Friday,23 June,2017

Tonton Maharaja Lawak Mega 2017 Live

Maharaja Lawak Mega 2017
Setiap hari jumaat, jam 10 malam pastinya ramai yang ternanti-nantikan rancangan Maharaja Lawak Mega 2017. Yang ada Astro, boleh tonton secara live menerusi saluran Astro Gempak. Yang tiada, tidak perlu susah hati kerana masih boleh tonton menerusi ‘live stream‘ di laman-laman web tertentu dan Facebook. Kata kunci ‘pencuri movie‘. 😀

Maharaja Lawak Mega

Rancangan Maharaja Lawak Mega ini kali pertama diperkenalkan Astro pada tahun 2011 dan terbit dari program Raja Lawak dan Maharaja Lawak. Ia menampilkan otai-otai lawak dan bekas-bekas juara/finalis Raja Lawak dan Maharaja Lawak. Edisi pertama dimenangi oleh Osbon yang terdiri dari Mr. Os dan Abon, dua pelawak senior tanahair.

Edisi-edisi berikutnya menampilkan juara-juara baru seperti:

  • Jozan (2012),
  • Sepahtu (2013),
  • Zero (2014), dan
  • Bocey (2016).

Tiada Maharaja Lawak Mega bagi tahun 2015 atas sebab tertentu. Namun, sejak ia kembali pada tahun 2016, rancangan ini kembali hangat dan menarik perhatian ramai.

Format rancangan adalah mudah dan juara adalah dipilih menerusi undi ‘sms’penonton. Kritikan dari juri-juri adalah penting dan mampu mempengaruhi undian penonton. Selain dari itu, kehadiran Dato’ AC Mizal turut menyerikan rancangan dengan kemampuannya sebagai pengacara tidak dipertikaikan lagi.

Maharaja Lawak Mega 2017

Untuk tahun 2017, para peserta perlu melalui pelbagi cabaran selama 10 minggu untuk ke final. Amat menarik kerana bekas-bekas juara Bocey dan Zero masih lagi dalam persaingan. Kedua-duanya berpeluang menempa sejarah untuk menjadi peserta pertama memenangi rancangan ini sebanyak dua kali. Setakat ini mereka telah memberikan persembahan yang amat mantap dan merupakan calon-calon utama untuk menjadi juara.

Siapakah pilihan anda?

Sudikan-sudikan berikan pendapat anda dipetak komen di bawah.

Terima kasih.

This Article Was Written By

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N

Leave a Comment

Like Our Facebook Page close[x]
Or wait 15 seconds