Kopi Tahi Musang

Kopi-Luwak

Ada Apa Dengan Nama? Pernah saya tanya persoalan itu.Yang nyata, saya faham kalau nama-nama yang pelik dan menarik digunakan. Namun, penggunaan nama-nama yang menakutkan dan mengelikan agak kurang saya fahami.

Maybe saya yang agak “ketinggalan bas” kerana di bandar KK ini pun ada restoren yang menjual mee katak dan ramai pengunjungnya.

Malah, cicak tokek yang agak pengotor tu pun ramai yang sanggup bayar berpuluh ribu untuk membahamnya!

Walau apa pun dengan nama, saya sebagai peminum kopi tegar tak rasa mampu meminum kopi ini, biar halal sekalipun. 😀

 

Tahi Musang

Kopi Tahi Musang

THE exotic and highly-priced kopi luwakhas not received halal status from the National Fatwa Council. A Harian Metro report advised Muslim consumers to refrain from drinking the coffee due to its unconfirmed halal status. Also known as civet coffee, it is made from the beans of coffee berries which have been eaten by the tree-dwelling Asian palm civet and other related civets, then passed through its digestive tract.

Passing through a civet’s intestines, the beans are then defecated, keeping their shape. Thus, the Malays also call it kopi tahi musang.

After thorough washing, sun drying, light roasting and brewing, these beans yield an aromatic coffee with much less bitterness, widely noted as the most expensive coffee in the world.

Sumber: The Star Online

Kopi TERMAHAL di Dunia

Menurut lapuran akhbar Kopi Luwak atapun Kopi Tahi Musang ini adalah merupakan kopi TERMAHAL di dunia. Di pasaran antarabangsa, harganya adalah sekitar US$100 hingga US$350 sekilo!

Di Amerika Syarikat, Kopi Luwak dikenal sebagai kopi kotoran kucing atau “cat-poo coffee” dan dijual dengan harga AS$190 untuk 500 gram.

Kopi tersebut juga didakwa dikategorikan sebagai langka atau jarang ditemui kerana setiap tahun dan hanya 250 kilogram dihasilkan.

Isu tentang soal halal dan harm kopi ini timbul apabila diketahui ianya dihasilkan dari biji kopi yang ditelan oleh luwak (sejenis musang)  dan dikeluarkan kembali bersama kotoran yang lain.

Adakah bahan ini juga adalah najis dan TIDAK BOLEH dimakan oleh umat Islam?

Majlis Ulama Indonesia (MUI) memutuskan yang ianya HALAL dengan syarat biji kopi berkenaan telah dibersihkan daripada kotoran.

Kopi Luwak dihukumkan mutanajis, ertinya terkena najis. Kopi Luwak dinyatakan halal setelah melalui proses pembersihan. Meminum Kopi Luwak dihalalkan, kemudian mengeluar, menjual beli, meminum Kopi Luwak, hukumnya boleh, – Ketua Suruhanjaya Fatwa MUI, Ma’ruf Amin.

Sementara itu, setiausaha Suruhanjaya Fatwa MUI, Aminuddin Yakub berkata, MUI telah melakukan kajian dan mendapati haiwan luwak hanya makan kulit luar buah kopi dan menyisakan kulit dalam buah tersebut.

Dan kalau ditanam, biji kopi itu boleh tumbuh. Dengan demikian, itu bukan najis, melainkan mutanajis,” katanya.

Kopi Luwak sangat masyhur di kalangan penggemar kopi di Indonesia serta di peringkat antarabangsa kerana memiliki cita rasa unik, hasil daripada proses pembuatan yang “aneh”. Harganya yang mahal juga turut menjadi penarik kepada para penikmat kopi.

Bagi mereka yaang tak sabar nak meminum kopi Tahi Musang ini atau Kopi Luwak, sabar-sabar yer dan tunggu pula apa kata JAKIM.

Bagi saya, apa-apa pun keputusan JAKIM, rasa payah benar nak telan kopi dengan nama macam ni 😉 .

Siapa yang sanggup, let me know.. 😀

– Kopi Tahi Musang

24 Comments

  1. kopi luwak ni…dendar nama …mmmm jijik….tapi selepas rasa nya…bagi first time ok…tapi selaepas kali 2 u terus gerenti sukanya.tak kesat,wangi dan ia memang best…tak tipu.walaupun mahal tapi ok untuk bancuh sendiri.hahahaha.ramai kamu yang belum cuba…tak layak mencaci kopi luwak…sudah cuba baru cakap…ok.sesuatu benda bukan dinilai dari pandangan kita…ok..

  2. kalau ada orang bagi aku minum..pastu aku minum..kemudian dia bagitau ni kopi luwak..aku reda ajelah..

    tak pernah minum lagi. kengkawan aku kata sedap. haha..

  3. Pasti sedap tu! hehehe

    Kalau tak silap, dulu pernah baca yang hukumnya haram. Tapi tak ingat sumbernya, yang pasti bukan kenyataan Majlis Ulama Indonesia tu.

  4. kopi luwak nih rasanya sedikit pahit dan blh tahan..
    sebenarnya musang yang memkn kopi ini akan memilih
    biji kopi yg terbaik shj. dah di najiskan kemudian di jemur.
    kering baru dibasuh dan diproses. sbb itu kopi ini mahal…

    1. teringat kawe time kecik2 dulu selalu tertelan duit syiling. Nenek suruh makan pisang, then buang air besar kat pokok pisang .. he he 😉 Duit tu kuar balik bersama-sama mende2 lain. Nenek ambik dan kasi bersih. Dulu2 ada nilai duit syiling tau! Btw, duit syiling tu najis ker sbb kuar dari dubur? 😀

  5. Bayangkan kalau kita tertelan bijik cempedak pastu lepas buag air kita pungut biji tu yang belum sedikit pung terjejas… bersih rebus dan makan… sanggupkah???
    yang jadik mahal kerana khayalan manusia…

    1. betul tu. semata-mata nak kuat atau umur panjang, ada shj idea manusia. walhal semua tu dtg dari allah swt jugak. Tu yg ramai tertipu kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons