Please disable Ad Blocker before you can visit the website !!!

Bolehkan Majikan Memaksa Pekerja Mengambil Cuti Tahunan?

by Ismail N   ·  1 week ago   ·  
thumbnail

Setiap kali hampir dengan perayaan Tahun Baru Cina, blog ini akan dihujani dengan pertanyaan sebegini. Saya andaikan ada majikan yang mahu menutup operasi lebih dari dua hari cuti umum yang diwartakan. Namun, tidak mahu membayar gaji pada hari-hari tersebut😉. Maka, disuruhnya pekerja-pekerja menggunakan cuti tahunan mereka. Bolehkah majikan berbuat demikian?

Untuk jawapan yang ringkas dan mudah: TAK BOLEH

Majikan tidak boleh memaksa pekerja menggunakan cuti tahunan mereka jika mereka tidak mahu. Rasanya prinsip ini adil kerana majikan ada hak menolak permohonan cuti tahunan pekerja. Maka, atas sebab itu juga, pekerja ada hak untuk memilih hari yang sesuai untuk mereka membuat permohonan cuti.

Kes yang paling kerap dirujuk untuk situasi sebegini adalah kes Dunlop Malaysian Industries Bhd v DMIB Employees Union [1982] 1 ILR 161. Dalam kes ini Yang Arif Hakim Harun Hashim memberikan komen yang berbunyi:

Annual leave is usually taken for personal reasons. It is intended for leisure, enjoyment and travel. It should not be enforced on the employee merely to suit the company’s convenience.

Pendapat ini dipersetujui dalam kes Viking Askim s/b v Nat Union of Companies Manufacturing Rubber Products [1991] 3 CLJ 19. Menurut mahkamah, jika pekerja bersedia untuk menunaikan tugasnya dalam waktu-waktu yang ditetapkan dalam kontrak kerjanya, maka dia berhak kepada gaji biarpun majikan tidak memberikan sebarang kerja kepadanya.

Di dalam kes Kesatuan Pekerja-Pekerja Continental Tyre PJ Malaysia Sdn Bhd v Continental Tyre PJ Malaysia [2015] 3 ILR 462, syarikat Continental Tyre mengumumkan mereka menutup kilang mereka selama seminggu. Dalam seminggu itu, cuma ada dua hari cuti umum. Mahkamah memutuskan hari-hari yang pekerja disuruh mengambil cuti itu hendaklah dibayar dengan gaji ataupun diberikan cuti tahunan sebagai ganti untuk digunakan di masa akan datang.

Untuk diskusi yang lebih mendalam, boleh juga baca artikel ini: Shut Down & Force Leave

Terima kasih 😊

 

3 Comments

  1. maaf off the topic. saya nak tanya…

    majikan berhentikan staf (bkn sebab displin), then dia carikan kerja untuk staf tersebut. staf berjaya dapatkan kerja baru tapi lepas tu, majikan demand staf untuk buat surat letak jawatan. alasannya, dia tak nak pening kepala dengan JTK.

    soalan saya:
    1) kalau staf hantar surat resign sebelum written notis dikeluarkan, adakah staf akan dapat pampasan atau sebaliknya?

    2) majikan tak issue written notice sampai hari terakhir seperti yang dia maklumkan (verbal notice). apakah staf perlu juga hantar resign letter/notis resign 24 jam?

    3) staf yang tak dapat kerja lagi (spt yg dijanjikan), adakah dia perlu stay di premis sampai notis dikeluarkan meski sudah melebihi tarikh yg diberitahu (verbal notice)?

    harap dapat membantu. terima kasih.

     
    1. p/s boleh WA sy terus kalau encik sudi menjawab soalan di atas:

      https://bit.ly/3vKwHpg

       
    2. Yang terbaik adalah merujuk kepada JTK atau Jabatan Perhubungan Perusahaan.

      Jika tanya kepada saya, pendekatan saya agak berbeza sedikit ya. Saya suka cari win-win situation tanpa terlalu terikat dengan undang-undang sangat.

      Pertamanya, dipihak pekerja sendiri -kena tanya apa yang dia mahu? Mahu teruskan kerja sama majikan atau pampasan/dapat kerja tempat lain adalah memadai? Dari sini senang sedikit untuk buat keputusan sebab JTK dan JPP lain bidang kuasa mereka.

      Kedua – dipihak majikan, untuk selamatkan diri – pastikan dua benda. 1. Sediakan dokumen bertulis (dapatkan bantuan pakar kalau boleh untuk sediakan dokumen). 2. Jangan paksa/tipu pekerja tandatangan. Terangkan implikasi dengan jelas.

      Kalau tak mahu ada masaalah dengan JPP, tak perlu suruh pekerja buat surat resign ya. Boleh buat mutual termination. Cari titik persetujuan. Contoh bagi pampasan atau dapatkan kerja lain. Buat dokumen bertulis. Yang penting dua-dua pihak bersetuju.

      Jika mintak buat surat resign, masih boleh kira ‘dismissal’ juga di bawah ‘constructive dismissal’. Maka, tak lepas juga majikan.

      Pendek cerita jika tiada persetujuan bersama antara majikan dan pekerja macam mana mahu tamatkan kontrak kerja, pilihan ditangan pekerja. Boleh pergi ke JTK (mohon nasihat mereka) untuk pampasan di bawah Termination & Layoff Benefit. Atau ke JPP untuk dikekalkan kerja dengan majikan. Mahkamah boleh berikan pampasan juga dalam kes ini. Sekali lagi, saya sarankan mohon nasihat pegawai JPP. *Semua yang saya sebutkan ini tertakluk kepada syarat2 tertentu dalam Akta ya.

      Jika tiada surat (pemberhentian kerja atau resignation letter), maka pekerja masih pekerja dan boleh teruskan kerja di permis majikan.

      Notis untuk kes macam ni, kena bertulis ya. Tak boleh main cakap-cakap ja. Dalam undang-undang ada isu undang-undang dan pembuktian.

      Terima kasih. Harap membantu.

       

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.