Sebenarnya, hati saya berat untuk menonton cerita Spiderman ni (dah penat tengok 4 movie Spiderman dan phobia Spiderman 3 masih terasa) tapi atas permintaan anak-anak, saya pun pergi la sebab husband lagi tak sanggup tengok. Filem yang dibintangi oleh Andrew Garfield dan Emma Stone ini berkisar tentang kehidupan Peter Parker setelah ketiadaan pakciknya (Uncle Ben) yang mati dibunuh dalam The Amazing Spiderman yang pertama (2012).
The Amazing Spiderman 2
Kisah bermula dengan peristiwa silam iaitu misteri berkenaan bapa Peter, diikuti dengan aksi-aksi Spiderman dalam menjalankan tugas-tugasnya sebagai penyelamat orang awam serta cabaran-cabaran yang dihadapinya. Seteru Spiderman kali ini ialah Electro dan Green Coblin. Pengenalan dan pengembangan watak mereka tidak dilakukan dengan baik.
Saya sempat juga terlelap selama beberapa saat semasa beberapa adegan yang teramat lembap.
Percintaan Peter Parker-Gwen Stacy
Percintaan (on-off) Peter Parker dengan Gwen Stacy juga mendominasi filem ini dan sebagai seorang wanita saya sangat kesian tengok penderitaan pasangan ini apabila terpaksa berpisah dan ‘chemistry‘ di antara Andrew dengan Emma memang sangat cun. Sayang sekali, dialog yang hambar dan kelemahan penceritaan benar-benar menyiksa perasaan saya semasa di dalam pawagam. Walau bagaimanapun, terdapat juga aksi-aksi stunt yang menarik perhatian dan kesemua pelakon utama telah menunjukkan lakonan yang mantap.
Bagi saya The Amazing Spiderman 2 adalah sebuah cerita sedih yang menimbulkan lebih banyak persoalan. Jangan mengharapkan gelak ketawa, keceriaan dan ‘happy ending’ apabila menonton wayang ini.
– The Amazing Spiderman 2 – Kelat
akubiomed
Tunggu ia disiarkan di Astro. Lambat sedikit. 🙂
zik
belum tengok lagi.. tapi dah tahu ending dia.. hehe … nak buat macam mana…
suri
saya suka tengok part banyak sedih, kekeluargaan dan kepercayaan dan kecintaan. biasalah setia orang banyak buah pendapat yang berbeda.
pst..anak -anak bawa aja apa cerita depa memeh suka sahaja
titan
demm.. tak dan nak tengok. sibuk benar sekarang nih.
onlajer
i say macam mana girl friend spiderman boleh mati
zara
yang first haritu xsedar pun bila keluar..tengok kat astro je..saya lebih suka cerita spiderman yang sebelum-sebelum ni..
Faizal Nizam
Tak sempat tengok. Ada lagi ke kat wayang?
Ismail N
Rasanya ada lagi kot..
Tukang Kebun
Oh yang The Amazing Spiderman punya movies belum pernah tengok lagi. Sejak ada anak-anak belum berkesempatan pergi ke movie theater.
Ismail N
adehh.. bawa lah anak sama ke tengok Spiderman 😀