Saya, Netflix dan Amazon Prime Video

Netflix Amazon Video

Saya meminati movie dan siri tv. Kalau bukan di pawagam, saya menonton melalui saluran streaming providers berbayar seperti iFlix, Netflix dan Amazon PrimeVideo. Buat masa ini, langganan percuma iFlix telah tamat dan belum diperbaharui lagi. Saya tunggu promosi kaw-kaw, baru melanggan semula. Sementara ini saya cuma melanggan saluran Netflix dan Amazon PrimeVideo. Seperti yang saya nyatakan dalam artikel dahulu, kebaikan melanggan dengan iFlix, antaranya, adalah jumlah gadget yang dibenarkan untuk streaming serentak dan harga langganan yang sangat rendah.

iFlix – saluran bajet untuk seisi keluarga!

Dan iFlix menayangkan ‘Medici : Masters of Florence’, salah satu siri tv kegemaran saya. Kalau iFlix boleh tayangkan ‘The Young Pope‘ lagi best!

Netflix

Netflix pula saya langgan secara bayaran bulanan RM33. Untuk plan RM33, cuma boleh stream pada 1 skrin/gadget pada 1 masa – kecuali jika telah dimuat turun dahulu.  Maka itu, kami bergilir-gilir download pada gadget masing-masing dan kemudian tonton. Dengan cara ini, lebih dari 1 siri boleh ditonton serentak.   Tapi, kadangkala sangkut juga – Netflix pun lagi bijak!  Btw, Netflix ni macam tau-tau ja yang saya mencari wayang ‘Friends with Benefits‘, tiba-tiba saja movie itu muncul! So, thanks Netflix!

netflix

Buat masa ini, saya sedang menghabiskan siri ‘Mad Men‘ – berlatarkan era 60-an dan berkisar tentang kehidupan para eksekutif di sebuah firma pengiklanan. Mula-mula saya meluat juga dengan watak utama (suami yang curang) tapi entahlah, mungkin saya tertarik dengan proses pemikiran mereka dalam menghasilkan iklan. Atau mungkin sebab saya mengharap si suami itu akan menerima balasan setimpal dan merana….hihihi

Dua bulan lepas, oleh kerana boring semasa outstation, saya cari ‘Gods of America‘, terjumpa pula Amazon Prime Video. Mendaftar untuk Trial seminggu, dan terus menonton ‘Gods of America‘ semasa lunch break di ofis.  Pada mulanya saya fikir hendak cancel sebab ‘Gods of America‘ kurang menyengat, tetapi ter’click‘ pula siri Goliath – Billy Bob Thornton, terus terjerat!



Amazon Prime Video

Goliath mempersembahkan pelbagai soalan dan misteri dari episod pertama lagi dan ia juga dipenuhi dengan watak-watak yang menarik, termasuklah ‘stray pet‘ yang muncul di awal episod pertama. Hanya USD2.99 sebulan, selama tempoh promosi 6 bulan – saya rasa memang berbaloi. Pada pendapat saya, siri ‘Preacher‘ yang ditayangkan di Amazon Prime Video juga sangat menarik.  Selain itu, saya juga ter-tonton kembali siri ‘Damages‘ lakonan Glenn Close yang dulu pernah ditayangkan di ASTRO.

Amazon Prime Video

Cuma, Prime Video ini selalu bermasalah apabila saya hendak download cerita untuk ditonton offline. Entahlah kenapa… So, selalunya cuma tonton di rumah saja. Dari segi filem, Prime Video kalah teruk dengan iFlix, apalagi kalau dibanding dengan Netflix! Satu lagi siri yang menghiburkan adalah ‘The Tick’.  Premis cerita ‘The Tick’ agak selari dengan siri anime ‘My Hero Academia’. Ramai remaja yang suka cerita sebegini. Heronya bukan super-power hebat tetapi insan yang mempunyai banyak kekurangan.

Sekarang saya sedang mencari streaming provider untuk Game of Thrones Season 7. Belum jumpa lagi.  Saya adalah peminat buku Games of Thrones (GOT), A Song of Ice and Fire. Mulanya memang berhasrat untuk tidak menonton siri tv season 2 dan seterusnya, tapi apa boleh buat, aku insan yang lemah….terjebak! Masalahnya, ia cuma ditayangkan di HBO dan HBO hanya ada di ASTRO.

Maaf ya, jangan suruh saya melanggan dengan ASTRO. Selagi ASTRO masih berkeras untuk memaksa pelanggan membayar pakej-pakej yang pelanggan tak perlu, saya tidak akan melanggan ASTRO. Dulu lain sekarang lain lah katakan…

Game of Thrones

Kesimpulannya, kalau inginkan kelainan, boleh cuba Amazon Prime Video pula. By the way, ada sesiapa yang tahu di mana boleh stream musim terbaru Game of Thrones?

2 Comments

  1. Saya pun tiada astro di rumah, saya rasa astro mengambil kesempatan terhadap penggunanya … dan saya jimat hampir rm150 sebulan tanpa astro ..yeah! Lepas ni saya nak cuba netflix, mcm best pula …

    1. Mmg best Mrs Pip & sebenarnya ada byk lg pilihan lain (tv box, etc) tapi kakak x rajin utk mcari. Stkt ni Netflix pun kira ok – ada byk crita2 best mcm Outlander, Designated Survivor, Elementary, dll. Try la…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons