Dan Faedah Bersalin

Berikut pula adalah 5 artikel yang paling popular berdasarkan jumlah komen yang diperolehi untuk tahun 2016 (setakat 31hb Mei 2016):

Ada yang terpaksa kami tutup kotak komen kerana komennya telah melebihi 600 misalnya. Ataupun kerana terlalu banyak komen spam yang masuk ke artikel tersebut.

monkey shy

Pada musim-musim tertentu, misalnya ketika berlaku cuti luar jangka negeri-negeri tertentu, blog ini telah menerima kunjungan yang agak tinggi.

Contohnya semasa cuti umum diumumkan di negeri Selangor selepas kejayaan The Red Giants merangkul kejuaraan Piala Malaysia buat kali ke 33.

Terima kasih Server Freak

Untuk memastikan blog ini sentiasa mampu menerima trafik dan data transfer yang tinggi, kami telah menaikkan taraf hosting kami (upgrade) ke pelan yang lebih pro. Terima kasih kepada ServerFreak yang banyak membantu terutamanya ketika menghadapi serangan hackers atau brute force attack yang memang menjadi masalah kepada pengguna WordPress terutama apabila blog sudah popular sedikit.

Walaupun terpaksa mengeluarkan belanja tambahan, kami berpuas hati kerana dapat memberikan khidmat yang lebih baik.

Terima kasih kerana memilih DLSL. 😀

Komen Dan Moderasi

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kerana kekadang admin lewat ‘approve’ komen atau lewat memberi maklum balas atau terlepas pandang – maklumlah, kami cuma part time bloggers dan mempunyai komitmen-komitmen lain iaitu bekerja sepenuh masa dan surirumah sepenuh masa.

komen blog

Atas sebab itu, kadang-kala apabila telah dibanjiri pelbagai soalan atau menerima soalan yang mengandungi isu yang rumit dan memerlukan research, memang payah untuk kami menjawab dengan serta merta.

sorry

Dan khas kepada semua pengunjung setia, rakan-rakan blogger dan subscriber DLSL yang dikasihi, kami ucapkan jutaan terima kasih, semoga hubungan kita kekal berpanjangan – tanpa sokongan anda tidak mungkin DLSL mampu bertahan sebegini lama.

Terim kasih..

This Article Was Written By

A fumbling, bumbling housewife and a mom of 5, who enjoys reading, cross stitching, watching tv, crocheting and trying her hands at other crafts. Her dream is to explore every nook and cranny of Malaysia in this lifetime. Learning to be a more conscientious, informed, open-minded and adventurous person, she is happy to share her thoughts on many subjects. She also writes at www.Precious-Crafts.Com

Zurainny Ismail

Leave a Comment

  • Ikhwan Reply

    banyak artikel yang sangat berkualiti dalam blog ini 🙂

    June 22, 2016, 5:29 am
    • Zurainny Ismail Reply

      Terima kasih En. Ikhwan – semoga dpt menambah-nilai ke dalam dunia blogging. 😀

      June 22, 2016, 5:57 am
  • Yati Reply

    Ramainya pengunjung blog ni. Tahniah, dan semoga terus sukses.
    Saya antara pembaca blog ni yang guna chrome. 🙂

    June 18, 2016, 2:09 am
    • Zurainny Ismail Reply

      Thanks Yati atas sokongan & kunjungan, dari dulu hingga kini. 😀

      June 20, 2016, 2:11 am
  • Hero Borneo Reply

    satu blog yang hebat..cuma saya kadang-kadang keliru..siapa penulis sebenarnya blog ini..dulu lelaki dan sekarang wanita ?

    June 16, 2016, 10:22 pm
  • Mus Reply

    tahniah.. banyak artikel bermanfaat dalam blog ini…

    June 16, 2016, 2:22 am
    • Zurainny Ismail Reply

      Terima kasih En. Mus, saya pun dpt byk maklumat dr blog En. Mus. Sharing is caring, kan…. 😀

      June 16, 2016, 6:10 am
  • Raihanah Ahmad Reply

    memang perasan komen dan blogwalking kurang sikit skrg ni

    June 15, 2016, 2:15 am
    • Zurainny Ismail Reply

      Betul tu, mgkn ramai yg sibuk dgn pelbagai urusan & mengejar dateline. Ekonomi pun kurang rancak, so kena kerja lebih keras utk kejar matlamat.

      June 16, 2016, 6:16 am
  • akubiomed Reply

    Trafik tidak sekencang dahulu sebab ramai yang mempunyai blog dan komen sekarang pun nampak makin surut. Rindu zaman blogging dahulu meriah. 🙂

    June 5, 2016, 3:35 pm
    • Zurainny Ismail Reply

      Komitmen masing-masing & strategi pun mgkn sdh berubah, terima kasih En. akubiomed sbb sentiasa sudi menziarah ke sini. 😀 Kalau ada rezeki & pjg umur akan bjumpa jg dgn rakan2 bloggers – en ismailn dah jumpa dulu, kan?

      June 6, 2016, 2:41 am
  • James Koo Reply

    Thank you En. Ismail from DLSL juga kerana menginspirasi saya untuk menjadi seorang blogger 🙂

    June 5, 2016, 11:47 am
    • Zurainny Ismail Reply

      Continue with your good work, En. James. Ramai yg sdh mdpt manfaat dr blog saudara. 😀

      June 6, 2016, 2:45 am