Kopi Bancuh Dan Espresso

Borneo Black Coffee

Ada ramai rakan-rakan yang bertanyakan saya ‘Bro, apa bezanya Americano dan brewed coffee?‘.

Ini kerana rupanya hampir sama dan rasanya pun tak banyak beza. Mungkin pengemar kopi tegar boleh rasakan perbezaannya tetapi mereka yang minum kopi sesekali sekala akan rasa keliru bila berada di kedai kopi seperti di Starbucks dan Coffee Bean bila melihat menu yang sedia ada.

Kopi Bancuh

Untuk makluman anda semua, kopi yang biasanya kita minum di kedai-kedai kopi boleh lah dianggap sebagai ‘brewed coffee‘ ataupun ‘drip coffee‘ atau kopi bancuh.

Asasnya kopi-kopi jenis ini disediakan dengan cara melarutkan biji kopi yang telah dipanggang dan dikisar sebelum di tapis dengan menggunakan alat penapis.

Sesetengah orang menggunakan mesin ‘coffee maker‘ bagi menyediakan kopi jenis ini dan rasa yang berbeza yang timbul adalah mungkin disebabkan oleh jenis kopi, cara kopi dipanggang, kehalusan kopi setelah dikisar dan teknik tapisan yang digunakan.

Espresso

Espresso pula disediakan dengan memilih biji kopi (coffee beans) yang telah dikisar halus dan dimasukkan ke dalam mesin penekan (press machine).

Sedikit air yang dimasukkan kemudiannya akan ditekan menggunakan mesin ini melalui kopi halus tersebut dan hasil tekanan itu akan mengeluarkan pati kopi yang pekat yang dipanggil espresso.

Dari, espresso ini akan lahirlah pelbagai jenis kopi seperti Americano, Latte, Machiato dan lain-lain lagi.

Americano disediakan dengan memasukkan dua cawan kecil espresso (dipanggil shot) ke dalam cawan pelbagai saiz (paling kecil adalah ‘tall‘) dan kemudiannya ditambah air.

Jika cara ini diterbalikkan dengan memasukkan air terlebih dahulu ke dalam cawan sebelum memasukkan espresso bagi mengekalkan buih espresso yang terhasil, maka ia dipanggil sebagai ‘long black‘.

Biasanya beza paling ketara bila kita meminum dari teknik bancuhan dengan espresso adalah pada rasa biji kopi dalam kopi itu.

Dengan menggunakan cara espresso, biji kopi langsung tidak terasa kerana hanya biji kopi yang halus digunakan.

Dengan proses tekanan pada espresso pula, rasa padat kopi sebenar juga lebih terasa. Ironinya, kajian mendapati kandungan kaffien adalah lebih tinggi bila menggunakan teknik bancuhan dari espresso.

Jika anda pernah mencuba kedua-dua jenis tekniknya, harap kongsikan bersama, cara mana yang menghasilkan kopi lebih sedap?

Mengapa?

– Kopi Bancuh Dan Espresso

0 Comments

  1. oo. espresso pun ada banyak jenis jugak rupanya. hari tu saya baca, ada double dengan triple espresso je. nice info. biasa minum kopi sachet je. huhu. mahal tak coffee machine tu?

    1. espresso tu satu jer – pati dia yg terhasil dari proses tekanan (press). Dari espresso terhasil mcm-mcm style kopi seperti Americano, Latte dll.
      Normally, kalau Americano saiz tall, diberi dua shots – kira double espresso lah. Kalau mahu lebih mintak tambah lagi shot dia. Di Starbucks additional shot bayar RM 1.80 setiap dua shots. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons