Kedai Kopi Mesra-Blogger

Kedai Kopi Starbucks

Tidak banyak tempat awam atau restoran yang benar-benar mesra-blogger (blogger-friendly).  Maksud ‘blogger-friendly’ pada saya adalah:

  1. Menyediakan meja dan kerusi yang selesa dan sesuai utk melakukan aktiviti menulis dan menaip;
  2. Memberikan servis wi-fi percuma;
  3. Menyediakan soket elektrik untuk mengecaj bateri computer, berdekatan dengan tempat duduk;
  4. Memberikan kebebasan kepada pengunjung untuk duduk berjam-jam tanpa gangguan dan jelingan ‘tak-sedap-dipandang’. 😀

Kedai Kopi Mesra-Blogger Di KK

Mengikut pengalaman saya, kalau di sekitar Kota Kinabalu, Starbucks adalah tempat yang paling blogger-friendly. 

Old Town pun boleh tahan juga tetapi mejanya agak penuh dengan menu dan benda-benda lain.

Santola Bar Cafe pula terlalu crowded dengan pengunjung terutama masa ‘peak hours‘. Walaupun harga menu Starbucks agak mahal (secawan kopi Americano RM7), tetapi tiada barista yang akan memberikan pandangan serong terhadap pelanggan yang duduk dari pagi hingga ke petang, malah mereka sentiasa mesra terhadap semua pengunjung.

Mungkin kerana itu, Starbucks sering menjadi tumpuan pelajar-pelajar IPT untuk menyelesaikan tugasan atau membuat perbincangan selama berjam-jam.

Selain para pelajar, peniaga dan eksekutif syarikat juga dilihat melakukan perbincangan perniagaan di Starbucks.

kedai kopi mesra-blogger

Free Starbucks Coffee

Selain kemudahan di atas, pemegang kad Starbucks yang telah didaftarkan secara online dapat menikmati minuman percuma dan lain-lain seperti:

  • Sepotong kek pada bulan kelahiran pemegang kad;
  • Selepas pembelian 10 minuman (handcrafted), percuma 1 minuman bersaiz grande;
  • Selepas pembelian cawan (tumbler) Starbucks, percuma 1 atau 2 (bergantung kepada promosi semasa) minuman bersaiz grande;
  • Jika dapat soalan kaji-selidik (survey) selepas membuat pembelian, isi segera (dalam tempoh 14 hari) dan dapat percuma 1 minuman bersaiz tall.

Starbucks juga (saya dimaklumkan) kini terlibat dalam program ‘khidmat sosial‘  transisi pendidikan khas, yang mana para pelajar pendidikan khas (anak-anak istimewa/kelainan upaya) akan menerima latihan industri di tempat mereka sebagai ‘barista‘ di sana.

Mungkin dalam beberapa tahun lagi, kita akan lihat Barista OKU di Starbucks, insya-allah.

Free Starbucks

Untuk maklumat lanjut, sila layari Starbucks Malaysia (Lihat FAQ).

Tadi saya baru sahaja ‘redeemCaramel Ribbon Crunch Frappuccino (saiz Tall) percuma, selepas menjawab survey pada minggu lepas.:D

Kedai Kopi Mesra-Blogger

14 thoughts on “Kedai Kopi Mesra-Blogger

  1. saya pula tak berapa gemar menulis di luar.. lebih-lebih lagi kalau orang sebelah jenis busy body. biasa akan draft di henpon saja dan publish di rumah.

  2. Selalu jugak cari tempat selesa untuk dapatkan internet especially masa jenjalan. Paling senang nak dapat ialah McDonald’s, itupun saya guna jika tak jumpa Starbucks.

    1. McDonald pun problem dia selalunya crowded, so jadi tak selesa. Kalau kat KK, McD di Api-Api centre selesa tapi tak de soket letrik dan wi-fi too slow. Then again, my lappy boleh tahan 6 hours dgn bateri dan saya guna internet sendiri kalau di McD. 😀

  3. Sekali sekala kalau nak kelainan, boleh juga berblog di coffee house. Mungkin idea yang datang sedikit berbeza kalau berblog di coffee house berbanding di rumah. Siapa tahu kan?

    1. saya pun org kg gak 😀 Tapi barista Starbucks sentiasa layan semua org dgn mesra tidak kira agama, bangsa dan negara… Btw, bukan semua Starbucks yg provide soket tu disetiap meja. Mostly mmg semua ada tapi ada juga yg few agak kureng sikit soket dia.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.