Friday,28 April,2017

Review Filem Ghostbusters (2016) dan Star Trek Beyond

ghostbusters 2016

Ghostbusters (2016) sangat kelakar!  Itulah review saya sejujurnya.  Kebencian melampau yang diluahkan di twitter, youtube dan sebagainya kemungkinan besar telah membantu menaikkan populariti filem tersebut.  Tetapi bagi peminat tegar Ghostbusters asal, baik jangan tengok kalau sukar mengawal perasaan benci atau marah.

Secara peribadi, saya mengalu-alukan reboot dengan syarat ia dibuat dengan teliti dan menghormati cerita asal.  Reboot yang baik berupaya memberi nafas baru kepada sesebuah filem dan memberi peluang kepada generasi baru untuk menghayati jalan cerita yang ingin diketengahkan.

Reboot yang baik juga boleh membuat penonton terbuka hati untuk menonton filem asal.

Ghostbusters (2016)

Kekuatan filem Ghostbusters (2016) banyak dipengaruhi oleh gandingan mantap keempat-empat orang pelakon wanita – Kristen Wiig, Melissa McCarthy, Kate McKinnon dan Leslie Jones.  Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dan saling melengkapkan jalan cerita filem tersebut.

Bagi saya, mereka berjaya menghasilkan filem Ghostbuster yang boleh berdiri sendiri dan tidak perlu dibandingkan dengan filem Ghostbusters yang terdahulu.

Sememangnya amat sukar bagi wanita memegang watak utama dalam filem komedi dan jika ada pula, selalunya mesti dibantu oleh pelakon lelaki.  Terus terang saya akui, wanita lebih serius daripada lelaki dan sukar buat lawak, sebab itu pelawak di Malaysia juga hampir kesemuanya lelaki.

Namun dalam filem Ghostbusters ini, mereka bukan sahaja berjaya membuat penonton ketawa tetapi juga berjaya membawa watak sebagai hero wanita/heroin yang serba boleh, berani dan seronok dilihat.  Unsur komedi yang diketengahkan bukan slapstick semata-mata tetapi disulami dengan dialog humour yang bijak dan dihiasi dengan Chris Hemsworth sebagai Kevin yang tampan tetapi blur melampau.

Slimer

Cameo Pelakon Asal Ghostbusters

Kehadiran cameo pelakon-pelakon utama filem Ghostbusters asal iaitu Bill Murray (Peter Venkman), Annie Potts (Janine), Ernie Hudson (Winston Zeddmore), Dan Akroyd (Ray Stantz), Sigourney Weaver (Dana) dan Slimer (hantu hijau) memang sangat diharapkan.  Walaupun Harold Ramis (Egon Spengler ) telah meninggal dunia tetapi patung wajahnya hadir di dalam filem tersebut.  Cuma Rick Moranis sahaja yang tiada.

Banyak filem yang mampu membuat saya ketawa, tetapi hanya beberapa filem sahaja yang berupaya membuat saya ketawa lagi selepas menonton kali kedua atau ketiga iaitu Hantu Kak Limah (ketawa hingga mengalir air mata), Kung Fu Panda (ketawa hingga sakit perut) dan Enchanted (ketawa sampai penat).  Filem Ghostbusters telah membuat saya ketawa seolah-olah saya menonton seorang diri di rumah – ketawa tanpa segan silu.  Jarang sekali filem komedi yang dibarisi oleh kaum wanita berjaya membuat saya ingin menonton sekali lagi – Ghostbusters membuktikan bahawa wanita juga boleh membawa watak komedi di dalam filem.

special effect

Special effects yang dipaparkan tidak dapat menandingi chemistry di antara watak-watak utama.  Special mention di sini untuk Kate McKinnon sebagai Jillian Holtzmann.  Wajahnya macam pernah nampak, tetapi entah di filem apa.  Sungguhpun tidak popular, lakonannya amat menarik hati dan dia membuatkan watak Jillian seorang yang anyone would want to have as a friend.

Star Trek Beyond

Manakala Star Trek bagi saya jalan ceritanya kurang menarik jika dibandingkan dengan filem Star Trek dan Star Trek Into Darkness.  Ia bukannya teruk, cuma not as entertaining as Star Trek (2009) dan not as exciting as Star Trek Into Darkness (2013).

Namun begitu, sebagai peminat siri Star Trek (dari siri klasik tv Star Trek, Captain James T Kirk hinggalah ke siri tv Star Trek Enterprise Captain Picard dan filem-filemnya yang sering dicemuh sebagai ‘a copy of a copy of a copy’), saya akan sentiasa setia mengikuti perjalanan pengembaraan kapal Starship Enterprise walau betapa teruk pun ia dicemuh.

Pendek kata, dari segi entertainment value di hujung minggu, saya memilih Ghostbusters untuk tontonan seisi keluarga dan untuk mengurangkan stress.  Tonton sehingga habis credit roll ya kerana terdapat clue berkenaan cerita seterusnya, Ghostbusters 2.  Jika tidak sempat menonton di panggung, jangan risau, nantikan tayangannya di Astro Best.

This Article Was Written By

A fumbling, bumbling housewife and a mom of 5, who enjoys reading, cross stitching, watching tv, crocheting and trying her hands at other crafts. Her dream is to explore every nook and cranny of Malaysia in this lifetime. Learning to be a more conscientious, informed, open-minded and adventurous person, she is happy to share her thoughts on many subjects. She also writes at www.Precious-Crafts.Com

Zurainny Ismail

Leave a Comment

  • imnajmi Reply

    Nonstop ramai yang membahan filem ini sebab guna watak perempuan huhu, especially penonton dari barat, depa agak sukar menerima watak perempuan huhu, tulanya sebab kot filem ni cukup2 kutipan balik modal, dan rating imdb hanya 5.2

    December 27, 2016, 5:05 pm
    • Zurainny Ismail Reply

      Betul tu – kutipan x cukup memberangsangkan that’s why sequel mcm x jadi, tapi animated series ja yg akan keluar.

      December 28, 2016, 1:48 am
  • izwan Reply

    team star trek! ghostbuster tu untuk santai dengan keluarga mungkin sesuailah

    September 28, 2016, 2:27 pm
  • nikkhazami Reply

    tak tengok lagi filem ni.. tapi ramai cakap kelakar

    August 16, 2016, 5:00 am
    • Zurainny Ismail Reply

      Mmg kelakar…kalau masi ada di pawagam berhampiran, pi la tengok Ghostbusters hujung minggu ni.

      August 17, 2016, 6:11 am
  • akubiomed Reply

    Rasa janggal bila watak wanita diangkat menjadi hero didalam filem Ghosbuster.

    August 11, 2016, 9:46 am
    • Zurainny Ismail Reply

      Hihihi…kadang2 mmg memerlukan masa utk menerima sesuatu perkara baru atau perubahan. Kalau Ghostbusters 2 keluar nanti, dah x janggal lg tu.

      August 12, 2016, 1:58 am
Like Our Facebook Page close[x]
Or wait 15 seconds