Thursday,19 January,2017

Teknik SEO Untuk Blog WordPress

SEO WordPress

Menurut kajian yang dijalankan oleh W3Techs, lebih 25% laman web bergantung kepada WordPress untuk tujuan blogging dan pengurusan kandungan web. Kecuali jika anda hanya mahu blogging secara santai dan membuat posting bergambar atau video, penulisan yang serius memerlukan WordPress untuk mendapatkan hasil dan kepuasan maksima.

faham

Menyedari hakikat ini, kami turut memilih WordPress sebagai platform blogging kami. Selain dari mudah untuk mengurus blog, ia juga agak flexible dan mempunyai pelbagai fungsi. Yang paling utama, WordPress juga bersifat ‘SEO friendly content management system‘ (CMS).

Search Engine Optimization (SEO)

Rata-rata blogger tahu apa itu SEO. Dalam bahasa mudah ia merujuk kepada teknik yang digunakan oleh pemilik laman web untuk meningkatkan prestasi laman web/blog agar menduduki ranking yang tinggi dalam enjin carian, terutamanya ‘Google‘.

SEO Friendly Content Management System (CMS)

Dalam perenggan di atas, saya ada sebutkan yang WordPress adalah bersifat CMS. Ia bermaksud pengurusan SEO diplatform WordPress adalah lebih mudah dan luas.

Namun harus diingat – ianya bukan AUTOMATIK!

WordPress is a widely embraced content management system because of its magical simplicity. But don’t make the mistake of assuming WordPress automatically considers SEO best practices for your website. SEO is not built in to WordPress itself. – Tina Courtney, SiteProNews

Oleh itu, jangan sekali-kali fikir bahawa apabila anda bertukar dari platform lain seperti blogspot atau Jomla ke WordPress, ranking anda akan naik serta merta.

Silap-silap boleh merundum turun pula. Gedebuk!!! 😀

Anda hendaklah mengambil inisiatif sendiri untuk memastikan laman web anda telah di ‘optimized‘ secukupnya.

optimization

Dengan sifat yang ‘SEO friendly content management system‘, WordPress dapat memberikan anda kelebihan bagi mengatasi pesaing anda dalam kata kunci (keyword) tertentu.

Baca juga: How To Create A Good Blog

SEO Untuk Blog WordPress

Menurut pendapat pakar-pakar SEO, ada beberapa perkara yang perlu anda titikberatkan apabila menggunakan WordPress. Antaranya:

  • Memahami asas WordPress and terminologi
  • Plugin adalah penting untuk tujuan SEO
  • Memahami kesilapan asas dalam melaksanakan SEO dan TIDAK mengulanginya.
  • Ada keberanian dan kemahuan untuk membuat tweak pada blog selaras dengan keperluan.
  • Menggunakan tema (WordPress Theme) yang sesuai dan mesra-SEO.
  • Peka kepada teknik SEO terbaru dan membuat perubahan jika perlu.
  • Menulis untuk pembaca dan bukan untuk robot.
  • Menggunakan web hosting yang berkualiti.

Perancangan Sebelum Membuat Blog

Sebaiknya buat perancangan sebelum anda membina blog. Jika ia bertujuan komersial/perniagaan, pastikan kata kunci yang sesuai digunakan. Gunakan tool percuma seperti Jaaxy untuk membuat kajian. Pastikan anda cuma menulis artikel yang berkaitan dengan kata kunci tersebut.

jaaxy

Gunakan web hosting yang bagus untuk jangka masa panjang.

Ini mengelakkan anda terpaksa berpindah-randah akibat syarikat hosting gagal memberikan khidmat yang memuaskan.

Jika tidak pasti, gunakan sahaja ServerFreak. Ia adalah antara yang terbaik di pasaran.

Thesis Skins small

Selepas WordPress dipasang (installed), pilih tema yang sesuai untuk blog anda. Jika mampu, labur lebih sikit dan gunakan tema yang mesra-seo. Sifat tema ini adalah sebagaimana yang ada pada tema Perfect SEO Blog yang dibincangkan dalam posting lepas. Ia hendaklah responsive, ringan dan pantas, 100% valid CSS 3 markup dan sebagainya.

Sekurang-kurangnya ini akan mengurangkan tugasan anda membina blog yang berkualiti.

On-Page SEO & Plugin

Beri tumpuan kepada on-page SEO. Pastikan laman anda benar-benar di ‘optimize‘ sebelum anda mengorak langkah mempromosikan laman dan membuat pautan tertentu di tempat lain. Gunakan plugin-plugin yang sesuai. Plugin WordPress SEO dari Yoast amat popular dan diakui berkesan untuk tujuan ini.

Jika tidak pasti cara penggunaanya, rujuk kepada pakar-pakar SEO.

Ramai yang pakar di Malaysia ini.

wordpress plugin

Gunakan juga plugin-plugin lain yang boleh membantu seperti Broken Link Checker, SEO Friendly Images, Remove Query Strings, Google Sitemap dan sebagainya.

Beri perhatian kepada semua perkara termasuk permalink, tajuk, tag (H1, H2 dan H3 terutamanya). Ada banyak Google Ranking Factors yang perlu dititikberatkan. Namun, dengan WordPress, semua ini boleh dilaksanakan di laman web/Blog anda kerana sifat WordPress yang SEO-Friendly CMS.

Sharing Is Caring

share content

Letakkan juga plugin untuk share content anda. Ini amat penting kerana Google juga mengambil kira social counts atau perkongsiaan artikel anda di laman-laman sosial.

Akhir sekali, pastikan kandungan juga kandungan artikel bermutu, tidak dicedok dari mana-mana laman web dan punyai nilai tambah kepada komuniti internet.

About The Author

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N

Leave a Comment

Like Our Facebook Page close[x]
Or wait 15 seconds