Baru Tonton – Pontianak Vs Orang Minyak

pontianak-vs-orang-minyak

Sekiranya saya tidak tahu bahawa Afdlin Shauki yang mengarahkan filem ini, nascaya saya akan menyangka bahawa ini adalah satu lagi karya pengarah Mamat Khalid. 😀 Agak Slapstick lawak yang disampaikan dan jalan cerita serta penyampaian tidak mengikut stail Afdlin yang saya kenali.

Namun, terdapat juga babak yang menarik dan menghiburkan, walaupun secara jujur saya katakan tidak ada yang sampai pecah perut. Saya boleh dengar ketawa dari penonton lain di panggung terutamanya kanak-kanak.

Oleh itu, ia nya mungkin sesuai menjadi hiburan keluarga di musim cuti ini, sambil menderma ke Tabung Gaza.

Filem ini membariskan pelakon-pelakon komidi yan hebat-hebat seperti Johan Raja Lawak, Nabil Raja Lawak, Afdlin Shauki dan Adibah Noor.

Tidak seperti kisah hantu lain di Malaysia, ia cuba menampilkan cerita yan berkisarkan kehidupan dan komuniti hantu pontianak dan orang minyak. Dua rekrut baru orang minyak dan pontianak cuba menyesuaikan diri dalam kumpulan masyarakat yang baru mereka sertai.

Kedua-dua nya perlu menjalani latihan dan kemudiannya ujian yang tentunya mereka gagal. Agak ‘predictable’ tetapi seperti yan saya katakan tadi ada momen-momen yang menarik dan boleh membuatkan sekurang-kurangnya kita tersenyum sendiri.

Kekuatan filem ini terletak pada pelakon-pelakon yang handal dan mampu mengeletek anda biarpun diberi dialog yan lemah. Nabil dan Johan amat menyerlah membawa watak masing-masing. Tidak kurang menarik perhatian ialah barisan pelakon-pelakon wanitanya yang memang ada tarikan tersendirinya 😉

Jika anda inginkan komedi ringan di musim cuti ini, silalah ke panggung dan menyaksikan filem Pontianak Vs Orang Minyak.

Harga tiket di sini ialah RM 7 orang dewasa. Tak tahu lah kat tempat korang semua berapa.

– Baru Tonton – Pontianak Vs Orang Minyak

14 Comments

  1. hai bro,
    kepada kaki wayang, sila jangan lepaskan peluang menonton filem ini.. tentu menarik ceritanya..

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons