Tips Menulis Karangan Dengan Baik

Dulu Lain Sekarang Lain. Dulu-dulu, saya sukar untuk menulis karangan terutama semasa di bangku sekolah. Saya sering cuba mengelak dariย  menulis karangan kerana merasakan ianya sukar dan membuang masa. Segala hasil dan kerja keras mendapatkan keputusan yang bagus pada Kertas 1 jadi musnah kerana Kertas 2 terlalu lemah dan sekaligus membawa sekali Kertas 1 ke pangkat yang lebih rendah.

Tips Menulis Karangan Dengan Baik

Entah apa nasib saya, tuhan seolah-olah membuka minda saya semasa di Tingkatan Enam dan mula sedar apa yang saya harus lakukan untuk menghasilkan karangan yang baik dan menepati skema. Namun, saya sedar dari segi grammer, baik BM mahupun BI, masih lagi melantun-lantun ๐Ÿ˜€ . Nasib baik, penulisan saya ini bukan untuk dinilai. Kalau tidak, pastinya sakit kepala membaca berulang-kali bagi membetulkan ejaan dan grammer yang banyak silap ini.

Tips Menulis Karangan Dengan Baik

Satu perkara yang saya sedar tentang penulisan karangan adalah: bukan berapa banyak maklumat yang harus kita berikan kepada pembaca. Akan tetapi, berapa JELAS penerangan yang hendak disampaikan dan berapa tepat hujah yang diberikan.

Oleh itu, karangan yang baik perlu mengikut turutan: 1. pengenalan, 2. isi dan 3. kesimpulan. Hujah-hujah pula perlulah boleh difahami, diterangkann dengan baik dan lebih baik jika disertakan contoh. Namun, turutan ini bukanlah wajib diikuti kecuali bagi tujuan peperiksaan. Penulisan karangan yang tak rasmi seperti menulis blog boleh diubah suai mengikut citarasa penulis asalkan matalamat asal iaitu KEJELASAN dan KETEPATAN dicapai.

Semasa saya mengambil STPM dahulu, saya rajin membaca Dewan Siswa dan Dewan Masyarakat. Ia sedikit sebanyak membantu menyediakan diri saya bagi peperiksaan. Lebih berkualiti sesuatu majalah yang dibaca lebih banyak fakta dan maklumat yang boleh kita serap.

Satu karangan yang baik hendaklah mempunyai isi yang bernas dan boleh diterima oleh pembaca. Ia bukan ibarat menulis cerita dongeng yang mana anda boleh kelentong sesuka hati anda. Oleh itu, minda perlu diisi dan pengetahuan perlu mencukupi. Membaca dan peka pada hal yang berlaku sekitar amat membantu. Dalam banyak hal, majalah-majalah ini juga membantu meningkatkan gaya bahasa dan menambahkan perbendaharaan kata anda.

Satu masaalah yang ramai orang hadapi adalah ketidakfahaman tentang sesuatu subjek yang mahu dipelajari. Jika anda tidak faham, bagaimana anda hendak menerangkan pada orang lain pula? Jika tidak boleh memberi penerangan, bagaimana hendak menulis? Akibat itu, anda jadi tersangkut dan mengambil jalan mudah โ€œcopy and pasteโ€ tulisan orang lain. ๐Ÿ˜€ Biasa dengar kan?

Satu teknik pembelajaran yang baik dan wajar dipraktikan oleh ramai orang ialah membaca dengan suara yang kuat (tapi tidak terlalu kuat). Kajian menunjukkan adalah lebih mudah memahami dan mengingati sesuatu perkara jika anda membacanya dengan bersuara dari membaca dalam hati.

Dari segi pembelajaran bahasa (language), seperti bahasa Inggeris, anda akan dapat rasa kemajuan dalam penggunaan sesuatu bahasa itu. Mungkin kerana bercakap lebih praktikalย  dari membaca di hati dan dalam banyak hal lebih ramai orang mudah faham bila dibuat secara praktikalย  dari teori.

Walauapapun tips yang diberi, hasil yang terbaik akan datang dari usaha dan keinginan untuk membuat sesuatu itu dengan jayanya. Teringat cogankata sekolah saya dahulu iaitu “Usaha Bukan Kata“. Harap semua pembaca dapat mempelajari sesuatu dari artikel hari ini. Seperti biasa, komen dan maklummalas amat dihargai.

Tips Menulis Karangan Dengan Baik

22 Comments

  1. honestly aku manusia yg paling susah nak buat karangan..
    dulu2 yer aku minat giler menulis novel tapi tidak lg..

    Teringat masa kat sekolah rendah, karangan aku paling kelakar
    cikgu ckp ini karangan bergambar. hik3.. hancussss

  2. karangan ni dulu rasa susah sebab makin lama kita naik tingkatan kita kena buat karangan lagi panjang lagi panjang dan masa tu memang terasa kekeringan idea. dengan panduan cikgu dan selalu membaca akhirnya berjaya juga le buat karangan . hingga ke form six dapat pula cikgu yang baik dan best terasa lagi seronok nak menjawab dlm exam. ๐Ÿ™‚

  3. Bercerita ttg karangan ni bro, bEe tak pandai tulis karangan. Lagi2 buat karangan format surat hehehe

    Kalau karangan imaginasi tu bEe thumbs up kot!!!!! ๐Ÿ˜›

    1. blog sakura tu not bad jugak ehhh.. maybe santai ckit lah..
      tips ni utk sapa2 yg nak tulis secara serius.. guideline yg tak wajib dipatuhi ๐Ÿ˜€

  4. artikel yang baik utk perkongsian bersama.. kalau sesebuah rencana/artikel di susun dengan baik, dalam erti kata pendahuluan,isi dgn penutup yang berkesan, aku percaya point yg hendak di jelaskan lebih mudah untuk di fahami

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons