Ipoh Lum Mee @ Old Town White Coffee

Chinese food lagi. Baru juga dua minggu lalu buat posting mengenai chinese food, kini ada lagi. πŸ˜€ Well, makanan Western dan melayu, ramai blogger Malaysia dah buat rasanya, oleh itu saya layan makanan cina pula. Kalau di KK ni, tempat paling ‘best’ (bagi saya) untuk layan makanan cina ialah di He Jia Sea Food Restaurant. Akan tetapi tempat-tempat lain pun boleh tahan juga.

Untuk hari ini, kita cuba makan Ipoh Lum Mee atau Mee Kuning Tebal Ipoh di Old Town White Coffee pula. Jom makan

Karamunsing Capital

Old Town White Coffee Karamunsing Capital

Saya makan mee ini di Old Town White Coffee yang terletak di Karamunsing Capital. Ia bersebelahan dengan Kompleks Karamunsing yang popular di bandar Kota Kinabalu. Agak senang cari parkir di sini sebelum pukul 11 pagi atau hari minggu. Selepas masa tu, siaplah, sesak kawasan ini. Ada banyak kedai makan di sini. Oleh itu, ramai yang ke sini untuk makan-makan.

Old Town White Coffee

Ipoh Lum Mee

Harga Ipoh Lum Mee ialah RM 8.90 sepinggan. Kalau badan saiz kecil mungkin kenyang lah tetapi yang XL atau XXL mungkin rasa mahu tambah satu pinggan lagi πŸ˜€ . Rasanya macam mee sup juga cuma lebih pekat dan kurang air. Seperti kebanyakkan chinese food yang lain, key ingredient dia adalah kepingan daging ayam dan udang serta fish ball yang memeriahkan rasa mee tersebut. Penggunaan taugehΒ  dan daun bawang goreng memberikan kesimbangan rasa agar tidak terasa macam makan daging sangat kot.

Secara keseluruhannya, memang sedap. Cuma as usual, saya perlukan cili untuk kasi pedaskan mee ni. Tapi. anak-anak saya yang tidak prefer makan pedas, would love this noodle.

Saya pasti cawangan Old Town White Coffee di tempat lain ada juga menyediakan hidangan Ipoh Lum Mee ini. Kodnya dalam menu adalah AD5. Hidangan siap dalam masa kurang dari 10 minit. Jadi, tidak perlu tunggu lama-lama.

Sambil-sambil tu sambungkan smartphone anda ke Wi-Fi percuma di Old Town White Coffee dan layan baca dululainsekaranglain.com.

Ipoh Lum Mee @ Old Town White Coffee

21 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons