Pemain Gitar Terbaik Di Malaysia

jimi-hendrix
Gambar kredit: gizmodo.com

Pemain Gitar Terbaik Di Malaysia

Agak menarik apabila saya membaca rencana yang memaparkan senarai 10 pemain gitar terbaik sepanjang zaman. Ia dikompilasikan oleh majalah Rolling Stone menerusi pemilihan oleh panel yang terdiri dari otai-otai gitar termasyur di dunia.

10 Pemain Gitar Terbaik Di Dunia yang dipilih oleh panelis adalah:

  1. Jimi Hendrix
  2. Eric Clapton
  3. Jimmy Page
  4. Keith Richards
  5. Jeff Beck
  6. B.B. King
  7. Chuck Berry
  8. Eddie Van Halen
  9. Duane Allman
  10. Pete Townshend

Agak-agak jika majalah Mangga membuat senarai yang serupa buat pemain-pemain gitar di Malaysia, agak-agak siapa yang tersenarai? Dan siapa pula yang akan diundi sebagai Pemain Gitar Terbaik Di Malaysia?

Memilih pemain terbaik rasanya amat sukar dan ramai pengomen di rencana tersebut kurang berpuas hati dengan senarai Top 10 tersebut.

Mana pergi Joe Satriani, mendiang Stevie Ray Vaughn, Frank Zappa, Mark Knopfler dan lain-lain lagi?

Adakah mereka tidak cukup hebat sebagai pemain gitar berbanding dengan Jimmy Page, Keith Richards mahupun Jeff Beck?

>>> Pakej Belajar Main Gitar <<<

Apakah ukuran bagi pemain terbaik terutama bila mereka bermain dengan gaya yang berbeza?

Of course, tiada siapa yang akan pertikaikan pengaruh mendiang Jimmy Hendrix dan kehebatannya.

Namun, saya setuju dengan pendapat antara pengomen dalam rencana tersebut yang senarai itu adalah lebih sesuai bagi tujuan memilih pemain gitar paling berpengaruh sepanjang zaman.

Itu pun mungkin kurang tepat juga.

Cuma, lebih baik dari kita kata ia senarai pemain gitar terbaik dunia.

Jika anda di suruh buat undian, bagaimanakah senarai anda? Siapakah pemain gitar yang anda minati dulu, kini dan selamanya? πŸ˜€

Bagi feedback ya… seronok bila dengar pendapat anda semua tentang pemain gitar terbaik Di Malaysia.

44 Comments

  1. bagi 10 terbaik d atas mmg the legend sbb tiada dulu tiada skrg semua patterns scala gitar pemain skrg research kat gitaris senarai kat atas…dan mjdi idola mreka…bagi sya the legend skrg ni joe satriani,steve vai,yngwie j malmsteen,….n myabe gitarist thailand satu hr nnt blh jd legend jack thammarat…klu kat malaysia ni bagi saya versetyle genre musican sham kamikaze,shah slam…individual bagi saya arwah samad,mank kidal,hillary ang n joe wings…mmg ssh nak pilih sbb genre mrk brbeza…

  2. pemain gitar luar negara ni tak tau le sgt hehe..kalau pemain malaysia yang selalu tgk kat tv ..sham kamikaze, man kidal..shah slam..tak tau diorang terbaik ke tak sebab selalu keluar tv je πŸ™‚

  3. Kak Long suka Sham Kamikaze.
    Dulu ada gak belajar sikit-sikit main gitar, kalau tak mesti boleh masuk senarai. πŸ˜‰

  4. Salam DLSL (:
    lama tak singgah sini.
    Tajuk entri yang baik. Kalau untuk M’sia punya guitaris
    sy memillih Shah Slam (Sebab sy suka kump. Slam) ;P
    Tapi kalau untuk dunia terlalu banyak nak dimasukkan sbb terlalu banyak gutaris hebat2 dari group band bergenre punk rock (sbb sy layan punk rock) ;P
    Tak lupa juga gutaris dalam Jepang yang punya skill yang unik. Sbb stiap gutaris dorang ada style goreng mereka sendiri πŸ˜‰

    1. betul, lain stail, lain keistimewaannya…
      namun kawe setuju kalu dikatakan pemain2 gitar kita skrg pun hebat2 belaka..
      cuma showmanship jer masih kureeng kot πŸ˜€

  5. heeee.. aku bab muzik nih tak reti nak beri point saper paling
    bagus. Kebanyakkan hanya popular saja.

    Aku bila dgr petikan guitar tuh sodap, maka akan aku suka
    saperkah gerangannya.. Pemain guitar di Msia pun hebat..

  6. Saya berpendapat istilah ‘terbaik’ tu terlalu subjektif. Nama-nama yang dipetik tu saya beranggapan mungkin pemain gitar ‘terpopular’.

    Senarai pemain gitar terhebat di Malaysia dipernah dikeluarkan di majalah ROTTW pada masa dahulu (tahunnya saya dah lupa).

    1. ROTTW … lama tak baca tu ehhh… mmg patut pon mrk buat senarai..
      siapa yg tersenarai dulu? ada ingat sikit2?

      Btw, kalu dari segi popular maybe Steve Vai dan Yngwie Malmsteen pon tersenarai gak kot? πŸ˜€

        1. he he.. sorilah bro kawe tak masuk kalu bab main pakai banyak gitar.. with due respect, rasa mcm sarkis lak πŸ˜‰ soriii…
          Bagi kawe petikan tu yg penting dan bagi kawe EVH lah yg paling syok kawe dengar πŸ˜€ … still no disrespect to Sam… dia tu not bad really…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons