Wednesday,26 July,2017

THESIS Framework: Responsive Thesis Skins

Responsive Thesis Skins

Salah satu aspek yang amat saya titikberatkan dalam blogging adalah rekabentuk blog. Walaupun saya akui isi kandungan adalah perkara penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah blog, namun rekabentuk blog yang menarik dan responsive akan memberikan sedikit kelebihan pada seseorang blogger. Oleh sebab itu saya gunakan Thesis Framework dengan Responsive Thesis Skins dari WPthesisSkins. Ya, ia perlukan belanja ($$). Akan tetapi bagi saya, ia amat berbaloi.

Thesis Framework

Thesis Framework digunakan bersama WordPress tetapi ia bukanlah WordPress Theme (tema WordPress) yang biasa. Ia hasilkan oleh Chris Pearson dan mula digunakan semenjak bulan Mac 2008. Untuk memahami thesis, anda pelu memahami juga apa itu WordPress Theme Frameworks. Asasnya, thesis adalah tema yang berdiri sendiri dan boleh diubahsuai menjadi pelbagai tema kecil yang lain. “A Parent Theme template”  ataupun juga “A stand-alone base/starter Theme“. Apa-apa pun definasinya, adalah lebih mudah untuk memahaminya selepas anda menggunakan sendiri WP Framework.

WordPress Theme Framework Paling Popular

Thesis adalah antara WordPress theme framework yang paling popular selain dari Genesis, Woo dan Gantry. Mungkin anda ada citarasa yang lain tetapi bagi saya cuma Thesis dan Genesis yang paling hebat dan wajar digunakan oleh blogger.

Muat Turun THESIS

Untuk menggunakan Thesis, anda perlu menjadi ahli terlebih dahulu dan kemudian muat turun fail thesis dari laman ahli. Ada pelbagai keahlian ditawarkan, namun saya cadangkan anda ambil keahlian professional dengan unlimited license domains, lifetime product updates dan pelbagai bantuan lain.

Thesis Framework Options

>> MUAT TURUN THESIS 2.1.9 DI SINI <<

Cara Memasang THESIS Di Blog Anda

Memasang thesis adalah sama dengan memasang tema WordPress yang lain iaitu pergi >> Appearance >> Themes >> Add New. Muat naik Fail Thesis dan aktifkannya. Anda akan dapati sedikit perubahan berlaku pada Dashboard anda.

Thesis Home

Tiga Elemen Thesis

Amnya terdapat tiga elemen penting dalam Thesis:-

  1. Skins
  2. Boxes
  3. Packages

Skins

Ia lebih kurang sama dengan WordPress theme biasa dan merupakan elemen utama bagi rekabentuk sesuatu website atau blog. Anda boleh susunkan kedudukan posting, saiz dan juga fungsi-fungsi mereka. Nampak simple tetapi pengetahuan dalam koding di perlukan untuk menghasilkan skin yang menarik.

thesis skins

Boxes

Boxes boleh diumpamakan plugin + widget bagi tema anda. Dengan boxes, anda tidak perlu install plugin tambahan untuk membuat slider, contact form, popular post dan sebagainya. Jika tidak tahu membuatnya, sila muat turun boxes ini dari laman web berkenaan. Pastikan ia sesuai digunakan dengan skin anda.

Thesis Boxes

Packages

Elemen ketiga ini membantu anda memberikan style pada blog tanpa perlu menggunakan bahasa CSS yang sulit itu. Buat adjustment pada border, tinggi, lebar dan sebagainya dengan lebih mudah. Namun, untuk memahaminya diperingkat permulaan adalah agak rumit sedikit. Saya cadangkan anda gunakan di laman web mock-up terlebih dahulu bagi tujuan belajar. Jangan jadi seperti saya yang terpaksa uninstall thesis seketika di blog ini kerana kurang faham pengunaannya diperingkat awal.

Thesis Packages

Built-In Functions

Terdapat pelbagai fungsi menarik yang dibawa bersama dalam thesis untuk memudahkan anda. Antaranya:-

  • Opsyen SEO (untuk tetapkan title tag, meta description, keywords dan robot options)
  • Tracking code bagi Google Analytics.
  • 404 page handling.  Buat satu laman 404 yang menarik dan setkan dengan mudah dengan thesis. Contoh laman 404 saya di SINI.
  • HTML Head – Tak perlu buka theme editor dan edit koding jika mahu isikan kod bagi verifikasi (Alexa, Yahoo, Bing dan lain-lain lagi). Tampal sahaja kod di sini dan klik “Save“. Mudah bukan?

Thesis Built in options

Thesis HTML editor

Responsive Thesis Skins

Bagi mereka yang mahu jalan pintas dan malas hendak baca dan memahami topik skins, boxes dan packages, anda boleh jadikan blog anda menarik dengan menggunakan responsive thesis skins dari DIYThemes atau lain-lain pengeluar skins seperti WPthesisSkinsMarketer’s Delight, BYOB, Nina Cross Design dan lain-lain.

Antara responsive thesis skins yang saya minati termasuklah:

Magazine 4WPthesisSkins

Magazine 4 Thesis

Jenny Blake’s Blog – Nina Cross Design (custom made buat Jenny Blake)

Jenny Blake

NXFearless -NXThemesFearless Quik – Themedy Themes

Quik

The Admire Skin – ThesisLove

The admire skin

Dan khas bagi yang menjana pendapatan dari Google AdSense atau apa-apa PPC program, anda gunakanlah…

Blog Ad SkinWPthesisSkins

BlogAd

Memasang Skins dan Boxes

Setelah membeli skins (biasanya bersama-sama boxes sekali), anda pergi ke THESIS >> Skin >> Manage Skins dan klik  “Upload Skins“. Selepas ia dipasang, klik “Activate Skin” untuk menggunakannya.

Selepas skin di pasang, anda perlu memasang “Boxes” pula. Pergi THESIS >> Boxes >> Manage Boxes dan klik “Upload Box“. Proses perlu dibuat satu persatu. Oleh itu, bersabar jika ada 10 atau 15 boxes disertakan bersama skin. Selepas semua boxes dimuat naik, klik dikotak (lihat di bawah) dan klik “Save Boxes“. Baca skin documentation jika perlu.

boxes tanda

Ubahsuai Rekabentuk Blog Thesis

Anda boleh ubahsuai rekabentuk blog anda di SKIN:

  • Content
  • Design
  • Header Image

Buat adjustment pada widget seperti biasa di bahagian widget.

Ok, itu sahaja untuk artikel thesis hari ini. Jika anda berminat untuk mencuba thesis, daftar dan muat turunnya di SINI.  Enjoy gunakan thesis. All the best.

Lihat juga pengguna THESIS di Malaysia: Malaysian THESIS Blogs

THESIS Framework: Responsive Thesis Skins

This Article Was Written By

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N

Leave a Comment

  • Fadhil Reply

    wah bestnya dapat guna thesis skin ni. nak pakai jugak tapi bajet tak cukup. huhu. minat betul dengan pearsonified tu.

    December 9, 2014, 2:07 pm
    • Ismail N Reply

      Genesis pun best juga. Tapi citarasa dan bajet mmg akan memainkan peranan dalam membuat keputusan memilih tema blog.

      December 10, 2014, 12:52 am
Like Our Facebook Page close[x]
Or wait 15 seconds