Pembalasan Dendam 47 Rōnin

Dalam masyarakat feudal Jepun, seorang Rōnin (浪人?) adalah bekas Samurai yang kehilangan ketuanya/tuan (master) akibat kematian atau ketuanya kehilangan kuasa atau keistimewaan (privilege). Oleh kerana tugas seorang Samurai adalah melindungi atau mempertahankan ketuanya, maka kehilangan ketua dianggap sesuatu yang memalukan.

Di bawah kod Samurai (Bushido Shoshinshu), bila berlaku situasi begini, Samurai seharusnya menjaga maruahnya dengan melakukan ‘seppuku‘ atau “hara kiri” iaitu satu ritual mengambil nyawa sendiri.

Mereka yang tidak melaksanakan kod ini adalah Rōnin yang dianggap memalukan diri sendiri.

Oleh itu, status Rōnin ini boleh dikira sebagai satu jenis diskriminasi yang diletakkan kepada Samurai yang kehilangan ketua atau tuannya itu.

Kisah 47 Ronin

Sejarah negara Jepun ada mencatatkan kisah tragis yang melibatkan bekas-bekas Samurai atau Rōnin ini. Yang paling diingati pastinya kisah yang berlaku awal abad ke-18, apabila 47 Rōnin menuntut bela atas kematian ketua mereka, Asano Naganori.

Ia merupakan sejarah yang diingati ramai kerana ia melibatkan banyak aspek penting dalam masyarakat Jepun termasuk  politik dan etika.

Kisah 47 Rōnin turut dikembangkan dan di fiksyenkan, lalu dikenali sebagai Chūshingura (忠臣蔵) yang mana cerita-cerita fiksyen yang berkait dengan insiden sebenar peristiwa tersebut itu dibukukan, dijadikan persembahan teater dan drama serta di filemkan.

Namun, apa yang penting dalam kisah 47 Rōnin ialah insiden yang membawa kepada kematian Asano dan pembelaan yang dibuat atas kematiannya.

Filem 47 Ronin arahan Carl Rinsch

Minggu lalu, saya berpeluang menonton filem ‘47 Ronin‘ arahan Carl Rinsch dan menampilkan Keanu Reeve sebagai watak utama.

Filem Hollywood ini walaupun berlatarkan sejarah 47 Rōnin di zaman feudal Jepun, namun ia jauh menyimpang dari sejarah sebenar.

Maka, tidak hairanlah ia mendapat kritikan yang hebat dari banyak pihak terutama mereka yang pentingkan aspek pemiliharaan fakta sejarah.

Bagi mereka yang sudah menonton ’47 Ronin’ di pawagam, suka saya terangkan di sini bahawa dalam kisah sebenar 47 Rōnin di abad ke-18, watak ‘Kai‘ lakonan Keanu Reeves TIDAK WUJUD.

Begitu juga watak ahli sihir wanita lakonan Rinko Kikuchi.

Manakala, Kira Kozukenosuke Yoshinaka pula tidaklah muda semasa kejadian tersebut, malahan lebih senior dari Asano Naganori.

Namun, untuk membuat filem ini lebih menarik, maka watak-watak ini diwujudkan dan cerita sebenar diubah serta ditokok tambahkan.

Pertelingkahan Asano Dan Kira

Yang sememangnya berlaku ialah wujudnya pertelingkahan antara Asano dan Kira yang menyebabkan Asano dimalukan dan menyerang Kira di Istana Shogun (Dalam filem di Istana Asano tetapi dengan hadirnya Shogun).

Selepas Asano diperintahkan untuk melakukan “hara kiri” bagi menjaga maruahnya, para Samurai yang dikepalai oleh Ôishi Kuranosuke menjadi Rōnin.

Seterusnya kisah bagaimana Ôishi mengetuai 47 orang Rōnin melakukan pembalasan dendam terhadap Kira diubah suai bagi memberi peluang pada watak Kai dalam filem berkembang dan menjadi hero utama.

Bagi mereka yang berminat dengan sejarah feudal Jepun dan kisah sebenar 47 Rōnin ini boleh membacanya dilaman web samurai-archives.com.

Ia menerangkan bagaimana Ôishi dan lain-lain bekas Samurai terpaksa menunggu selama setahun bagi membalas dendam dan strategi yang dijalankan oleh mereka.

arrow

Terdapat juga pendapat-pendapat penulis-penulis sejarah Jepun yang bercanggahan dalam soal hukuman, etika dan tindak tanduk Ôishi dan pengikut-pengikutnya.

Ia amat menarik sekali.

filem 47 ronin

Bagi mereka yang hanya mahukan hiburan sahaja, maka filem Hollywood arahan Carl Rinsch ini sebenarnya tidak menghampakan. Tolak tepi kesilapan-kesilapan yang samada disengajakan dari segi prop dan sebagainya, ia merupakan filem yang cukup bertenaga dan meninggalkan kesan mendalam.

Skrip dan lakon layar agak ringkas tetapi disampaikan dengan kemas dan berkesan.

CGI dan cinematografinya juga agak menarik dan mewujudkan susana yang mendebarkan sepanjang filem ditayangkan.

Begitu juga para pelakonnya: Hiroyuki Sanada (Ôishi), Min Tanaka (Asano), Tadanobu Asano (Kira) dan lain-lain lagi berjaya memberikan lakonan yang amat berkesan.

Manakala Kô Shibasaki (Mika) pula nampak menawan 😀

kô shibasaki 47 ronin

Bagi mereka yang belum menyaksikan filem ini, sila lah ke pawagam berhampiran dengan anda. Selami tradisi Samurai zaman feudal di Jepun dan berhibur aksi-aksi menarik dari pelakon-pelakon utamanya.

Selamat menonton!

– Pembalasan Dendam 47 Rōnin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons