Tuesday,28 February,2017

Online Movie Tickets : Review La La Land vs Arrival

Online movie tickets

Online movie tickets bukan sahaja memberi kemudahan membeli tiket kepada movie-goers seperti ‘moi’ (hahaha, perkatan French yang bermaksud ‘saya’), tetapi juga kemudahan lain seperti yang akan saya kongsikan di bawah ini. Namun, untuk 2 filem yang akan saya review di sini, La La Land vs Arrival, saya terlalu lambat membuat keputusan maka terpaksalah beratur membeli tiket di kaunter GSC 1Borneo dan Cityplex di Citymall Kota Kinabalu.

Jika anda belum pernah membeli tiket wayang secara online, boleh rujuk laman GSC yang menyediakan panduan tentang cara membuat pembelian tiket wayang secara online.

Sebenarnya, niat hendak menonton ‘Dangal’ (Aamir Khan). Tapi show tamat awal (tayangan di KK cuma 2 minggu sahaja) dan saya tersangat confident sehingga lupa untuk check showtime online. So, sudah alang-alang di GSC, terus la beli tiket La La Land tanpa sebarang idea berkenaan filem tersebut kecuali tentang pelakon utama dan genre muzikal.

Kalau la saya periksa dulu showtime secara online, tentu saya tahu lebih awal.

LA LA LAND

Filem muzikal ini dibintangi oleh Emma Stone dan Ryan Gosling.  Ia telah berjaya menggondol 7 anugerah Golden Globe baru-baru ini, termasuk anugerah untuk pelakon lelaki dan wanita.  Namun demikian, adakah filem ini benar-benar hebat?

Berlatar belakangkan kota Los Angeles, La La Land mengisahkan tentang Mia (Emma Stone), seorang barista atau waitress di sebuah café yang terletak di dalam kawasan studio pembikinan filem. Mia bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon dan dia benar-benar gigih menghadiri segala macam audition tetapi sentiasa gagal. Walau bagaimana pun, Mia menerima kegagalannya dengan ceria dan tidak pernah putus asa.

Lain pula halnya dengan Sebastian (Ryan Gosling). Sebastian merupakan seorang pianist jazz yang bercita-cita untuk membuka kelab jazz. Sikap Sebastian yang agak pemanas (kekadang biadap), kurang fleksible dan sukar diajak berunding menyebabkan beliau menghadapi kesukaran dalam setiap pekerjaan yang dibuat.  Di sini kita melihat kontrast yang ketara di antara mereka – opposites attact.  Namun apabila berdansa, pergerakan mereka begitu selari, menunjukkan perasaan mereka yang saling mencintai.

(*SPOILER ALERT*) Pada asasnya, La La Land memaparkan kisah percintaan antara dua insan seni yang mempunyai sikap yang jauh berbeza dan bagaimana mereka akhirnya dapat mencapai impian masing-masing. Walau bagaimna pun, kejayaan mereka hanya dapat dikecapi setelah mereka berpisah.  Not a happy ending – bitter sweet.

Pada pendapat saya, filem ini ‘ok-ok saja’, tidaklah boleh dikatakan sebagai outstanding. Jalan cerita quite straightforward, tetapi selain mimik wajah dan gaya, emosi juga diserlahkan dengan muzik, lagu dan tarian dan ini memberikan filem ini aura 50-an.  Jika dibandingkan dengan filem muzikal lain seperti ‘Moulin Rouge!’ dan ‘Les Miserables’, penceritaan La La Land is very simple.

Kekuatan filem ini adalah pada kemampuan pelakon utamanya – Ryan Gosling dan Emma Stone, dan juga lagu-lagunya, of course.  Contoh, melodi lagu ‘City of Stars’ tersangatlah catchy sehingga saya tak dapat melupakannya….hehehe (seriously!). Selain dua pelakon tersebut, pengarah Damien Chazelle turut membawa pelakon utama dari filemnya yang dulu, Whiplash, iaitu JK Simmons.

By the way, saya tak sangka Ryan tu pernah menyanyi dan menari untuk Mickey Mouse Club! Silalah tengok video di bawah ini.

Ryan Gosling cilik sedang menari (seluar MC Hammer)

Ryan Gosling menyanyi dengan suara merdu (bersama penyanyi popular masa kini)

Seperti filem The Great Wall yang telah saya review sebelum ini, La La Land juga dituduh ‘whitewashing’. Bagi filem The Great Wall, saya berpendapat tuduhan itu dibuat melulu tanpa usul periksa tentang jalan cerita. Saya berpendapat tuduhan yang sama juga tidak tepat bagi filem ini kerana ramai juga matsalleh yang terkenal sebagai artis jazz contohnya Harry Connick Jr, Diana Krall, Michael Buble, dan lain-lain . Orang-orang berkulit hitam masa kini pula lebih berminat dengan genre muzik lain, misalnya rap, R&B, soul, dan sebagainya.

Terus terang saya katakan – La La Land bukan untuk mereka yang merasa gelihati apabila melihat pelakon di layar perak menyanyi dan menari tanpa sebab. Peminat filem aksi tidak akan dapat melihat sebarang aksi stunt di sini kecuali kalau adengan melompat-lompat, terbang-melayang dan sommersault semasa menari boleh dikategorikan sebagai aksi stunt.  Seriously, for the first time ever, saya telah menyaksikan beberapa orang remaja keluar dari panggung lebih kurang 10 minit selepas La La Land dimainkan dan mereka tidak masuk kembali. Maka itu, sebelum membeli tiket untuk menonton La La Land (online atau offline) tepuk dada tanya selera dulu ya…

ARRIVAL

Filem sci-fi suspens ini dibintangi oleh Amy Adams, Jeremy Renner, Whitaker, Michael Stuhlbarg dan lain-lain.  Arrival diadaptasi dari sebuah novella sci-fi ‘Story of Your Life’ oleh Ted Chiang.  Novella hebat tersebut telah memenangi anugerah Nebula Award (2000) dan Sturgeon Award (1999).  Persoalannya, berjayakah mereka mengadaptasi novella hebat tersebut ke layar perak?

Arrival mengisahkan tentang kedatangan sekumpulan makhluk asing ke bumi dan bagaimana seorang pakar bahasa (linguist) Dr Louise Banks (Amy Adams) merungkai tujuan kedatangan mereka, dengan dibantu oleh seorang pakar matematik, Dr Ian Donnelly (Jeremy Renner, Hawk Eye dalam filem Marvel Avengers). Tetapi cerita ini dimulakan dengan sedikit kisah hidup watak utamanya, Dr Louise Banks.  Part itu yang membuatkan penonton confused.

Makhluk asing tersebut tiba dibumi dengan 12 buah kapal (vessel/ space ship) yang dipanggil ‘shell’.  Bentuk kapal tersebut memang aneh dan ia tidak menyentuh bumi.  Sarat dengan teka teki.  Kapal-kapal tersebut mendarat di 12 lokasi berbeza (antaranya Amerika Syarikat, China, Russia, Pakistan, dll). Tujuan kedatangan mereka tidak dapat dipastikan dan penduduk dunia pula berbeza pendapat sama ada untuk menyambut kedatangan tersebut dengan persahabatan atau dengan peperangan.

Dr Louise Banks adalah pakar bahasa yang dijemput kerana beliau pernah membantu pihak ketenteraan Amerika Syarikat sebelum itu dan mempunyai clearance dengan mereka. Dalam filem ini, beliau dibawa masuk untuk menentukan sama ada makhluk asing tersebut berniat baik atau sebaliknya. Bayangkan ketakutan yang beliau rasai kerana terpaksa berdepan dengan makhluk misteri, di samping tekanan dari pihak ketenteraan, faktor kesuntukan masa dan sebagainya.

Cerita ini dipenuhi dengan teka-teki yang memaksa kita berfikir. Tiada satu saat pun yang membosankan.  Elemen suspens pula terhasil melalui gabungan penceritaan, lakonan Amy Adams yang sangat berkesan dan musical score/editing yang tepat. Sungguhpun saya tidak faham mengapa ‘aliens’ sering digambarkan seperti hidupan laut atau makhluk hijau, namun saya kagum dengan paparan komunikasi makhluk asing tersebut (tengok sendiri ya).

Terus terang saya nyatakan di sini, saya suka filem yang menambah ilmu di dada, sebab itu saya gemar menonton cerita berbentuk investigative seperti CSI, Sherlock Holmes, Holmes, The Mentalist, dan sebagainya. Dan filem ini juga memperkenalkan penontonnya kepada beberapa perkataan atau perkara menarik seperti :

  1. palindrome’ – perkataan, frasa atau rangkaian yang mempunyai bunyi yang sama jika dibaca dari depan atau dari belakang misalnya dalam Bahasa Melayu – ini kakak, katak, malam; dan dalam Bahasa Inggeris – refer, kayak, madam, level, nurses run, dll.
  2. Sapir-Whorf hypothesis’ – theory yang dibawa oleh Edward Sapir dan Benjamin Lee yang menyatakan bahawa struktur sesuatu bahasa menentukan atau mempengaruhi cara berfikir, bentuk pemikiran dan tingkah laku sesuatu masyarakat di mana ia dituturkan.
  3. Logogram’ – tanda atau bentuk yang mewakili perkataan atau frasa (contohnya sistem ‘shorthand’)
  4. Semasiographic’ – suatu sistem komunikasi di mana maksud sesuatu disampaikan dengan tanda atau gambar, bukan melalui perkataan atau bunyi.
  5. Orthography’ – suatu peraturan tentang cara sesuatu bahasa ditulis, termasuk perihal ejaan dan tatabahasa. Bahasa Melayu moden adalah disebut ‘linear orthography’ sebab ia dibaca dari kiri ke kanan, dan terdapat peraturan khusus tentang awalan dan akhiran ayat.  Makhluk asing dalam Arrival menggunakan ‘non-linear orthography’ – pelbagai perkataan dalam bentuk symbol yang dilukis dalam bulatan (tanpa awalan dan akhiran).

Filem ini membuka minda penonton kepada konsep ‘bebas-masa’ di mana awal dan akhir dapat dilihat pada suatu ketika yang sama atau tidak mengikut urutan biasa.   Ia juga berpendapat bahawa bahasa menentukan cara kita menghayati persekitaran kita.  Pelbagai isu dan persoalan lain boleh dibincangkan melalui filem ini – tetapi saya bukan ahli fizik…

Akhirnya, anda mungkin akan bertanya, adakah Louise seorang psychic? Atau adakah beliau hanya menerima ‘visions’ daripada makhluk asing tersebut? Adakah proses mempelajari bahasa makhluk asing tersebut telah mengubah minda dan persepsi beliau mengenai masa? Tonton dulu dan kongsikan pendapat anda di sini ya.

POPCORNS

Sekiranya anda peminat popcorn+movie, anda mungkin akan merasa seronok kerana bersempena dengan Internationsl Popcorn Day (baru ja tau tentang kewujudan hari tersebut, lol!) 10,000 small caramel popcorn akan diberikan di semua GSC di seluruh negara pada 19 Januari 2017. Sama ada 10,000 di setiap tempat atau 10,000 secara keseluruhan, saya tak tahu pula. Dan, dari 1 – 31 Januari 2017, pada 10pm, diskaun 30% akan diberikan (untuk pembelian tunai) untuk caramel ala carte popcorn di kaunter konsesi GSC sementara stok masih ada (idea baik untuk menghabiskan stok malam). Selain itu, bagi mereka yang memberli tiket wayang secara online (hah, lagi satu kebaikan online movie tickets) pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu melalui saluran akaun Visa checkout, anda boleh mendapat 1 tiket wayang dewasa (2D) + 1 e-Combo 1 /e-Combo 2 pada harga RM12 sahaja (tarikh pembelian dan tarikh wayang mesti sama). Sila baca terma dan syarat dahulu ya – boleh baca secara online.

Banyak lagi filem akan keluar setiap minggu.  Jom tonton!

 

About The Author

A fumbling, bumbling housewife and a mom of 5, who enjoys reading, cross stitching, watching tv, crocheting and trying her hands at other crafts. Her dream is to explore every nook and cranny of Malaysia in this lifetime. Learning to be a more conscientious, informed, open-minded and adventurous person, she is happy to share her thoughts on many subjects. She also writes at www.Precious-Crafts.Com

Zurainny Ismail

Leave a Comment

  • Riki Gustiana Reply

    mantap nihh la la land.

    January 31, 2017, 6:21 am
  • raihanah Reply

    ada juga la la land. menariklah

    January 24, 2017, 1:10 am
    • Zurainny Ismail Reply

      Kalau Ana suka muzikal, mmg sesuai tengok La La Land. Kalau minat drama sci-fi/misteri, bagus tengok Arrival.

      January 24, 2017, 6:21 am
  • akubiomed Reply

    Boleh letak didalam senarai hendak ditonton.

    January 11, 2017, 3:40 pm
    • Zurainny Ismail Reply

      Definitely ‘Ya’ untuk Arrival, tapi utk La La Land, susah sikit sbb bergantung kpd citarasa … 😀

      January 12, 2017, 12:54 am
Like Our Facebook Page close[x]
Or wait 15 seconds