Please disable Ad Blocker before you can visit the website !!!

Berhenti Kerja Tanpa Notis

by Ismail N   ·  2 months ago   ·  
thumbnail

Akta Kerja Kemaskini 2023

Diantara soalan yang kerap saya terima dari komen di blog ini mahupun DM di media sosial saya adalah soalan berkenaan notis berhenti kerja. Notis berhenti kerja bukanlah satu isu buat pekerja sehinggalah ada suatu perkara yang berlaku yang menyebabkan pekerja terpaksa meninggalkan majikan dengan segera. Dalam masa yang sama pula, majikan dalam situasi yang masih memerlukan pekerja di organisasinya.

Kontrak Kerja

Kontrak kerja biasanya ada menyebut tempoh notis yang diperlukan untuk majikan dan pekerja. Untuk pekerja, ia agak ‘straight foward‘, lihat sahaja kontrak. Manakala untuk majikan, perlu berhati-hati menggunakan klausa ini agar tidak dilihat sebagai satu kes pemberhentian kerja secara tidak adil (unfair dismissal).

Untuk artikel ini, kita mahu lihat dari sudut pekerja sahaja. Banyak situasi yang membawa kepada pekerja untuk berhenti kerja. Antaranya:-

  • Mendapat tawaran kerja di tempat lain dengan terma dan faedah yang lebih baik;
  • Ada masaalah keluarga seperti mengikut suami berpindah ke tempat lain atau mahu menjaga anak yang sakit;
  • Tidak tahan dengan majikan;
  • Dan sebagainya.

Apa-apa pun alasan di atas, anda perlu ingat yang anda ada obligasi/tanggungjawab di bawah kontrak. Keduanya, bila anda berkerja di tempat lain, bakal majikan baru ada kemungkinan akan minta ‘character referral‘ (rujukan rekod kerja anda) dari majikan lama anda. Disini anda boleh ‘kantoi‘ dan sukar mendapat kerja bila majikan lama memberikan rekod yang tidak baik mengenai anda. Maka, bila mahu berhenti kerja, berhenti dengan cara yang baik.

Bila mahu berhenti kerja, saya nasihatkan tulis surat rasmi. Jika tidak pandai, mintak pertolongan rakan atau saudara yang biasa buat surat sebegini. Boleh ‘google‘ jika perlu. Tidak perlu ayat berbunga. Cukup sekadar menyampaikan hasrat anda. Jika anda perlu berhenti awal, nyatakan dalam surat, mohon jasa baik majikan lepaskan anda awal dan nyatakan sebabnya dengan jelas.

Jumpa pegawai yang berkenaan. Biasanya Pengurus Sumber Manusia. Jangan buang-buang surat di pondok pengawal dengan harapan surat itu sampai ke tangan pengurus. Ada kalanya sesuatu isu bukan diselesaikan dengan undang-undang, tetapi bagaimana cara anda menghadapinya. Ingat bahawa pengurus dan majikan itu manusia juga. Keputusan mereka boleh dipengaruhi oleh hati dan perasaan mereka.

Serahkan surat dan mohon pertimbangan mereka. Bantu mereka selesaikan masaalah sekiranya ada. Contoh: Jika anda seorang penyelia (Supervisor), bagi cadangan pekerja yang layak gantikan anda dan sebabnya. Lebih mudah majikan cari pekerja biasa dari penyelia kan? Ini boleh membantu mereka mempertimbangkan untuk melepaskan anda awal. Jangan lupa ucapkan terima kasih selepas perbincangan dengan pengurus/majikan.

Pada takat ini, anda telah lakukan apa yang seharusnya anda buat bila mahu berhenti kerja. Sekarang terpulanglah kepada majikan untuk menggunakan budi bicara mereka. Sekiranya, mereka enggan atau tidak dapat melepaskan anda dengan segera. Maka, pilihan anda adalah seperti berikut:-

  • Cuba selesaikan masaalah anda dan teruskan kerja sehingga tempoh notis tamat; atau
  • Bayar nilai notis anda kepada majikan untuk melepaskan diri anda dari obligasi kontrak (payment in liue of notice atau indemnity). (Jika gaji anda adalah RM2,500 dan notis yang diperlukan adalah 2 bulan, maka nilai yang perlu dibayar adalah RM2,500 x 2 = RM5,000). Jumlah ini tidak termasuk nilai cuti tahunan yang tinggal (jika ada) yang boleh di tolak (off-set) dan apa-apa pembayaran yang majikan belum berikan kepada anda.

Pemecahan Kontrak

Pemecahan kontrak (breach of contract) berlaku apabila anda tidak melaksanakan obligasi seperti di atas (habiskan notis atau bayar nilai notis). Bila berlaku situasi ini majikan boleh membuat tuntutan terhadap anda untuk nilai di atas:

Mahkamah Buruh

Tuntutan boleh dibuat di Mahkamah Buruh sekiranya gaji anda tidak melebihi RM5,000. di bawah Seksyen 69(2)(iii) Akta Kerja 1955. Prosedur adalah lebih mudah dan tidak formal. Aduan dibuat melalui Jabatan Tenaga Kerja.

Mahkamah Sivil

Untuk pekerja yang gaji mereka melebihi RM5,000, Mahkamah Buruh tiada kuasa untuk mendengar tuntutan sebegini, maka majikan perlu memfailkan tututan ke Mahkamah Sivil.

Selain dari itu, sebagaimana yang dinyatakan tadi, dalam fail peribadi anda akan direkodkan sebagai gagal melaksanakan kontrak kerja dan boleh memberikan kesan kurang baik apabila memohon kerja di tempat lain.

Kesimpulan

Sebaiknya sebelum anda berhenti kerja, pastikan anda telah bersedia dan boleh samada menunaikan notis atau membayar bayaran pelepasan notis untuk mengelakkan isu di atas timbul. Pastikan juga anda telah membaca kontrak kerja bagi memastikan tidak timbul lain-lain kerumitan dimasa akan datang.

 

20 Comments

  1. Prema

    Tuan,

    Sekiranya majikan menyuruh pekerja berhenti bekerja & membayar gaji 1 bulan awal
    tetapi kemudian memanggil semula untuk bekerja selama 1 bulan tetapi tidak memberikan
    slip gaji bulan terakhir bekerja & memberitahu gaji bulan terakhir dikira sebagai
    pampasan, adakah majikan masih perlu membayar KWSP pekerja tersebut?

    Tanpa slip gaji bulan terakhir, bagaimana pekerja boleh melaporkan kepada pihak KWSP
    sekiranya caruman KWSP telah ditolak daripada gaji tetapi tidak dibayar kepada KWSP?

    Sekian terima kasih.

     
  2. Reay

    Bolehkah pekerja berhenti tanpa notis kerana arahan yang diberikan oleh majikan adalah membahaykan pekerja tersebut. Kalau boleh sertakan akta yang membolehkan perkara tersebut. Tq

     
    1. HRM

      Bergantung kpd terma kontrak kerja yg dipersetujui pekerja, jenis & tahap bahaya. Amnya, pekerja blh merujuk kpd S.14(3) Akta Kerja.

       
  3. Ahmad Yassir

    SalamTuan. Boleh kah majikan menuntut semula bonus yg telah dibayar kepada staff pd bulan Disember 2022 namun staff hanya memohon berhenti pada Januari 2023 dgn diberi notis 2 bulan. Staf masih menjalani notis waktu tuntutan dari majikan diberi.
    Terima kasih

     
    1. HRM

      Boleh kami tahu mengapa majikan ingin menuntut semula bonus tersebut?
      Jika disebabkan pekerja resign, maka x blh.
      Jika sebab tersalah kira (terlebih bayar), maka ini masih blh dipertikaikan.
      S.24(2) AK membolehkan majikan membuat potongan gaji jika terlebih bayar disebabkan tersilap kira, asalkan potongan dibuat dlm tempoh 3 bulan. Walau bagaimana pun, takrif “Wages” (upah) menurut S.2 mengecualikan bonus tahunan.
      Kami syorkan anda menghubungi pejabat Jabatan Tenaga Kerja utk kepastian.

       
  4. azieey

    boleh saya tahu hak pekerja jika majikan pecat pekerja tanpa sebarang notis atas kesalahan lewat ke tempat kerja…

     
    1. Saya nasihatkan anda ke Jabatan Perhubungan Perusahaan untuk nasihat lanjut tentan tindakan yang boleh anda buat. Boleh rujuk juga artikel ini: https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/akta-perhubungan-perusahaan-1967

       
  5. Prema

    Tuan,

    Bolehkah pihak majikan menyuruh pekerja berhenti kerja serta merta dan meminta pekerja menulis surat perletakan jawatan
    kerana pekerja bertanya bila gaji atau elaun pekerja tersebut yang belum diterima akan dibayar pada peringkat atasan selepas tidak mendapat sebarang pengesahan pada peringkat bawahan?

    Sekian terima kasih.

     
    1. Tak boleh suruh berhenti kerja atau mengugut supaya pekerja berhenti kerja. Jika majikan sudah tak perlukan pekerja itu, maka majikan perlu tamatkan kontrak pekerja. Cuma hendaklah ikut aturan undang-undang.

       
      1. Prema

        Terima kasih tuan di atas jawapan ini. Apakah tindakan undang-undang yang boleh diambil ke atas
        majikan, sekiranya perkara ini berlaku?

        Sekian terima kasih.

        ASW:-
        Bergantung kepada situasi anda. Jika majikan ugut atau buat sesuatu yang memaksa anda berhenti (Contoh: turunkan pangkat atau gaji dsb). Ia boleh dikira sebagai ‘constructive dismissal‘. Jika tidak, ignore sahaja dan teruskan berkerja. Jika majikan anda berhentikan anda, maka rujuk kes anda ke JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN. Untuk kes constructive dismissal, rujuk juga ke jabatan ini. Ada steps tertentu yang anda perlu buat, cuma nasihat saya bagus anda ke sana untuk dapatkan nasihat bersama dokumen berkaitan dan bukti2 jika ada. Terima kasih.

         
  6. Insan biasa

    Hi..admin,,mhn pendapat..sya sudah bkerja dari jan 22 shingga skrg…gji bwah 2k..pada oct lpas, cmpany telah diambil alih cmpany lain..tpi staf msh dkekalkn..soalan bleh kah sya benti dgan 4 mgu ntis sperti akta?sya tidak dapat offr lter dari pengurusan bru..

     
    1. Tempoh notis biasanya disebutkan dalam kontrak. Jika tiada, ya, boleh submit 4 minggu sahaja.

       
  7. Untuk urusan berhenti kerja perlukan perancangan teliti dan berhati-hati.

    Pastikan majikan lama tidak kita lukai dan jika ada majikan baharu pun kita perlu buat cara yang betul

     
    1. Ya. Dalam semua hal, perancangan dan ikuti aturan/prosedur amat penting.

       
  8. miss qin

    Hi admin, nak tanya. Saya baru bekerja 1 hari 1hb dan saya hantar notis 1 bulan pada 5hb (seperti dinyatakan dalam OL). Saya berhenti atas dasar kesihatan (knee injury) dan ketidakselesaan di company (kotor dan tiada bilik khas untuk solat). Saya cuba bincang dengan majikan untuk 24 jam notis tetapi tak dibenarkan. Majikan suruh hantar notis 1 bulan juga dan saya sudah hantar. Tetapi saya tak selesa nak masuk office. Saya juga sudah bincang dengan majikan kalau boleh benarkan saya bekerja dari rumah kerana kerja saya kebanyakannya dapat dari Whatsapp dan email sahaja. Tetapi tidak dibenarkan juga. Jadi soalan saya, bolehkah saya ambil 1 bulan notis dan ambil 1 bulan cuti tanpa gaji ? Majikan boleh saman saya ke ?

    Sebab kalau nak masuk office, saya memang tak boleh nak solat dan tiada surau@masjid berdekatan. Kena solat depan staff ramai campur lelaki perempuan, terutamanya atas faktor saya solat duduk jadi agak malu, tambahan toilet kotor.

     
    1. Sebagaimana yang saya sebut dalam artikel, jika ada kontrak, terpaksalah patuhi kehendak kontrak. Sebaik sahaja kita sudah mula berkerja, maka kontrak pun jadi effektif. Saya tak boleh komen apa-apa yang diluar sudut perundangan ataupun komen polisi dan cara sesuatu organisasi jalankan perniagaan mereka. Jawapan pada persoalan anda ada dalam artikel di atas. Cuma, saya faham jika semua pilihan yang ada mungkin tidak sesuai untuk anda.

       
  9. x baik berhenti kerja begitu aje. kena ikut peraturannya. terima kasih atas perkongsian ye.

     
    1. Zurainny Ismail

      Tak boleh ikut hati ja kan Abam Kie, nanti rugi bayar ganti notis.

       
  10. Bagi saya. Masuk cara baik dan keluar juga cara baik.

     
    1. Zurainny Ismail

      Betul tu, mesti urus baik2.

       

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.