Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2

Harry-Potter-and-the-Deathly-Hallows-Part-2

Jika dulu saya terpaksa menahan gelora melihat seorang rakan menonton filem Transformers terlebih dahulu dari saya, kini saya mengorak langkah awal untuk menyaksikan kesudahan filem Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2 yang baru sahaja memasuki pawagam-pawagam di seluruh negara.

Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2 Ticket

Ulasan bagi filem Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2?

Rasanya sinopsis tidaklah boleh saya tulis di sini kerana takut-takut ada yang merancang hendak pergi menonton filem ini, maka saya tidaklah mahu menarik rasa suspens anda semua. Namun secara amnya, saya beri ‘two thumbs up’ untuk filem ini.

Amat menarik dan menghiburkan . Hanya bahagian akhirnya sahaja yang agak kurang menarik pada pendapat saya. Mungkin pengarah sudah kehabisan idea bila tiba di saat ini atau mungkin bagi dia itu yang sesuai.

Harry Potter And The Deathly Hallows

Seperti yang anda semua sedia maklum filem-filem Harry Potter yang dimainkan di pawagam adalah dari adaptasi buku yang di tulis oleh penulis buku British, J.K Rowling. Terdapat tujuh buah buku Harry Potter yang semuanya telah dijelmakan dalam bentuk filem oleh produser di Hollywood.

The Deathly Hallows merupakan dari buku yang ketujuh dan bagi memastikan kualiti yang baik (dan memaksimakan untung), ia telah dibuat dalam dua episod filem – The Deathly Hallows Part 1 dan The Deathly Hallows 2. Bahagian yang pertama (Part 1) telah pun di tayangkan pada umum pada tahun lalu.

Buku Harry Potter yang pertama yang dihasilkan oleh J.K Rowling yang bertajuk Harry Potter And The Sorcerer’s Stone telah dikeluarkan pada 30hb Jun 1997. Ia telah menjadi satu fenomena diseluruh dunia dan terjual lebih 450 juta salinan. Ia telah dialih bahasa kepada 67 bahasa di seluruh dunia. Hebat bukan? Dan yang menariknya manuscript buku ini telah di TOLAK oleh 8 buah penerbit buku sebelum ia berjaya dipasarkan!

Ternyata Rowling tidak pernah putus asa untuk menerbitkan buku itu dan mencuba sehingga beliau TIDAK KECUNDANG LAGI!

Seterusnya Rowling menerbitkan pula Harry Potter And The Chamber Of Secrets (1998), Harry Potter And The Prisoner Of Azkaban (1999), Harry Potter And The Goblet Of Fire (2000), Harry Potter And The Order Of The Phoenix (2003), Harry Potter And The Half-Blood Prince (2005), Harry Potter And The Deathly Hallows (2007).

Buku Harry Potter And The Deathly Hallows telah berjaya dijual sebanyak 11 juta salinan dalam tempoh 24 jam dikeluarkan!

Satu rekod baru!

Seperti yang disebut di atas buku ini kemudiannya di adaptasikan ke layar perak pula apabila J.K Rowling menjual hak penerbitan filem pada Warner Bros pada tahun 1998. Pada penghujung tahun 2001, Harry Potter and the Sorcerer’s Stone muncul menemui peminat-peminat buku ini di pawagam-pawagam di serata dunia. Ia juga menjadi filem yang diminati oleh anak sulung saya baru berumur 3 tahun ketika itu.

Kami sekeluarga terus mengikuti semua filem-filem Harry Potter yang lain sehinggalah yang terakhir ini –Β Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2.

Secara keseluruhannya Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2 Β memang amat menarik biarpun seperti filem-filem Harry Potter yang diadaptasi sebelum ini, ia tidak mengikuti keseluruhan cerita yang ditulis dalam buku tersebut.

Pengarah, David Yates membuat beberapa pindaan bagi mencantikkan lagi filem ini bila berada dilayar perak.

Seperti yang dinyatakan diatas, masaalahnya cuma pada pada penghujung filem yang anti-climax ny`a terlalu menjunam bila kematian You Know Who disambut dengan suasana sunyi dan ia kekal mendatar bila ditamatkan dengan adegan 19 tahun akan datang. Namun dari segi jalan cerita, skrip, lakonan, special effect dan sebagainya, ia amat menarik dan memuaskan.

Yang belum tengok, sila pergi ke pawagam yang berdekatan. Ok? πŸ˜€

– Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2

21 Comments

  1. aduhaii.. sebenarnya harry potter ini maza tak terikut..
    lagipun maza tak boleh nak telan dan lumat secara langsung.. heheheh

    apa2hal pun tahniah abg mail kerana dah tengok filem itew…

    next filem utk maza would be Captain America.. ahaks. nostalgia kanak2 terpaut kembali.. hahahha

    1. ok.. jom kita race sapa pi tgk captain america dulu….. Mcm biasa, bukti tiket dan blog entry diperlukan.. πŸ˜€

  2. Kak Long memang tak mengikuti sangat Harry Potter ni, tapi anak yang besar tu dah sibuk nak tengok.

  3. Dah tengok semalam, encik hubby amik cuti juga semalam..hihihihtapi kitaorang amawl sikit la, jam 1.30pm..hihihih

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons