Kopi Radixpasak Bumi

RadixPasakBumi Dulu Lain Sekarang Lain

Saya rasa ini kali pertama dalam sejarah, saya beli kopi dan tidak meminumnya. 😀 Kopi Radixpasak Bumi adalah kopi pra-campuran yang mengandungi antara lain Tongkat Ali dan ekstrak ginseng. Ia diperbuat oleh sebuah syarikat di Semenanjung Malaysia dan dijual pada harga RM 3 se peket di Kota Kinabalu, Sabah.

Nama dan warna paket RADIXpasak Bumi sahaja boleh menimbul kekeliruaan.

Terdapat elemen “Kekelirupaan/Passing-Off” pada jenama kopi ini yang mungkin disangkakan orang ramai ada kaitan dengan produk keluaran syarikat popular, Radix.

Kopi Radixpasak Bumi

Buat maklumat semua, Kopi Radixpasak Bumi bukan keluaran syarikat Radix mahupun ada kaitan dengan mereka. So, jangan confuse ye.

Kenapa saya TIDAK MINUM selepas membelinya?

Biasanya selepas membeli kopi paket, saya akan meneliti paket tersebut untuk melihat maklumat mengenainya. Terdapat keraguan pada diri ini akan kandungan kopi ini apabila butir-butirnya tidak dinyatakan di paket kopi, malah nama dan alamat pengeluar juga tidak disertakan.

Saya hanya mendapat info syarikat ini menerusi iklan yang di pamerkan di kedai mamak yang menjual kopi ini. Cuba lihat betul-betul gambar yang saya letakkan di atas, itu sahajalah maklumat yang dilekatkan di paket kopi ini.

Tiada maklumat tambahan di belakang paket itu.

Aneh bukan?

Malah, jika kita baca iklan kopi ini, logo HALAL yang diletakkan bukan logo HALAL JAKIM tetapi logo yang suka-suka letak sendiri punya.

Oleh itu, saya tak jadi nak minum dan review kopi ini.

Mintak maaflah.

Saya bukan suka memburuk-buruk mana-mana orang atau syarikat, namun bagi saya kepentingan masyarakat patut didahulukan dari kepentingan individu! Oleh itu, saya berharap syarikat terbabit (jika terbaca artikel ini) mengambil langkah-langkah sepatutnya bagi mengambalikan keyakinan pengguna pada produk yang dijual oleh mereka.

Jangan hanya menggunakan nama yang dasyat-dasyat bagi menarik perhatian pembeli seperti saya. 😀

Baru-baru ini, pihak TV3 baru sahaja melapurkan insiden yang mana ada pihak menjual bahan expired yang dipungut dari tong sampah dan dibersihkan/dipacking semula. Oleh itu, masyarakat kena lebih perihatin dan berhati-hati dalam soal ini. Memandang remeh perkara sebegini boleh membawa padah.

Kopi Radixpasak Bumi

14 Comments

    1. kalau engko duduk kat tempat pemilik produk nie tentu engko marah juga..yg hairannya dia blh plak puji kopi aduka misai kucing tu..hahaha..sedangkan kopi aduka misai kucing dan kopi ori herbs nie dari satu kilang yang sama.

    1. engko tahu mane kopi segera tak baik untuk kesihatan??klu tak baik utk kesihatan dah lama kopi2 nie diharamkan penjualannya..nak berhujah pun biar ada bukti sekali…klu dah kopi segera tak baik utk kesihatan sepatutnya mana2 kedai dalam malaysia nie jual air kosong je lah..terbaik sekali!!! lalalalala…

  1. kepada mereka2 yang terbaca artikel nie..sila layari laman web http://www.oriherbscoffee.com, disitu telah di attachkan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Kelantan untuk pengilang produk tersebut..jangan buat andaian dengan packaging saja…dan utk pengesahan lebih detail hubungi no.tel JAHEIK dalam surat tu…kan senang…orang yang buat artikel nie macam nak jatuhkan bisnes orang lain je…tgk sekarang..kat packaging letak logo HALAL tapi bila check ada DNA babi…

  2. jangan mudah berprasangka buruk…klu semua yg ada dalam nie tetibe dikenakan tindakan oleh pihak syarikat tersebut macam mana??sebelum kata apa2 lebih baik siasat dulu betul2…tgklah kat entri aduka misai kucing tu…kopi tu pun dikeluarkan oleh kilang yang sama dengan kopi nie..so kenapa dia boleh kata kopi tu agak sedap sedangkan dia tak nak minum kopi yang nie…alasan sebab tak de isi kandungan…setau sy kopi kat ats tu tak de ekstrak ginseng..cuba tgk kat papan / kotak produk tersebut..detail ada kat situ..mmg kat paket dia tak tulis tp kat kotak / papan produk tersebut ada..tak puas hati lagi cuba lah tanya dengan JAHEIK kelantan status produk berkenaan..kan lebih elok utk mengelakkan fitnah macam nie…

  3. wah.. ingat betul2 kopi jenama radix itu. nasib baik kan! Masa beli bro tak perasan ker tak de tulis apa2 kat belakang paket tu. huhu

  4. kalau betul tiada masalah, bersungguh-sungguhla walaupun hanya dalam penghasilan packaging, first impression juga tu..

    dan bersungguh-sungguh juga untuk dapatkan logo halal, moga perniagaan membawa berkat..melainkan…

  5. Sekarang ni memang kena hati-hati. Entah apa lah kandungannya. Mula-mula ingat keluargan Radix, kita dah terkeliru dulu, 🙂

    1. cik kak…cuba cari nama RADIX tu sebenarnya utk apa? hpa tu pun tumpang guna je nama radix…cuba cari maklumat sikit sebenarnya apa masuk radix…dan klu nak tahu radix nie dah ada orang dah dapat trademark dengan logo register tau…HPA pun tak lepas nak trademark RADIX sebab dh ada org lain yg guna…RADIX tu pun orang lain blh guna utk melambangkan campuran yang diorang guna kat produk diorang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Show Buttons
Hide Buttons