Yang Penting Buat Sesebuah Blog Pada Pendapat Saya

Blogging

Dalam menghasilkan sebuah blog yang menarik dan menawan hati pengunjung, terdapat banyak tips atau panduan yang anda boleh diikuti. Lain orang, lain pandangannya, namun pada prinsipnnya idea sebuah blog yang sempurna haruslah kemas, mudah navigasinya, cepat loading dan mempunyai isi kandungan yang menarik.

Akan tetapi seseorang blogger akan mengintrepertasikan idea asas ini pula dengan cara yang berbeza-beza.

Rambut sama hitam, hati lain-lain πŸ˜€

How To Create A Good Blog media

Ada yang suka font begini, manakala ada pula yang sukkan font yang lain pula. Ada yang rasa 3 kolum sesuai, manakala ada lebih senang dengan dua kolum sahaja.

Bagi pendapat blogger ini pula, ciri-ciri penting baginya adalah seperti yang berikut:-

Font Yang Hitam Dengan LatarBelakang Putih

Saya tahu ramai yang agak artistik dan sukakan blog yang berwarna-warna. Namun bagi saya latarbelakang yang berwarna-warna dan semak dengan iklan, akan membuatkan saya rasa pening lalat dan sukar untuk membaca. πŸ˜€

Mungkin pandangan ini agak tradisional dan ketinggalan zaman, namun saya rasa ada yang bersetuju dengan pandangan ini. Umpama membaca buku, membaca blog juga lebih sesuai dengan dua warna yang contrast dan tiada kombinasi warna contrast yang lebih prefect bagi saya selain dari hitam dan putih.

awesome

Font Yang Bulat

Tahoma, Arial, Trebuchet Ms, Verdana please πŸ˜‰

Harap janganlah anda gunakan font yang berbelit-belit, berbunga-bunga dan bersambung-sambung. Saya tahu orang pompuan terutama yang muda remaja suka benar font sebegini.

AMBIL PERHATIAN: saya tak cakap salah ok. It’s your blog dan terpulang kepada anda untuk pilih apa sahaja font yang sesuai dengan design yang sesuai. Cuma sebagai pembaca, saya rasa agak sukar untuk saya kekal lama di blog anda jika saya rasa agak sukar membaca isi kandungan blog.

Widget Entri Yang Lepas-Lepas

Saya dapati banyak blog yang tidak letakkan widget ini di sidebar mereka dan sekiranya mereka letak pun, ia terletak di tempat yang agak TERSEMBUNYI.

Akibatnya, pembaca terpaksa klik kembali ke muka hadapan dan ini agak menyusahkan bagi sesetengah pembaca yang kurang masa internet mereka.

Anda harus ingat adakala pembaca tiba di blog anda di ketika entri terakhir di blog anda kurang menarik perhatian mereka.

Dengan andanya widget ini ditempat yang sesuai dan mudah dilihat oleh mereka, maka mereka tidak terus meninggalkan blog anda dan sebaliknya pergi ke entri yang lebih menarik buat mereka.

Pop-Up Windows, MP3 Dan Apa-Apa Yang Menggangu Pandangan Dan Konsentrasi

Nasihat saya…Please Buang!

Saya tidak sukakan pop-up windows. Itulah sebabnua apabila saya sedar yang iklan saya letakkan akan mengakibatkan keluarnya pop-windows (Contoh: Bidvertiser), saya akan cepat-cepat buang.

Begitu juga dengan lagu-lagu mp3 kerana selain dari memperlahankan blog, adakalanya saya membuka laptop saya di perpustakaan..

Alahai kelam-kabut untuk padamkan speaker πŸ˜‰

Penyampaian Isi Kandungan

Tak kisahlah jika ianya penulisan anda sendiri atau dicedok dari mana-mana, namun cara penyampaian yang menarik penting untuk buat saya datang balik untuk menikmatinya.

Ada banyak cara untuk membuatnya menarik.

Contohnya: Dengan humor atau menimbulkan isu dan perbincangan. Penggunaan gambar, video dan kajian yang mendalam pun adalah cara baik untuk menarik minat saya membaca.

Page Load

Zaman ini masa agak berharga sekali! Oleh itu, saya dan ramai insan lain pastinya tidak sanggup tunggu kalau blog anda loadingnya sampai berpuluh saat.

Sentiasa periksa berapa kecepatan blog anda load dan buang widget atau plugin yang tak penting.

Rasanya, itu sahaja komen saya buat masa ini. Mungkin ada yang tertinggal dan akan disentuh dalam artikel-artikel yang akan datang. Komen dan pandangan anda mengenai isu ini amat dihargai.

– Yang Penting Buat Sesebuah Blog Pada Pendapat Saya

6 Comments

  1. bab lagu tu yang paling aku sokong.kekadang tu menyakitkan ati je bila bukak blog orang yang ada mp3 ni.lebih2 lagi menyusahkan pengguna broadband macam aku ni.huhu :p

  2. aku setuju benar dengan semua point bro kat atas nih..
    keselesaan pembaca juga perlu di ambil kira.. kalau load dah ambil masa,
    merencatkan pembaca untuk selak page lain.. almaklumlah internet kita ni pon bukan laju sangat.. πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons