\"\"
Thursday,17 August,2017

Spectre Atau Mockingjay Part 2

spectre

Bagi yang sama sekali belum pernah menonton filem James Bond (where have you been hiding?) – ia berkisar tentang aktiviti cemas dan lasak oleh seorang perisik British yang hensem dan segak dalam misi menyelamatkan dunia.  Di akhir cerita, Bond ni sentiasa menang dan dapat memikat hati seorang jelitawan.  Always like that, basic-nya sentiasa predictable walaupun prosesnya berbeza-beza sedikit.

So why, selepas dah berdekad-dekad berlalu dan berpuluh-puluh filem James Bond yang lebih kurang sama jalan ceritanya, orang tetap nak tengok wayang ni? 

Bukan setakat tengok ja, box office lagi tu.

Siapa yang tahu kenapa movie Bond ni masih terus bertahan, tolong jawab ya, sebab saya sendiri pun tak faham walaupun saya tak pernah miss 1 filem James Bond sejak dah mencapai umur dewasa.

head scratch

Of all the James Bond movies that I’ve watched, favourites saya adalah Casino Royale dan Skyfall.  Dan selepas berdekad-dekad tengok filem James Bond, saya rasa Spectre mungkin Bond terakhir yang saya tengok sebab saya dah tak boleh telan aksi ‘Playboy‘ Bond…

bond-girl.jpg

No lah, saya rasa saya akan tetap tengok dengan harapan Bond berubah, sebab setakat ni graf cerita Bond ni macam naik (Casino Royale), turun (Quantum of Solace), naik balik (Skyfall) dan turun semula (Spectre).

So who knows, filem Bond selepas ni mungkin lebih best?

Tapi terus terang saya katakan, The Man From UNCLE (2015) jauh lebih best sebab chemistry di antara para pelakon utama.

Dalam Casino Royale, kita dapat lihat kekuatan mental Bond semasa disiksa, sense of humour dan intelek Bond semasa ‘sparring‘ kata-kata dengan M dan Vesper Lynd dan kemudian kasih Bond terhadap Vesper.  Begitu juga dengan sifat keibuan M terhadap Bond.  Dan dalam Quantum of  Solace, kualiti tersebut bukan sahaja tidak dikembangkan malah jalan cerita juga kurang kemas.

Selepas itu, Skyfall pula terlalu istimewa sehinggakan Spectre kelihatan suram apabila dibandingkan dengannya.  Di dalam Skyfall kita dihidangkan dengan realiti usia Bond yang semakin meningkat dan ikatan yang begitu kukuh antara Bond dengan M – seperti anak dengan ibu.

Spectre bukan teruk, cuma terlalu regular, that’s all.

Mockingjay 2

As for Mockingjay Part 2, walaupun kesemua buku The Hunger Games sudah saya baca dan tahu watak mana yang akan mati, saya tetap tidak melepaskan peluang menonton kesemua filem The Hunger Games.  Saya suka melihat dan membandingkan imaginasi saya dengan imaginasi pembuat filem dalam menginterpretasi buku tersebut.  Bukan mudah untuk mengadaptasi buku ke layar perak.  Tengok saja cerita Game of Thrones – setiap buku memerlukan sekurang-kurangnya 10 episod, itupun selepas banyak watak ditinggalkan.

Rasanya, sesiapa yang telah menonton 3 filem The Hunger Games sebelum ini, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton Mockingjay Part 2. 

All I can say is, Mockingjay Part 2 ini tidak membosankan dan para pelakon juga memang hebat-hebat belaka.  Walau bagaimanapun, encik hubby dan anak sulung kami (yang lain tak minat untuk tengok) rasa Mockingjay kali ini banyak meninggalkan persoalan yang menggigit perasaan mereka. Hmm…Like father like son.

Sayu juga melihat lakonan terakhir mendiang Philip Seymour Hoffman sebagai Plutarch Heavensbee.  Ending-nya memuaskan hati dan for sure, saya akan menonton filem ini sekali lagi jika ia ditayangkan di Astro First/Best.

thumbs up

Kepada para pembaca blog ini, masih ada masa untuk menyertai Giveaway DLSL yang akan berakhir pada 6 Disember 2015.  Jangan lepaskan peluang ya sebab bukan selalu DLSL buat Giveaway…:D Syaratnya mudah saja, hanya perlu Like dan Follow FB page dululainsekaranglain.com dan Human Nature Malaysia serta Share Giveaway ini pada laman sosial anda.  Untuk maklumat lanjut sila klik sini.

keep-calm-and-join-the-giveaway-2-2

May the odds be ever in your favour! 😀

This Article Was Written By

A fumbling, bumbling housewife and a mom of 5, who enjoys reading, cross stitching, watching tv, crocheting and trying her hands at other crafts. Her dream is to explore every nook and cranny of Malaysia in this lifetime. Learning to be a more conscientious, informed, open-minded and adventurous person, she is happy to share her thoughts on many subjects. She also writes at www.Precious-Crafts.Com

Zurainny Ismail

Leave a Comment

  • Ahmad Reply

    saya lebih menyukai film film james bond yang terdahulu…………….

    December 5, 2016, 11:59 pm
    • Zurainny Ismail Reply

      Filem yg mn satu tu ya – yg Sean Connery atau Pierce Brosnan?

      December 20, 2016, 4:05 am
  • Sync Reply

    james bond bertukar tukar heronya 🙂

    December 11, 2015, 7:41 am
    • Zurainny Ismail Reply

      Ya, terpaksa tukar supaya sentiasa boleh melakukan aksi lasak. 😀

      December 20, 2016, 4:03 am
  • James Koo Reply

    Spectre makes sleepy in the cinema….nothing interest me 🙁 havnt watch mocking jay yet haha

    December 5, 2015, 12:36 pm
    • Zurainny Ismail Reply

      Hahaha….actually, I dozed off twice, and missed more than a few minutes of the fight scenes.

      December 5, 2015, 10:29 pm