Lagenda Kopi 434 Muar

Secawan Kopi 434

Lagenda kopi 434 memang tidak dapat disangkal. Nama kopi ini ini memang sinonim dengan bandar Muar. Sebut sahaja kopi di Muar, sudah pasti kopi 434 muncul di fikiran.

Sekiranya di tempat-tempat lain kopi Starbucks, Coffee Bean atau San Francisco menjadi pilihan, di Muar, pastinya kopi 434 ialah Nombor 1 dan pilihan utama penduduk tempatan.

Anak-anak Muar seperti saya ini, semenjak kecil lagi telah didedahkan atau dibiasakan minum kopi 434.

Rasa kopi 434 memang lazat dan paling hebat diminum di waktu pagi bersama-sama roti bakar. Secawan tidak cukup, mahu bercawan lagi.

Kedai Kopi 434 Muar
Gambar kredit: anisnisa.blogspot.com

Kehebatan Kopi 434 Muar

Apa yang menarik tentang Kopi 434 Muar ini adalah perkembangannya sejak berdekad-dekad yang lalu (Semenjak 1953).

Kopi ini sudah lama terkenal di kedai-kedai kopi dan diminum dalam bentuk kopi O’ atau kopi susu. Namun, Sai Kee, syarikat pengeluar kopi ini telah mengikut peredaran zaman dan memberi nafas baru kepada jenama kopi ini dengan memperkenalkan “mixing” dan “branding” pada kopi 434 ini.

Dalam bentuk kopi O’ pun kini terdapat dalam pelbagai jenama dan campuran. Manakala kopi uncang, dua dalam 1 dan kopi putih (white coffee) turut di perkenalkan.

Ini turut memberi peluang pada anak-anak Muar yang jauh diperantauan untuk terus menikmati kopi ini dengan membeli stok pek-pek atau uncang kopi 434 bila pulang ke bandar Muar.

Malahan ia kini turut boleh dibeli secara atas talian (online).

Antara brand kopi 434 yang menarik perhatian saya termasuklah:

  • Kopi ‘Monalisa‘ (Tiga Dalam Satu)
  • Kopi 434 Tulen
  • Kopi Biji Gajah (Elephant Bean)
  • Tongkat Ali

Semuanya telah di paketkan dan jenamakan dalam bentuk yang menarik dan mengikut perubahan zaman.

Jenama kopi 434

Jenama kopi 434 2

Kopitiam Kopi 434

Semenjak beberapa dekad lalu, kopi istimewa telah mengorak langkah dan kini telah wujud “kopitiam” yang lebih moden bagi Kopi 434. Salah satunya terdapat di Jalan Bakri Muar. Terdapat bahagian yang berhawa dingin dan tidak berhawa dining serta di lengkapi juga dengan wi-fi ala Starbuck.

Ia agak bersih dan selesa. Menu yang menarik juga mengiringi hidangan tradisi seperti kopi O’ kaw dan roti bakar.

Antaranya choc cake dan cheese cake, Ice Blended Vanila/Choc, Ais krim dan banyak lagi.

Layanan yang diberikan juga agak baik dan pesanan di sediakan dan dihidang dengan cepat.

Biarpun tidak seramai pengunjung Starbucks, Kopitiam 434 tampak sentiasa ada pengunjung.

Ada juga yang membawa laptop dan melayan FB di sana. Ada juga yang bermesyuarat  soal perniagaan di kedai. Selebihnya cuma ingin menikmati kelazatan kopi ini.

Bagi mereka yang belum pernah mencuba kopi 434… cuba lah ya.. Selami lagendanya!

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons