Terselit Dalam Carta Ashadee

ashadee

Jika ada kerjaya yang paling tidak sesuai bagi saya, saya rasa pastilah “salesman” atau jurujual. Mengapa? Kerana saya memang tidak pandai dalam soal memujuk pelanggan memberi sebarang produk atau servis. Malah, bukan sahaja dalam kehidupan biasa, dalam internet pun susah untuk saya recommend apa-apa produk. Kalau recommend pun, ala kadar sahaja. Tidak begitu bersungguh-sungguh macam ramai orang. Itu sebabnya, saya kurang berminat dengan Affiliate Marketing dan lebih prefer pada content marketing atau “sponsored ads” dalam penulisan artikel. Tidak perlu promosi apa-apa sangat. Lebih kepada masukkan link pelanggan dalam artikel. Kerja siap!
Carta Ashadee

Oleh itu, tersenyum juga saya bila buka akaun Ashadee dan lihat terselit nama dalam carta. Bukan banyak pun produk yang saya promosikan. Adalah sikit-sikit yang saya tulis untuk cuba-cuba. Tambahan pula sesetengah produk itu berkisar dengan kehidupan semasa saya. Contohnya artikel INI dan INI yang ditulis berdasarkan kisah benar tetapi dimodifikasikan untuk tidak mendedahkan sumber maklumat.

Namun, apa yang saya lihat ada tiga (3) elemen penting dalam affiliate marketing ini:

  1. Memilih produk yang sesuai dengan anda
  2. Teknik penulisan yang mampu menyakinkan pelanggan
  3. SEO kerana tanpanya tiada siapa pun yang akan baca artikel anda itu

Saya tahu, nama saya sekejap sahaja dalam carta. Esok lusa, mungkin terkeluar sudah. 😀 Tapi teruja juga bila termasuk, walaupun sekejap.  Mungkin, saya patut lebih kerap promosikan produk Ashadee dan apa satu lagi tu.. Klikjer? Dapat lepas duit minyak pun jadilah kan?

Terselit Dalam Carta Ashadee

8 Comments

  1. Orang pandai buat affiliate memang untung lah. Bisnes mudah tanpa modal yang boleh dibuat oleh semua orang tanpa perlu produk sendiri…

  2. Lama tak singgah di sini. Nampaknya sudah ada peningkatan! 🙂 Bagus begitu! Kalau betul-betul buat tentu lebih kencang masyuknya..

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons