Adalah menjadi kemestian bagi mereka yang bertandang ke negeri Sabah untuk mencuba makanan laut (seafood) di sini. Makanan laut Sabah memang terkenal dengan kesegarannya (fresh) dan kelazatannya. Siapa yang pernah cuba, pasti mahu makan lagi. Cuma poket mesti tebal lah, kerana harga makanan laut bukanlah murah terutamanya di kawasan bandar dan menghidangkan hidangan istimewa seperti Lobster, Baby Crab dan daging Payau. Jika anda ada kenderaan semasa di Kota Kinabalu Sabah, saya cadangkan anda cuba keluar dari kawasan bandar dan cari restoren seafood di sekitar Salut dan Sulaman. Lebih murah dan selesa (tidak ‘crowded‘ seperti di bandar).
Antara yang anda boleh cuba adalah Gayang Seafood Restaurant yang terletak di Kg Baharu, Jln Sulaiman, Kira-kira 30 minit pemanduan dari bandar KK.
Gayang Seafood Restaurant
Gayang Seafood Restaurant mula beroperasi semenjak tahun 2002 lagi dan kini merupakan antara restoren makanan laut yang amat popular di Kota Kinabalu, Sabah. Sebut sahaja Gayang Seafood Restaurant, nascaya pemandu teksi dan pemandu pelancong tahu dan tanpa masaalah akan membawa anda ke sana. Memandangkan restoren ini baru sahaja di naik tarafkan kira-kira setahun yang lalu, maka suasana di dalamnya amat selesa dan kedai ini amat bersih. Terdapat banyak meja dan kerusi untuk keluarga anda, maka tak perlu book awal-awal terutamanya untuk makan tengahari.
Anda boleh memilih ikan, udang, kerang, ketam dan lain-lain hidupan laut (yang masih hidup) di dalam aquarium dan jenis masakan yang anda mahu. Cuma kena ikut resepi yang Chef sediakan lah. Jangan pula mintak masak ‘asam pedas‘ pulak. He he. Minimum order, jika tidak silap saya adalah 0.5kg. Yup, dia ikut berat dan anda kena pandai bajet berapa kilo yang anda perlukan.
Butter Prawn Dan IKan Kerapu
Antara hidangan yang ‘famous‘ adalah ‘butter prawn‘ atau udang goreng butter. Cuma kami dah agak jemu juga makan udang ini. Begitu juga ‘Sweet sour fish fillet‘ dan ikan Kerapu. Untuk makan tengahari yang lalu, kami makan sotong goreng tepung, kangkung masak belacan, udang masak butter (bezakan dengan goreng butter), simping (scallops) masak lada hitam dan kepah masak halia + daun bawang. Lihat sahaja gambar di bawah:
Dari segi harga, Gayang Seafood Restaurant memang lebih murah dari kebanyakkan restoren seafood yang lain. Cuma bukanlah yang termurah.
Rasanya boleh tahan walaupun tidak sehebat tempat kegemaran saya: Nelayan Seafood Restaurant. Cuma, layanan pelanggannya perlu diperbaiki. Agak lambat dan tidak peka para pekerjanya. Tetapi tidaklah terlalu teruk sehingga kami tidak galakkan ke sana. It’s fine dan saya rasa ia sesuai untuk aktiviti makan tengahari dan malam bersama keluarga, terutama yang datang dari jauh di seberang sana.
Tidak jauh dari Gayang, ada sebagai alternatif. Seperti Gayang ia juga menawarkan makanan laut pada harga yang lebih rendah dari di bandar KK. Apa-apa pun ‘tepuk dada, tanya selera‘.
Bagi saya, mana-mana makanan laut pun sedap bah!
– Jom Makan Di Gayang Seafood Restaurant
ISMAIL N is the Chief Blogger/Blog Owner. An HR practitioner in his normal daily life & a casual blogger in his free time. Addicted to coffee, Man Utd, K-Drama/K-Pop. Semi-retired Pokemon Go trainer (TL50). Most easily accessed via his Twitter account.
Hurmmm….. tengok seafood kat sini buat teringin nak makan hinava jer….
belut?? erkk. tapi bagus boleh buat ubat nih…
seafood…my favourite 🙂
Eeee belut.. Macam ular dah.
macam heaven je makan laut kat sabah. bestnya semua segar and masih hidup.
puas hati dapat makan sebab ianya fresh kan
Uish. semua makanan mmg nampak fresh la. Mesti try nie.
Bestnyer dapat makan hasil laut fresh macam ni 🙂
MJ tak pernah jejak Sabah lagi 😀
dokat aje. Naik plane, dua jam setengah je
wah ini buat saya lupa menu abc dan cendol heee..
bilalah nak gi kk lagi nih..
teringin juga nk brcuti di sana…