Harry Potter And The Deathly Hallows Part II

Harry Potter And The Deathly Hallows Part II

Hmmm… tak sabar rasanya nak menonton filem Harry Potter And The Deathly Hallows Part II yang merupakan kesudahan pada filem ini. Sejak dari tahun 2001 lagi, bermula dengan filem Harry Potter And The Sorcerer’s Stone, kami sekeluarga pasti akan menonton filem ini di panggung dan membeli video-video koleksi cerita ini. 😀

Filem-filem awal Harry Potter pula banyak membantu anak-anak saya menyebut perkataan-perkataan dari Bahasa Inggeris dengan betul walaupun kini sudah berkarat akibat dicampur adukkan dengan cerita-cerita dari Cartoon Network yang tak bagus itu.

Namun, yang pasti filem ini amat menarik dan sesuai untuk kanak-kanak.

Trailer Harry Potter And The Deathly Hallows Part II

Trailer bagi Harry Potter And The Deathly Hallows Part II telah pun keluar dan menyebabkan peminat-peminat filem ini resah keresahan.

Part 2 dijangkakan akan lebih hebat dan banyak aksi yang mana Harry akhirnya akan membuat perhitungan terakhir dengan Lord Voldemort.

Bagi mereka yang belum menyaksikan trailer Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2 , sila saksikan video di atas.

Enjoy…..

15 Comments

  1. wah..ramai peminat Harry potter ye, TE last tengok masa cite half blood prince kat panggung dgn kawan2, pegi 6 org, last2 TE dgn sorang lagi je tengok sampai habis, yg lain tu tak layan hehe

    transformers pun nak keluar dah, banyak pula sekuel, mr. bean pun ada sekuel, johny english

  2. sy fan of harry potter! ex-fan?
    makin lama makin “gelap” la crita dia; so sy dah lost interest
    hari tu dlm flight ada crita harry potter the deadly hollows part 1
    sy tgk awal2, 5-10 min je lps tu trus pegi tido haha

    1. Waaa… ni fan Harry time cute2 dan kecik dulu lah.. 😆
      Yup, mmg makin gelap citer dia sbb dia nak buat perhitungan terakhir dgn Lord Voldemort. Still, kawe msh enjoy… 😀
      Dila, awal sgt tu tido filem baru start 5 minit.. penat study kot?

  3. Setiap kali ada filem Harry Potter, setiap itu akan dapat sambutan dan perhatian. Semua macam ditarik-tarik nak ke pawagam 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Show Buttons
Hide Buttons