Tak Seindah Wajah – Tan Sri S.M Salim

sm salim

Antara lagu yang popular dendangan seniman lagenda, Tan Sri SM Salim adalah lagu ‘Tak Seindah Wajah‘. Dengan melodi yang syahdu dan dibantu dengan suara lunak Tan Sri, tak hairanlah lagu ini amat popular satu ketika dahulu. Namun, yang paling kami suka tentang lagu ini adalah lirik nya yang puitis dengan bait-bait yang penuh seribu makna dengan pengajaran dan peringatan.

Sesuai dengan peredaran zaman ini. Malah agak relevan dalam kehidupan kita masa kini.

Lirik Lagu Tak Seindah Wajah

Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir

Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban

Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda

Di harap anda semua terhibur dengan lagu dari video di atas. Akhir kata, ambil ingatan dari lirik lagu ini. Di pentas dunia insan berpura. Berhati-hati dalam segala tindakan anda. Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata. Di manis kata insan terlena, Kerana budi hamba terkorban.

Penuhkan diri dengan ilmu agar tidak mudah terpedaya. Tipu dan daya pencapai maksud. Budi dan harta merangkum noda.

Selamat malam semua…

3 Comments

  1. Saya percaya penulis lirik lagu ini adalah saudara Ibrahim Bachik? Sepatutnya kata penghargaan (acknowledgement) diberi kepadanya dahulu sebelum kita mengulas dan menghayati keindahan hasil ciptaannya. Apa pun, satu pengulasan yg sangat baik dan bernas. Syabas!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Show Buttons
Hide Buttons