KK Burger Bakar @ Plaza Kepayan Ridge

KK Burger Bakar

Selepas kunjungan kami ke KK Burger Bakar di Tanjung Aru Plaza dan juga di Cyber City, saya di sini (dengan tanpa ragu-ragu) mengisytiharkan bahawa Burger Bakar adalah kini burger kegemaran keluarga saya… yeah! 

Tambahan pula sekarang ni Burger Bakar sudah mula disajikan di dalam restoran berhawa dingin di Plaza Kepayan Ridge – maka tidaklah perlu kami berpeluh-peluh dan menghidu bau asap semata-mata untuk merasa Burger Bakar.

Restoran KK Burger Bakar Plaza Kepayan Ridge

Semasa kunjungan sulung kami ke Restoran KK Burger Bakar bulan lepas, kami hampir tidak dapat tempat duduk – almost full-house.

Terpaksa tarik meja dan kerusi dari sana sini. 

Nampaknya ia menjadi pilihan berbagai lapisan masyarakat. 

Hiasan dalaman restoren KK Burger Bakar yang berkonsep hard rock mengingatkan saya kepada gambar-gambar ‘Hell’s Angels’ seperti yang selalu dilihat di kaca televisyen.

Yeah..Yeah! Kesemua kakitangan berpakaian serba hitan – jeans, t-shirt dan segelintir juga memakai bandana. 

Oleh kerana ruang di dalamnya agak sempit, maka kawasan luar di sebelah belakang restoran KK Burger Bakar juga dibuka untuk pelanggan.  Kekadang, apabila telah lewat malam dan tempat letak kereta di depan restoran telah kosong, ia juga dijadikan tempat duduk pelanggan.

Menu KK Burger Bakar

Anak teruna saya yang ‘macho‘ (macam saya) sangat gemarkan Lava Kinabalu Mountain (RM20).  Diisi dengan 3 keping daging burger gebu dan disaji bersama kentang goreng yang juga gebu, ianya memang sangat-sangat mengenyangkan dan bukan calang-calang perut yang boleh menghabiskan Lava Kinabalu.

Memandangkan kalorinya yang bukan main hebat, maka itulah, Lava ni cuma dibenarkan pada hari-hari yang special sahaja.

Lava Kinabalu Mountain
Menu lain yang tidak kurang hebat adalah Lambogeni (RM10).  Isi burgernya adalah kambing, disapu dengan homemade sauce, dan dihias dengan daun salad dan tomato.

Selain itu, anak-anak yang gemar makan ikan telah memesan Lava Fisk (RM7) iaitu diisi dengan burger ikan, homemade sauce, daun salad dan tomato.

Burger Bakar Lambogeni

Burger Bakar Lava Fisk

Titanic (RM8) menjadi pilihan saya. 

Sesuai dengan namanya yang bersempena dengan kapal Titanic yang karam tersebut, burger ni menggunakan bun yang lebih panjang, diisi dengan burger daging, kepingan daging, homemade sauce, daun salad dan tomato.

Ia amat sesuai juga dimakan oleh Karam Singh Waila.

Burger Bakar Titanic

Bagi si kecil, terdapat Kids Menu.  Oleh kerana Rhinoman (burger dan kentang goreng) tiada, makan kami order Robin Hud untuk si kecil.

Robin Hud adalah hidangan nuget dan kentang goreng.  Kesemua hidangan disertai dengan kentang goreng gebu.

Nugget Robin Hud

Minuman

Minuman yang disediakan hanya yang simple sahaja seperti minuman botol, tin dan air mineral.  Saya pun tidak tahu samada sebab order kami yang agak besar atau memang prosedur restoran tersebut, para pekerja akan meminta bayaran dibuat selepas separuh order telah dihidangkan.

Plus, ‘fork and spoon‘ cuma sampai selepas burger habis di makan 😀

Not a big deal bagi kami sebab kami fikir konsepnya seperti Burger King, i.e makan pakai tangan sahaja.

Tapi, jika ada ‘fork and spoon‘ dari awal lebih baik lagi kerana saiz burger yang agak besar dan mungkin perlu dipotong-potong terlebih dahulu.

Kesimpulan

Apa-apa pun secara keseluruhannya, KK Burger Bakar memang sedap dimakan dan amat mengenyangkan. Sesuai untuk makan malam bersama keluarga dan rakan-rakan. B

agi mereka yang tinggal dekat area Kepayan, singgah-singgahlah selalu ke sana.

Burger Bakar rock!

– KK Burger Bakar @ Plaza Kepayan Ridge

15 Comments

  1. Sekali sekala makan burger setinggi kinabalu dengan harga RM20 ok je. Pada sha lah, haha. Tapi serius burgernya nampak sangat ‘menawan’ perut. :D.
    Biasa burger bakar begini, daging burger memang buatan sendiri kan?

  2. Tengok gambar pun dah berselera nak makan. Burger Lava Kina balu Mountain tu nampak sedap tapi macam susah nak makan…lepas ni ke KK nak try makan kat situ. Itupun kalau orang tak ramai sangat!

    1. Saya tak sanggup makan. Memang besar burger tu. Tapi my 15 year old son nampaknya x de masaalah habiskannya 😀 Harap2 jgn obes ler lepas ni

  3. Nampak sedap semua menu-menu dari Burger Bakar ni..
    Pendapat bro, macam mana dengan harga yang ditawarkan?Adakah terlalu mahal atau memang sesuai dengan kuantiti makanan/menu yang diaorang offer?

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons