Thursday,19 January,2017

Drama Bersiri di Internet (Web Series)

petrol the series

Penat bekerja?  Jom tengok web series!

Apakah Web Series?

Web series merupakan video bersiri yang diterbitkan secara online dan mempunyai pelbagai bentuk.  Hakikatnya, talian internet kini menjadi suatu keperluan kepada ramai sehingga kita dapati masa mengadap skrin komputer atau gajet adalah lebih tinggi daripada masa mengadap television.  Maka tidak hairanlah internet kini dijadikan platform bagi pengeluaran pelbagai bentuk cerita atau web series.

Walaupun kebanyakan web series dibikin oleh individu-individu perseorangan tanpa melibatkan pembiayaan oleh syarikat-syarikat hiburan besar, namun ia tetap diminati ramai. Anak-anak kami sendiri amat gemar menonton web series atau cerita-cerita yang diterbitkan secara online oleh vloggers (video bloggers) atau selebriti online kegemaran mereka seperti Pewdiepie, Stampy Cat dan lain-lain.  Cerita-cerita online sebegini berjaya menambat hari mereka lebih daripada cerita yang diterbitkan oleh syarikat gergasi seperti Disney, Warner dan sebagainya.  Antara perbezaan antara web series dengan siri television adalah:

  • kos pembikinan jauh lebih kecil
  • cerita ringkas dan padat, biasanya dalam 10 minit sahaja untuk setiap episod
  • diterbitkan oleh orang-orang persendirian dari pelbagai peringkat umur (tetapi apabila sudah terkenal, mungkin akan mendapat funding daripada syarikat hiburan, dan sebagainya)

Video Tutorial Online

Saya sendiri gemar mengikuti siri-siri video tutorial online untuk menambah ilmu kraf seperti knitting, crochet dan seni jahit kerana web series sebegini biasanya ringkas, padat dan yang paling penting sekali, boleh ditonton secara PERCUMA.   Yeay!  Tambahan lagi, biasanya kita boleh berinteraksi secara langsung dengan pembuat video tersebut, so bolehlah bertanya kalau ada yang saya tak faham.

Selain tutorial berbentuk video, saya juga minat menonton drama di internet. Di antara web series berbentuk drama yang saya ikuti pada masa kini adalah PETROL THE SERIES.

web series

PETROL The Series

Ia adalah drama ringkas yang dihasilkan di Toronto, Canada, oleh Ant Horasanli dan Reza Sholeh.  Sejak dapat lesen memandu ni (hahaha, seriously, baru setahun memandu!), saya menjadi lebih peka tentang skil yang diperlukan untuk speeding di jalanraya dan lebih memahami hakikat bahawa bukan mudah untuk membawa kenderaan di bawah 70 km/j apabila berada di jalan yang clear terutama sekali kalau sedang memandu kenderaan yang memang power.

Ia sememangnya suatu ‘cobaan’ yang sangat mencabar.

Jadi, sekiranya anda juga minat memandu laju atau suka menonton cerita yang memaparkan kenderaan mahal, mewah atau berkuasa tinggi, tak perlu speeding di jalanraya, speeding ja di minda dengan menonton drama bersiri web PETROL The Series secara percuma di sini.  Setakat ini, baru 2 episod diterbitkan dan episod seterusnya dijangka akan keluar pada 22 Julai 2016.

Selain memberi nilai hiburan, ia juga boleh dijadikan suatu bahan kajian dan pembelajaran oleh peminat seni filem yang ingin berkecimpung dalam dunia web series ini.

cars

Mungkin anda hairan bagaimana orang persendirian boleh membuat drama sebegini yang semestinya menelan kos yang lebih besar daripada web series biasa memandangkan ia melibatkan kenderaan-kenderaan power.  Sebenarnya, PETROL dapat dibuat secara persendirian kerana ia berjaya mendapat pembiayaan penuh daripada IPF (Independent Production Fund).

IPF adalah suatu badan yang memberikan sokongan kewangan kepada pengeluar drama (tv, web dan mobile platform) terpilih di Canada. Mungkin kerajaan Malaysia juga boleh menyediakan geran  sebegini bagi membantu meningkatkan taraf dan mutu drama bersiri web yang dibikin di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai PETROL, sila rujuk artikel terdahulu.

Happy viewing! 😀

About The Author

A fumbling, bumbling housewife and a mom of 5, who enjoys reading, cross stitching, watching tv, crocheting and trying her hands at other crafts. Her dream is to explore every nook and cranny of Malaysia in this lifetime. Learning to be a more conscientious, informed, open-minded and adventurous person, she is happy to share her thoughts on many subjects. She also writes at www.Precious-Crafts.Com

Zurainny Ismail

Leave a Comment

Like Our Facebook Page close[x]
Or wait 15 seconds