Transformers Dark of The Moon – A Honest Review!

transformers-dark-of-the-moon-movie

Selepas menanti sekian lama, saya rasa saya agak kecewa dengan filem Transformers Dark of The Moon (rated PG-13 !!!) .

Saya tak benci dengan filem tu, cuma tidak berpuas hati dengan cara pengarah mengolah filem tersebut dan saya rasa ramai yang bersetuju dengan saya.

Satu perkara yang paling saya tidak puas hati adalah exploitasi wanita, dalam filem ini, pelakon Rosie Huntington-Whiteley yang ditonjolkan sebagai simbol seks (menggantikan Megan Fox) sepanjang filem ini.

Rosie Huntington-Whiteley

Saya tahulah Rosie Huntington-Whiteley itu bekas model Victoria’s Secret, namun takkan lah kamera perlu zoom hingga ke seluar dalam jarang dia tu. Saya bawa anak-anak dan anak sulung tu baru nak masuk zaman teenagers.

Tak bagus lah bila banyak adegan 18SX dalam filem macam ini.

Transformers-3-Dark-of-the-Moon

Seperti yang saya sebut sebelum ini, cerita ini agak “predictable”. Sebaik sahaja flash back menunjukkan Sentinel Prime lari bersama kapal Autobots dari Cybertron, saya sudah boleh agak apa yang berlaku seterusnya. Seperti Epps, saya juga tidak puas hati bila, robot-robot yang nampak hebat dan cool adalah Decepticons! Kasi lah Autobots yang menarik sikit ehhh!

Ini Wreckers nampak OK tetapi tak cukup cantek dan brutal lah!

Cuma jangan brutal sangat macam robot Decepticons yang macam Predators! tu udah ler. 😀

CGI Dan Audio

Dari segi lain-lain memang puas hatilah. CGI dan audio memang hebat! Bab ni memang Michael Bay champion! Tak boleh lawan dia. 😉

Untuk adegan GANAS pula apa nak buat, walaupun saya tidak berapa suka, namun ramai orang Malaysia suka. Kalau tidak, takkanlah filem KL Gangsters yang brutal dan sadis tu boleh pecahkan rekod box-office Malaysia.

Hmmm.. makin kasar orang Malaysia rupanya.

Next entri, saya akan tulis pasal ni … tungguuuuu….

KFC-Transformers-Toys-2

Sebagai warm up, kami lepak di KFC dulu. Kalau ambil Kids Meal ada MAINAN TRANSFORMERS PERCUMA! Kami dapat Starscream.

Yang tidak seronoknya, mainan tu pula tidak boleh transform… Aduhhh…

– Transformers Dark of The Moon – A Honest Review!

32 Comments

  1. Nasib baik tak tengok citer ni kat panggung. Kalau tak, dapat dosa free sebab ajak anak-anak tengok zina mata….. Tambahan pulak anak-anak SM baru 3 dan 4 tahun…. benda-benda macam ni memang cepat masuk dalam pemikiran diorang nih….

  2. wakakaka.. akhirnya, akhirnyaaaa… sampai gak ke panggung ya.. hahahaha

    psst: maza makan KFC dapat Bumblebee yg tak boleh transforms juga.. yg boleh autobot, roll out! hahahha

    psst: abg mail lepas ni layan Cinta 3,2,1… dari MIG, apa mcm?

    hahahhaha

  3. Aku belum tengok lagi.. Tapi lakonan megan fox keanyaknnya seksi2 macam filem blood apa tah aku pun dah lupa..he3

  4. bab seksi meksi tu kalau TE tengok dgn adik2 pun segan, dahla adik semua perempuan,

    biasala bro, yg jahat memang nampak cool, sebab tu filem sekarang walaupun cuba nak tonjolkan kebenaran, tapi dalam masa yg sama menaikkan watak jahat

    1. kawe rasa nak tutup jer mata budak2 tu bila si Rosie muncul he he.. 😀 Apa leh buat zaman dah melalut… Kena2 pandai jer la monitor dan explain sama kanak-kanak.. Nak sekat diaorg sampai bila? One day kalu pi belajar .. tinggalkan ibubapa gak… 🙁

      1. methodnya simple je bro, cuma nak melaksanakannya banyak cabaran, method ni dah diajar dalam al-Quran, ia ada diajar melalui pesanan Nabi Yaakob dan Nabi Ibrahim tentang agama yang bakal dianuti anak2 jika mereka pergi (berpesan untuk berpegang pada agama)

  5. Watak perempuan tu kadang2 macam sengaja diseksikan…dalam keadaan cemas pun, masih sempat buat aksi mengoda…atau kamera sempat fokus kat bibir dia yang ala-ala seksi gitu….

      1. Entah lah wujud ke tak watak cewek tu di mata dia..hahaha…rasanya dia masih setia dengan megan fox..hihih

  6. haha kalau gini gaya, aku tunggu CD je lah wakakaa..
    pasal siri 2 pun aku tengok CD jugak, tak best sangatlah..

      1. bagi kaki dvd, menonton dvd berformat HD depan home theater mungkin sudah cukup menggembirakan hehe..tapi tengok keadaanla, TE setuju filem mcm ni tengok wayang memang lebih besar keseronokannya

    1. Sori bro, bukan mahu kasi potong mood. Ni cuma peringatan buat ibubapa yg nak bawa anak-anak menonton filem ini. 18sx bro bukan 13PG he he…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Show Buttons
Hide Buttons